13.10.17

Review | Tayar Pirelli Angel City


Review | Tayar Pirelli Angel City


Selepas je botak tayar Nangkang rodiac dan sportiac aku hari tu, terus aku decide untuk nak cuba pula tayar Pirelli Angel City ni, setelah di-rekemen oleh "Cai", seorang otai R25 dalam club moto aku. Aku tukar tayar belakang je dulu sebab tayar depan okay lagi. Aku pakai saiz 150/60-17.

Harga Pirelli Angel City



So far dalam semua tayar yang aku pernah tukar, Pirelli Angel City ni yang paling murah jika nak dibandingkan dengan tayar nangkang dan Bridgestone Battlax S20 Evo. Cuma RM305.00 untuk tayar belakang sahaja siap pasang. 


Aku tukar kat kedai Trio Tyres Bertam, beralamat di No. 51, Lorong Bertam Indah 1/6, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Coordinate 5.5199721,100.4351542. kedai ni okay je. Tak mahal dan tak murah sangat, sebab aku tengok tayar battlax kat sini RM500++ sedangkan masa aku tukar dulu kat kedai Brightwill RM430 je.

Cengkaman Pirelli Angel City


1. hujan


Thorbaek! Tu je aku boleh kata. Memang so far puas hati gila pakai tayar ni. Terutamanya time hujan. Sebab lepas aku tukar tayar ni (kelmarin tukar tayar, esoknya terus ride), aku ride layan corner kat Cameron dengan seorang member aku. Masa nak turun balik, hujan lebat gila sampai sakit habis tangan kena air hujan.

Dalam lebat macam tu pun, aku boleh turun layan corner lagi! Mula-mula aku tak berani, tapi sikit-sikit aku turun dari korner badan menegak sampai last-last badan aku rapat kat tepi tangki minyak masa koner!

Kawan aku tu memang tertinggal kat belakang la. Hilang tak Nampak terus. Dia selalunya memang laju tapi sebab moto dia baru lagi, tayar pun standard kedai lagi. Memang cengkaman dia out la.

2. Jalan licin sebab tumpahan minyak


Lepas tu kami ride Gerik plak dari Penang, sebulan lepas aku tukar tayar. Dalam perjalanan turun balik dari RnR Titiwangsa, masa aku tengah lead kat depan, tetiba aku perasan ada tumpahan minyak yang agak banyak kat betul-betul tengah jalan.


Memang aku tak sempat nak elak sebab betul-betul kat line “apex” dalam cornering line. Nasib baik masa tu aku teringat tips cornering dalam tutorial “A twist of the wrist vol. 2” by Keith Code bila jalan licin. Hasilnya, aku tak jatuh, Cuma moto goyang sikit. Lepas tu bila aku tengok side mirror, mmber aku dah terseret dah kat belakang.   


Aku rasa antara asbab factor utama aku terselamat hari tu adalah sebab tayar Pirelli angel city ni.

3. Emergency Brake


Berbanding dengan nangkang, masa brake emergency pun tayar ni tak seret jauh. Malah, asalkan korang guna teknik brake dengan betul, memang tak seret langsung! Sangat reliable!

Cornering



Aku rasa cornering aku dah banyak cerita kat bahagian cengkaman. Cuma aku nak tambah sikit, setiap kali aku lepas ride layan corner, mesti rasa nak pegang bahagian tepi tayar ni. Memang kasor padahal tayar biasa je. 


#MisiTawanTanahTinggi secara solo
Penang - KL - Putrajaya - Karak - Genting - Bukit Tinggi - Bentong - Fraser Hill - Cameron - Penang
total perjalanan 1480km.
memang layan pakai tayar Pirelli Angel City nih 

Lagipun, aku ambik saiz tak besar sangat. Jadi, tak berat, senang nak tukar posisi badan bila selekoh S tajam. Memang sedap layan corner kalau ambik saiz 150 ni. Tapi ni bagi jentera 250cc la. SBK kena up bagi besar lagi, kalau tak kesian tayar tu tak cukup surface area nak tampung berat.  

Ketahanan


Aku rasa tayar ni lagi tahan lama daripada nangkang n battlax s20 evo. Dah lebih 10,000 km tapi bunga cantik lagi! Dok rasa macam tebal lagi getah dia nih.


Lepas 7,000 km pakai, moto aku kena paku kat tepi tayar. Paku tembus keluar balik, tapi tak masuk bahagian dalam tayar! Nampak tak yang lepas 7,000 km pun, getah tebal macam baru lagi.

Lepas 15,000 km pun, bunga tayar aku tengok masih elok. aku rasa kalau stakat nak pakai penggunaan harian, boleh lagi guna tayar ni. tak ada tanda-tanda nak botak. Aku ingat nak pakai lagi, nak tengok sejauh mana tayar ni boleh bertahan.

Tapi malangnya baru-baru ni aku eksiden, down kat Cameron. Down kali ni pun bukan masalah tayar tapi sebab lain. Jalan berbasir dan masalah kereta makan jalan. kami konvoi 13 moto, tapi 3 yang down! bukan aku sorang!

salah 1 moto yang down dalam konvoi kami

lepas moto aku keluar bengkel, aku guna lagi tayar ni, siap keluar ride cameron lagi lepas tu. keluar ride pun sedap lagi bawak. Sampai la mileage tayar aku 20,683 km!!! tayar yang paling lama so far aku pakai. kalah tayar standard.

Pirelli Angel City lepas 20,683km


Jadi, stakat tu je la kot review aku pasal tayar nih. overall, memang kalau korang banyak pakai moto untuk tunggangan harian, aku sangat-sangat recomend tayar pirelli Angle City nih.! 20,000 km kot aku pakai!


Kesimpulan : Rating


Tayar
Hujan
Brake
Corner
ketahanan
Pirelli Angel City
9
7
7
9
Bridgestone Battlax S20 Evo
8
8
8
5
Nankang Rodiac WF-1
7
6
7
7
Metzeler Sportec Street
6
9
6
8

Next : Metzeler Sportec Street

34 comments:

  1. teruk ke cedera time accident tu? patut la lama gak menyepi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. x teruk pun.. lebam sikit je.. sbb tak seret atas jalan tapi melambung jatuh atas lalang dalam hutan.. hehehe..
      moto je la teruk sikit...
      sbb sunyi dari blog bukan sebab tu pun.. sbb mals je lebih.. hahaha

      Delete
  2. kalau kereta pulak tayar maxxis di rekemen. memang terbaik. jalan licin air hujan penuh pun dia cengkam tayar lagi. dan senyap.

    berbaloi dengan reganya. aritu pun pakai maxxis sebab terpaksa. tayar pecah dan hanya kedai tu je yang bukak. maka terpaksa pakai brand tu. tapi memang puas hati. hayat dia panjang pun ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. maxxis zaman naik moto kapcai dulu pernah guna jugak.. mmg terbaek..

      Delete
  3. Menarik ni.. pasti info ni berguna dikalangan rider2. Semoga motor ok spt sediakala dan syukurlah bro ok, selamat. Nice sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya begitulah, semoga perkongsian ni bermanfaat.. hehehe..
      pasal moto, tokey kata x lama dah.. sikit je lagi.. hmm.. x sabar nk menunggang semula. hehehe..
      Alhamdulillah.. saya ok..
      thanks..

      Delete
  4. gadis bertudung biru xsihat lagi eh?

    ReplyDelete
  5. semoga selamat walau dimana berada...

    ReplyDelete
  6. Boleh tahan mahal juga harga tayar tu... moga sentiasa berhati-hati di jalan raya... bagi motor, jalan yang tumpah minyak tu memang bahaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang sakit hati tu minyak tu betol2 kat koner.. memang nmpak macam ada unsur khianat betul..

      Delete
  7. Biar harga berbaloi kondisi..janji puas hati dan bergaya bila beraksi 😬 yang penting cengkaman tu kuat bila coner baring

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi sis jM bermadah.. macam rider kental sejati.. hahah

      Delete
  8. Nice info pha_is..
    Next time try review Metzeler M5 plak yerr.. Heheh..
    Sy dah pkai tp nak dgr pha_is punya info plak cane. .
    Pe² pun good sharing with all riders..
    Keep it up bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..
      tapi sekarang bukan pakai metseler M5 pun.. cuma pakai metseler sportec street ja.. tak jadi ambik M5 sebab harga dan sebab M5 tak ada saiz 150 dah.. yang ada saiz 160 ja.
      tapi sportec street ni pun dalam plan nak review jugak nanti, insyaAllah..

      Delete
  9. Boleh cube pirelli rosso 3 plak klau nk main cornering..dri segi tahan lame mng out..tp time panas tayar mmg mlekat mcm supercosa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice tips.. tapi aku guna tayar untuk ride harian pi kerja.. so, ketahanan tu faktor penting jugak la.. tgok la nnti dah duit banyak, upgrade superbike yg just untuk ride weekend ja, baru best pakai tayar mahal2..

      Delete
  10. agak2 untuk motor EX5 sesuai x pakai tayar ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalkan ada saiz yg sesuai, masuk ja.. Hahaha

      Delete
  11. duke 250 saya guna metzeler sportec street, sesuai tak utk daily ride about 90 km pegi balik keje.recomended tayar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sportec street pun okay, saya dah pernah try. Tapi saya lebih suka tayar angel city ni.. Sebab lebih tahan lama, dan nak koner2 pun boleh tahan, kalau stakat nk ride cameron atau karak..

      Delete
  12. gud info bro. recomended tayar utk daily ride pegi balik keje about 90km/day? skrg saya guna metzeler sportec street utk duke 250 saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks..

      Saya rekemen angel city ni.. Saya pun lebih kurang ja, buat ulang alik kerja sehari 80km.. Mmg puas hati..

      Delete
  13. Assalamualaikum bang, nak tanya, angel city ni sesuai x kalau kdg2 nak main corner? grip dia masa full lean bagus x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak main koner level jalanan, okay je..

      Delete
  14. bang, tayar ni best x main corner? grip time full lean ok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. best. kalau stakat ride main koner kat karak or cameron, ok je...

      Delete
  15. Apa beza Pirelli Diablo Rosso Sport dengan Angel Ct ni ? mana lagi tahan ?

    ReplyDelete
  16. Assalam tuan, punya pasal. Saya dah ambil Angel Ct. Saya nak tengok dapat berapa ribu km pulak. Tapi betul, tayar ni corner tajam sama dalam hujan memang terbaikkk!

    ReplyDelete