Monday, October 31, 2016

Review | Tayar Bridgestone Battlax S20 Evo

tayar superbike cornering
Bridgestone Battlax S20 Evo

Review | Tayar Bridgestone Battlax S20 Evo


Lepas je botak tayar standard motosikal Yamaha YZF R25 aku tu, aku ambil keputusan nak try tayar Bridgestone Battlax S20 Evo. Tapi sebab tayar depan aku masih elok, aku tukar tayar belakang je la. Depan standard, belakang battlax

Saiz tayar Bridgestone Battlax S20 Evo yang aku try adalah 150/60. besar sikit dari saiz tayar asal moto aku, 140/70.

kiri : tayar standard yang dah botak (15,000++ km)
kanan : tayar Bridgestone Battlax S20 Evo yang baru

Harga


Aku tukar tayar tu kat kedai Motosikal Brighwill di Butterworth Penang. Bertentangan dengan bangunan TM Butterworth. Untuk tayar belakang sahaja, sekali pasang dan balancing aku kena RM400++ (around RM430 kalau tak silap)

Bab harga aku tak pandai sangat. So, korang nilai la sendiri.

Cengkaman 


First thing yang aku perasan bila baru pakai tayar ni, rasa macam nak menangis je bila menyelit atas garisan putus-putus kaler putih kat lebuh raya, terutamanya atas jambatan Pulau Pinang. Rasa nak nangis sebab best giler! Tak goyang langsung! Its epic! Its beautiful!


Masa hujan pun aku menyelit rilex je atas line putih atas jalan tu. Tapi kontrol sikit la. tak boleh nak all out.

Cornering


Bab cornering bagi aku kira okay la. Kena ikut keadaan jalan jugak. And know your limit.

Sebab aku pernah jatuh masa layan corner masa keluar exit lebuh raya kat Puchong. Jatuh sebeb tergelincir sendiri, nasib baik tak langgar sapa-sapa. Mau tak jatuh, mula2 exit lebuh raya tu jalan kering elok je, kat tengah-tengah ada air tumpahan.

Aku rasa air dari lori sampah sebab bau busuk. Ni kes lori sampah pun layan corner jugak la ni, tu yang tumpah habis air dia.

Tapi kalau jalan okay, tak licin tak beralun tak berlubang dan trafik okay, takat nak meleper sampai foot rest seret jalan tu tak de hal la. Sedap je turun meleper, tak sedar pun, tau-tau dengar bunyi foot rest seret jalan.

knee drangging

hari tu dalam perjalanan aku dari kelantan ke penang dalam entri aku bertajuk "Jelajah Raya 2016", aku naik moto pakai tayar ni dari Jeli ke Gerik, ambil masa 1 jam. 1 hour of pure happiness! memang layan corner, habis layan ah!
 

Ketahanan


Aku pakai tayar ni dalam 10,000km dia dah botak dah. Tapi lepas 10,000 km tu pun, aku bantai jugak ride dari penang ke KL then terus ride layan corner naik Genting Highland.

Walaupun dah agak botak, tapi aku rasa macam cengkaman masa cornering tak effect banyak. Walaupun ada la sikit-sikit licin, tapi boleh lagi tu, siap rilex je tapau Z800 kat corner naik bukit.

Betol, tak tipu..! tapi Z800 tu member aku bawak. Dia beli tak sampai 2 bulan. So, kat corner dia tak berani sangat bawak laju. Kat corner dia brek, tapi aku "drop gear and disappear". Tu yang aku boleh tapau tu. Hehehe..

Tapi bila balik penang je baru aku perasan yang tayar dah botak teruk sampai dah nampak benang dalam tayar. Masa tu dan lebih 12,000 km dah. Memang patut tukar dah pun.

Bridgestone Battlax S20 Evo selepas 12,000++ km

Lagipun aku dengar orang cakap, tayar battlax ni memang best, tapi tak tahan lama. Ada yang cakap tayar ni 3 bulan je dah botak. Aku pakai dalam 4 bulan lebih. Tak sampai 5 bulan, around 12,000 km sebelum tukar baru. Memang masa tu tayar tu dah nazak teruk dah.

Tambah plak aku buat pakai pi kerja. Sehari je ulang alik pi kerja dah dalam 80km. Sebulan lebih dari 1,600 km. Tu baru kerja, belum jalan-jalan makan angin ride lagi.

So, aku rasa limit dia dalam 10,000 km macam tu je.

Kesimpulan : rating


ini cuma personal rating aku. cuma berdasarkan citarasa aku saja. lain orang mungkin lain pendapat.

cengkaman : 8.5/10
hujan : 8/10
cornering : 8/10
ketahanan : 7/10

next : nangkang


Sekarang aku pakai tayar lain plak. Saja nk cuba semua jenis. aku pakai tayar Nangkang. so far aku suka battlax ni lagi. Nanti aku buat full review untuk tayar tu pulak yer.. pakai yang tu sebab tokey kedai kata tayar baru aku ni tahan lama sikit, kita tengok nanti macam mana.

Stay tuned... 

51 comments:

  1. Fuhh harga sebiji tayar tu dah sama dengan 4 biji tayar kereta ...lap peluh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kira ok lg tu.. Ada yg lg mahei.. Hahaha..

      Delete
  2. Ingatkan nak nages sbb apa rupanya cengkaman yg kuat fuhh best kaalu racing ni lebih laju dari kereta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Feeling dia best sangat smpai terharu rasa nk nangis.. Hahah

      Delete
  3. Kaalu naik moto beso camni g genting mmg terbaiklah x seeh mcm naik keta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Mmg menyelit saja masa naik hari tu..

      Delete
  4. Mmg verbsloi lah guna tayar jenis ni 3,; bulan kena tukar sbb byk km gerak kalau nk raham setahun g keje kena jln kaki kah kah kah

    ReplyDelete
  5. mak aih..mahainnya kasut gadis bertudung biru,,dah bersamaaan 4 tayor ms viva ahkak tauuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu baru sebelah kasut.. Baru ni tukar tayar dua2 depan belakang. Sepasang! Nk dkt 1k jugak la.. Demi gadis bertudung biru.. Hehehe

      Delete
  6. tayar besar sket baru best erk? nampak 'gerun'....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pro n con dia kalau tayar besar..
      kelebihan dia, nmpak lawa n garang, dan lebih stabil masa cornering..
      kekurangan dia, tayar besar ni berat sikit, so, dia pnya pickup kurg sikit..

      Delete
  7. singgah dan follow

    http://belogsjm.blogspot.my/

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. bila la entah nk dapat gadis bertudung biru V2.0.. hahaha

      Delete
  9. bila fkir n igt blk, rupanya adik yui nk beli moto mcm phais ni la. haaa.. katanya nk upgrade. tu dia.. pasni rasanya dia rajinla bc blog ni bab crita motor. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi.. suruh la dia selalu jenguk blog ni.. hehehe

      Delete
  10. Boleh tahan mahal la kan. tak tahu sangat bab tayar ni. motor pon tahu naik jaa. biasa la perempuan kan, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. x bleh macam tu.. kna pecahkan stereotype tu.. hehehe

      Delete
  11. nti suh pihak pompuan buat hantaran tayar plak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenuh penuh dulang hantaran.. hahaha

      Delete
  12. Replies
    1. tayar jepun? x sure plak battlax ni buatan jepun atau tak.. heheh

      Delete
  13. drop gear and dissappear tu mcm mne.....???

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia macam naik moto.. hahah.. drop gear, lepastu disappear.. hehehe

      Delete
  14. Replies
    1. ni bukan cerita yer.. hehe.. review..

      Delete
  15. mahal jugak tayar motor. dengan harga tu saya dpt 3 tayar kete

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga tayar kereta saya tak tahu sebab tak mampu nak beli kereta.. barang makin mahal.. mampu naik moto je pergi balik kerja.. hehehehe

      Delete
  16. xpandai bab2 tayar ni...yg sy tau kalu tayar kena paku, sy jd hantu ggggggggggrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. paku? hantu? pontianak ke aper nih? hahahaa

      Delete
  17. hahahaah tau kena moto tu.. memang banyak jenis tayar dok ad. malam2 mai la mkn nasi pokok ketapang sebelah TM tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nina nk belanja saya on je.. haaha

      Delete
  18. Perghh tak mampu aku kalau gini harga nyer hahahaha

    ReplyDelete
  19. Mantopsss... info yg bagus utk pengguna superbike juga ni.

    ReplyDelete
  20. klau kt tempt kerja sana ni, siz ni di panggil tayar belakang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa pulak macam tu? ceciter.. hehehe

      Delete
  21. xmau try tayar zero degree dri continental ka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zero degree tu dia punya teknologi kan.. thanks share.. nnti saya try survey untuk next tayar.. hehehe

      Delete
  22. S20 Evo memang terbaik..
    X kira jln basah or kering..
    Selambe bley leper lg..
    Ikut atas berani & skill laa kan..
    So far 1 set battalax sy pakai dulu bley pergi ke 14k KM..
    Skang sy pakai nangkang front Wf2 Rear Wf1

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh jugak pergi sampai 14k.. saya pakai 12k tu pun dah nampak benang.. maybe sbb selalu sangat saya guna buat pergi kerja kot.. mmg hari2 banyak guna at least 80km sehari.. at least..

      Delete
  23. Replies
    1. boleh cari entri review tayar nangkang kat blog ni.. saya dah review..

      Delete