4.9.17

Cabaran fasa bertunang


Sedang aku dan syafiq melepak di kupibin (coffee bean), tiba-tiba terpancul soalan dari dia yang agak tak aku sangka. "Pha Is, orang kata masa bertunang ni lain macam ujian dia. So far apa yang hang dah rasa?"

fuh, soalan.. hahaha..

sebelum ni, sebenarnya aku dah awal-awal lagi buat research dan "homework" cari apa cabaran-cabaran yang biasa orang lain lalui dalam fasa pertunangan ni. banyak jugak la yang aku dah jumpa. ada yang aku dah rasa, ada yang belum.

biasa la, "darah manis" lah katakan.. oh ya, sebut pasal "darah manis", kenapa orang yang sedang bertunang dipanggil darah manis? serius aku tak faham. hmm.. boleh tolong jawabkan tak? hehehe..


Cabaran fasa bertunang


so, berbalik kepada tajuk kita pada kali ni. Hasil "homework" aku tadi, aku jumpa sebuah artikel nukilan Hilal Asyraf berkenaan cabaran fasa pertunangan yang ditulis oleh beliau masa beliau bertunang. aku share kat sini beberapa point dan petikan dari artikel tu dan aku cuba check sama ada aku dah kena atau tak cabaran-cabaran tu.

Menurut beliau, setiap masa dan keadaan manusia tak dapat lari dari ujian dan godaan. Apatah lagi pada waktu dan dalam fasa pertunangan ni kerana fasa ni adalah fasa yang mudah membawa fitnah kepada diri kita.

Sebab tu kita tak digalakkan memanjangkan tempoh pertunangan. Selalu kebiasaannya, jangan lebih dari setahun. Tapi ikut keadaan dan suasana jugak. Tak semua orang sama. Lebih panjang tempoh pertunangan, maka ada lebih banyak masa untuk berlaku sesuatu yang tidak kita senangi.

1. Cabaran maksiat


Masa bertunang inilah kadangkala syaitan menyusupkan idea-idea untuk melanggar syariat. Membuatkan kita angau dan lalai contohnya. Asyik teringat kepada tunang. Kita akan cuba menghubungi tunang kita atas urusan yang tak penting. 

Kemudian keluar dating, berkepit macam dah kahwin. Masa ni la syaitan akan bisik kata “tak apa, korang dah bertunang. Dah konfom dah akan kahwin. Tak pe la nak ringan-ringan pun”. Padahal baru bertunang. 


aku : untuk cabaran ni, maybe aku kurang sikit kena. angau tu ada la sikit. hehehe.. lalai tu rasanya insyaAllah tak lagi kot. mesej pun kebanyakannya kat laman sosial. apa yang kami sembang kat fb, twitter, itu lah yang dibualkan. siapa pun boleh tengok. Tak ada nak bersweet-sweet sangat.. whatsapp hanya perkara-perkara yang penting seperti urusan majlis, dsb.

dating berdua? tak pernah lagi. Cuma baru sekali berjumpa sua muka tapi bawa mahram. bukan berdua. Tapi tak macam dating pun. macam meeting ja. siap bawak pen kertas catit minit mesyuarat. hahaha..

2. Cabaran perpecahan


Ada orang hadapi cabaran dalam bentuk perpecahan. Kadang syaitan meniupkan api cemburu yang berlebihan, hingga membawa kepada keretakan hubungan. Kadang api kemarahan yang ditiup, maka benda-benda kecil pun jadi besar dan kemudian membawa kepada pergaduhan seterusnya berakhir dengan putus.

Selama ni syaitan hasut bagi suka, tapi masa ni dia hasut bagi benci. Sebab korang dah berjanji. Dia suka la kalau munkir.


aku : cemburu? dia nak kat aku pun dah cukup besar tuah dah. hahaha.. tapi tak tau la kot-kot dia cemburu tengok aku dengan Gadis Bertudung Biru..

3. Cabaran berubah hati


 

Masa ini juga kemungkinan kita akan berubah hati. Tiba-tiba tergoda dengan yang lebih cantik/kacak dan sebagainya. Masa itu sibuklah nak minta putus. Tak ada alasan yang munasabah pun, kita akan cari juga alasan agar dapat putus. Macam-macam.

Kalau sebelum ni tengok orang berlainan jantina tak pernah rasa apa-apa pun, tapi bila dah masuk fasa ni, semua orang Nampak lebih lawa/cantik/hensem/baik dari tunang kita. Bahaya jugak nih. 



aku : bahagian ni, aku dah rasa. serius! sebelum ni tengok perempuan tak rasa apa-apa pun. tapi bila dah masuk fasa ni, asal nampak perempuan je, semua nampak lawa.. bahaya nih. "hijab" mata aku macam dah terbuka.

bacaan lanjut berkenaan hijab mata :
Taste aku tinggi
pandangan mata lelaki

4. Cabaran fitnah


Kita juga hendak mengelak fitnah dalam bentuk kata-kata orang. Kadang bila bertunang lama-lama ini, akan mula lah ada yang bersuara itu dan ini. Ianya tidak enak untuk hubungan kita, dan kadangkala ianya mencalarkan imej kedua ibu bapa kita.

Maka sebaiknya, selain kita sibukkan diri kita dengan perkara yang penting sebagai persiapan menuju gerbang perkahwinan semasa bertunang ini, kita bertunanglah pada kadar waktu yang sederhana. Tidak terlalu lama. Tidak juga terlalu pendek hingga menghilangkan peluang untuk kita bersuai kenal dengan bakal pasangan kita, juga bakal keluarga kita.


aku : hmm.. kami set dalam 8 bulan. cukup lah untuk kenal-kenal lebih lanjut. sebelum ni tak kenal sangat pun. tapi bagi sesetengah orang, 8 bulan tu pun dah kira cukup lama. siap ada yang nasihatkan supaya pendekkan lagi. tapi aku rasa ok dah kot.


dipetik dan diolah dari
Hilal Asyraf. (2015 Feb 4). Mehnah Fasa Bertunang. Facebook status. https://www.facebook.com/HilalAsyrafOfficial/posts/922444587779986

16 comments:

  1. Mmg besar cabaran org bertunang ni.. maklumlah, setan mmg anti org nak bina masjid. Kdg2 ada dengar juga, ada pasangan yg mcm2 plan tp tak jadi.. semoga Allah jua melindungi dgn doa dan ibadah kpdnya, in shaa Allah lancar semuanya.

    ReplyDelete
  2. semogaaa Phais berjaya menepis dan melalui semua cabaran dengan jayanyaaa..!!

    ReplyDelete
  3. dah nak nikah nnt, jgn lupa PM. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. nk PM kat mana? email pun cari x jumpa..

      Delete
  4. cabaran hati kejap ok kejap x ok,
    seksa jugak la

    ReplyDelete
  5. syaitan... nak mengasut org buat benda baik2... semuanya didatangkan pd ms ni kan...

    ReplyDelete
  6. Kalau darah manis tak tahu sgt tp kalau jari manis tahulaaa 😬

    ReplyDelete
  7. Itu baru dugaan fasa bertunang tau baru kecik je nanti fasa berumah tangga lagi besar dugaan nya..yg penting ingat pada allah..mmg ada dugaan..biasalah bila nk bins masjid ni syaiton x suka..so byk berdoa kepada allah supaya semua berjln lancar..anggap dia lah yg terbaik yg allah dah temukan

    ReplyDelete
  8. Xsemua org akan merasai & Alhamdulillah cikna&suami tiada sebarang masalah masa b'tunang dulu semuanya smooth je smpilh nikah... InsyaAllah semuanya baik2 je k...

    ReplyDelete