Hiking Kinabalu Part 1 | Bajet

Hiking Kinabalu Part 1 | Bajet


Seperti yang dijanjikan dalam entri Hiking : Gunung Baling, kali ni aku nak share pulak pengalaman aku hiking gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu. Sory sebab aku terpaksa buat banyak part sebab panjang sangat. So, part 1 ni kita bincang bab bajet duit dan kos je dulu. yang lain akan menyusul, insyaAllah..



“tinggi-tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi cinta saya sama kamu..”

Kami naik kinabalu ambik pakej 3 hari 2 malam beserta makanan. Rilex tapi mahal sikit. Kawan aku cakap, dulu dia pernah naik ambik pakej murah, yang 2 hari 1 malam tanpa makanan. Memang murah, tapi penat la. Sebab kalut dan sebab korang nak kena bawa makanan sendiri naik atas gunung.

Bajet kos hiking kinabalu


dari kiri : Lolo, Pha Is, Akhmal, dan Affan
member 1 sekolah. kami ber-reunion atas gunung kinabalu.

Secara keseluruhannya, bajet kami naik gunung kinabalu hari tu hampir RM1200++ jugak la (pakej 3 hari 2 malam untuk 4 orang) sekali dengan tiket flight. Lagi ramai lagi murah, sebab 1 mountain guide boleh jaga 5 kepala. Kalau pergi dengan gandaan 5 orang, murah sikit sebab duit untuk guide boleh bahagi 5.



Kami tempah dengan Sutera Sanctuary Lodges. Kat bawah ni pecahan kos nak daki gunung kinabalu yang kami pilih:

1. Bayaran sebelum tiba di kinabalu: RM709/kepala
Bayaran termasuk:
- penginapan di kinabalu park 1 malam
- penginapan di Laban Rata 1 malam
- makanan (buffet)
Day 1 – diner
Day 2 – breakfast, packed lunch, diner
Day 3 – early supper, breakfast, lunch

memang korang banyak habiskan duit kat makanan dan penginapan je. sebab makan memang macam makan buffet kat hotel.! so, penat-penat hiking tu, enjoy la jugak dapat makan sedap2 banyak2.

Cara bayar :
RM709 x 30% = bayar dalam masa seminggu selepas invois dikeluarkan
RM709 x 70% = bayar dalam masa sebulan selepas bayaran pertama

2. Climbing fees (compulsory) – bayar cash bila tiba di kinabalu park
Climbing Permit: RM50/kepala
Entrance fee : RM3/kepala
Insurance : RM7/kepala
Mountain Guide : RM230 / 5 kepala
Transportation from reception to timpohon : RM34 / kepala (pergi dan balik)
Total : RM324 (ni untuk sorang. Lagi ramai lagi murah sebab bayaran guide)

3. Bayaran Tambahan (Optional) di kinabalu park 
Locker : RM12 / beg (untuk tinggal barang di kaki gunung masa korang hiking)
Hiking pole : RM10/tongkat (sewa)
Print sijil :  RM10.60
Total : RM32.60 (kalau ramai, share beg untuk simpan lagi murah)

4. Trasportation
kota kinabalu airport - dataran bandaraya (uber) : RM16 x 2 : RM32 (pergi dan balik)
dataran bandaraya - kinabalu park (van) : RM20 x 2 : RM40 (pergi dan balik)
tiket penerbangan penang-kinabalu pergi dan balik dengan AirAsia : ±RM300
total : RM372 (uber boleh kongsi. kalau ramai lagi murah)

TOTAL KERUGIAN : RM709 + RM324 + RM32.60 + RM372 = ±RM 1437.60

Pengalaman berjaya sampai ke puncak = PRICELESS!


ini member aku, namanya Akhmal. tengok muka dia tu. priceless kan? hehehe..
btw, dia engineer, masih single. juz sayin'...


Next > Hiking Kinabalu part 2 | Kelengkapan hiking 

Post a Comment

32 Comments

  1. Boleh tahan harganya, tetapi kepuasan pasti berbaloi....

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaa dapat hiking dekat sana.

    ReplyDelete
  3. weh bestnyaaa naik kinabalu. tak sabar tunggu entri seterusnya!

    ReplyDelete
  4. selain nak kena prepare mental n fizikal, duit poket pun kena sediakan jugak huhuhu. tp berbaloilah daripada beli pakej murah punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, mmg berbaloi.. tapi start tahun depan harga makin naik (T_T)

      Delete
  5. Wah kuat semangat n stamina tu mampu gapai kinabalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x kuat sangat pun.. slow2 je saya naik.. selangkah demi selangkah..

      Delete
  6. info ni boleh bagi panduan pada mereka yg nak ke sana...

    ReplyDelete
  7. Phais smpai ke tidak di puncak? Sempat promot kawannn haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. err.. malangnya hajat ke puncak x kesampaian.. terkandas di pertengahan jalan.. hehehe
      nnti saya cerita detaill

      Delete
  8. Phais smpai ke tidak di puncak? Sempat promot kawannn haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita x tolong kawan, siapa lagi.. hahaha

      Delete
  9. Tak mampu ler nak p, 3 bulan gaji pun x cukup camni. Hehe

    ReplyDelete
  10. Nak pergi ni kena fikir banyak kali, sape lak nak jaga anak den.. hahaha.. tapi teruja tengok orang lain berjaya ke atas sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. yang dah ada anak ni banyak bnda kna pikir.. sbb tu pi siap2 sebelum kahwin.. hehehe

      Delete
  11. Mahal kalau puashati oklah macam tu.
    Macam teringin jugak nak daki gunung tapi minat tu tak banyak sangat dah tu pulak takde gang yang sekepala

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun x de la minat sangat.. sja je nk try sekali seumur hidup.. at least ada la jugak pencapaian hidup yg boleh dibanggakan gitu.. hehehe

      Delete
  12. teringin nya nak p sana. 1500 okay okay ja harga tu. padan la kan. tapi kena menabung dulu laaa jawabnya

    ReplyDelete
  13. kalau nk kn sesuatu, duit belakang kira... janji kita puas wpn ada jg laa terasa peritnya kan...


    so bila nk daki lg ni? nak jg ikut hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. betol2..

      hasil perbincangan hari tu, tahun depan nak naik lagi tapi rate untuk tahun depan belum keluar lagi.. maybe hujung tahun ni kami naik lagi sekali kot.. hehehe

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)