Resepi | Kerisik Paklong Lee


Alkisah, dahulu masa aku kecik-kecik, arwah ayah aku terkenal dengan gelaran pak Long Lee Kerisik sebab dulu, kami sekeluarga buat perusahaan membuat kerisik secara kecil-kecilan kat rumah untuk dijual secara borong kepada penjual2 pasar pagi dan tempahan dari orang kampong dan catering untuk masakan kenduri.

So, kali ni aku nak kongsi resepi cara nak buat kerisik family aku. Kiranya ni resepi keluarga turun temurun la ni. Bukan google mana-mana. Prosesnya semua dari ayah aku yang diperturunkan kepada aku. Cewwah.. Hahaha...

Bahan-bahan

1. isi kelapa parut
2. minyak masak

Alatan tambahan
1. blender basah

Nota: 

1.Family aku buat kerisik untuk dijual. So, semuanya berskala 40 biji buah kelapa sekali buat. kalau pakai 1 atau 2 biji, tak pernah lagi buat. Tapi kali ni aku cuba agak-agak nisbah kuantiti untuk 2-3 biji kelapa. Naka pakai 1 biji, macam sikit sangat, nanti susah nak blender.

2.Sory, tak ada gambar proses cara buat sebab dah lama dah family aku tak buat kerisik. Ni aku cuma recall balik je cara nak buat. gambar kat sini semua dari google.

Cara-caranya:


1. mula-mula, kita jemur dulu isi kelapa yang dah diparut sehingga betul-betul kering di bawah cahaya matahari. Seeloknya jemur tengah hari. Macam aku dulu jemur pukul 10 pagi hingga pukul 3 petang.

2. bila dah kering kita masak isi kelapa tu dengan menggunakan api yang sangat-sangat kecil. Masak guna kuali besar sikit, sebab kita kena kacau berterusan tanpa henti sampai dia bertukar warna perang kemerahan. Kalau tak kacau, dia cepat hangit warna hitam. Jangan bagi hangit!


3. dah masak, biarkan sejuk dahulu. Bila dah sejuk, kita blend pakai blender basah.

4. isikan 1/4 blender dengan minyak masak. Kemudian masukkan isi kelapa yang dah dimasak tadi sehingga ½ blender. Tutup ‘mulut’ blender tu dengan petutup periuk,(jangan pakai penutup blender) kemudian blend sampai isi kelapa tadi lumat dan sebati dengan minyak.

5. masukkan lebihan isi kelapa tadi dalam blender sedikit demi sedikit semasa tengah blend. Sebab tu pakai tudung periuk je sebab kita nak tambah isi kelapa lagi dalam blend tu. Masukkan sampai penuh blender dan sampai isi kelapa semua dah lumat.

6. nak tau dia lumat atau tak, tunggu sehingga kerisik dalam blender tu ada pusaran macam air dalam singki bila kita buka lubang singki. Macam tu la lebih kurang. Lepas tu dia akan keluar bunyi pelik sikit disebabkan angin dalam pusaran kerisik tadi. Lepas dah keluar bunyi pelik tadi, baru tutup (switch off) blender.

7. tuang kerisik dari dalam blender tu kedalam bekas dan biarkan semalaman sampai kerisik tu ada dua layer, isi kerisik mendak kat bawah dan lapisan minyak lebihan akan berada di lapisan atas.

8. buang lapisan minyak yang kat atas tu, dan voila! Siap dah kerisik korang..!

selamat mencuba!

Resepi Pesamah


kerisik ni selalunya banyak guna dalam kerabu dan lauk pesamah. kalau nak tengok resepi pesamah, boleh tengok sini :Resipi: Pesamah atau Rendang Besar