Posts

Showing posts from November, 2016

6 Tahun Hikayat Budak Pening

Image
sebenarnya minggu lepas tanggal 24 November, blog hikayat budak pening ni dah genap umur 6 tahun! fuh, 6 tahun dah aku bergelumang dalam dunia blog. kalau ada anak dah boleh masuk tadika dah. hahaha.. 6 Tahun Hikayat Budak Pening header terawal blog hikayat budak pening (dulu nama blog ni "pening" je) p/s : yup, tu mata aku dulu aku ingat macam rasa nak buat GA sempena ulang tahun anniversary , tapi malas plak rasanya.. malas nak handle part2 hadiah.. nak cari sponsor rasa macam tak layak. blog picisan melukut tepi gantang je. bukan blog popular mana pun. hehehe.. header selepas tukar nama blog dari PENING kepada BUDAK PENING  selama 6 tahun ni, banyak la jugak kenangan manis dan pahit. dah banyak berubah sejak mula penubuhan blog ni sampai sekarang. dulu student, skrg dah kerja . dulu single, sekarang, eh, sekarang masih single x berubah jugak.. hahahaha.. my all time feveret header blog Hikayat budak Pening dari header ni la tertukarnya nama kepad

Resepi | Kerisik Paklong Lee

Image
Resepi | Kerisik Paklong Lee Alkisah, dahulu masa aku kecik-kecik, arwah ayah aku terkenal dengan gelaran pak Long Lee Kerisik sebab dulu, kami sekeluarga buat perusahaan membuat kerisik secara kecil-kecilan kat rumah untuk dijual secara borong kepada penjual2 pasar pagi dan tempahan dari orang kampong dan catering untuk masakan kenduri. So, kali ni aku nak kongsi resepi cara nak buat kerisik family aku. Kiranya ni resepi keluarga turun temurun la ni. Bukan google mana-mana. Prosesnya semua dari ayah aku yang diperturunkan kepada aku. Cewwah.. Hahaha... Bahan-bahan 1. isi kelapa parut 2. minyak masak Alatan tambahan 1. blender basah Nota:  1.Family aku buat kerisik untuk dijual. So, semuanya berskala 40 biji buah kelapa sekali buat. kalau pakai 1 atau 2 biji, tak pernah lagi buat. Tapi kali ni aku cuba agak-agak nisbah kuantiti untuk 2-3 biji kelapa. Naka pakai 1 biji, macam sikit sangat, nanti susah nak blender. 2.Sory, tak ada gambar proses cara buat sebab dah la

Jenis Bikers

Image
Jenis-jenis bikers 1.bikers kental Tak kira hujan panas ribut tetap tak berhenti.. Ride 5-6 jam no hal... dari selatan ke utara no hal... Tak makan janji moto servis on time.. sayang moto dari apa apa skali pun.. 2.bikers citer lebih Ride 1-2 jam dah Tak tahan..  Ride dekat-dekat je.. Ajak ride jauh Macam-macam Alasan.. Bile citer bab moto, semua dia tahu... sedangkan dengar dari citer bikers lain.. Citer macam dh sampai london... tapi border pun tak tahu.. 3.bikers santai Jangan tertipu dengan santai... die la yg paling depan.. biler tibe corner die la yang jejak siku.. Bile berbual... macam tak tahu pape... tapi sebenar die la sifu... [ ride ke genting Highland ] 4.bikers assesori.. Moto dia yang paling banyak assesori... damper.. engine guard. Dan sebagainya semua ada pada moto dia... 5.bikers corner Bile open je event pergi bentong.. KKIC.. cemeron.. ha tudia nama dia yg first.. Corner jgn cakap la.. lutut.. siku

WW #141 | Tiada Monday's Blues Dengan Superbike

Image

Jawapan Soalan Math 1

Image
hari jumaat yang lalu aku ada publish satu quiz matematik yang aku jumpa kat internet yang aku rasa sangat menarik untuk dikongsi. so, sepeti yang dijanjikan, ini jawapan dia. Jawapan Soalan Math 1 sebelum tu, meh nak tunjuk soalan dia: soalan :  jika kedua-dua bulatan dalam segi empat tu, radius = 1 meter. berapa keluasan kawasan yang berwarna merah tu? pertama sekali, bagi membantu cara nak jawab supaya senang nampak, kita tambah beberapa garis tambahan dan huruf kat bucu nak bagi senang nak rujuk nanti.  jawapan : kawasan merah  = luas KQJ = luas KNI - luas NIJ - luas QPNJ garisan NI = 1 meter garisan KJI = 2 meter jadi, luas segi tiga KNI = ½ x 1 x 2 = 1 m 2 luas NIJ = [luas segi empat ACIK - luas bulatan BNJL] / 4 =[(2 x 2) - π(1) 2 ] / 4 = [4 - π] / 4 = 1 - π /4 luas QPNJ = luas MNJQ - luas segi tiga QMNP luas MNJQ disebabkan garisan LMN selari dengan garisan KJI, so sudut MNP = sudut QKJ let say sudut QKJ = Ɵ 1

SEGMEN: JOM BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

Image
klik baner untuk join  SEGMEN: JOM BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH weekend ni tak tau nak update apa, kita join segmen dulu.. hehe.. selamat berhujung minggu.. 

Soalan Math 1

Image
rasanya dalam baru-baru ni aku ada terjumpa soalan math ni kat internet. agak menarik sebab pecoh pale aku pikir tak jumpa cara nak jawab soalan ni. serius rasa tercabar. siang malam aku pikir, last-last aku give up.  tapi bila tengok jawapan, "la... macam tu je rupanya."  Soalan math 1 korang pernah rasa tak macam tu? kalau nak try rasa feeling dia tu macam mana, try juawab soalan ni: soalan : jika kedua-dua bulatan dalam segi empat tu, radius = 1 meter. berapa keluasan kawasan yang berwarna merah tu? okay, aku bagi peluang kat korang jawab. aku bagi masa sampai weekend ni. hari isnin tepat pukul 7 pagi aku akan autopublishkan jawapan dia. hehehe.. senang je sebenarnya. level spm pun dah boleh jawab. cuma kena kreatif sikit la. hehehe.. tapi sedihnya aku tak berjaya jawab walaupun math subjek feveret aku masa SPM dulu. hmm..    sapa boleh jawab, dia memang pandai. hehehe.. aku cabar nih!

Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel

Image
klik baner untuk join sebelum 7 Disember 2016 Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel jom join! dengan ini saya nak tag SYM (Siti Yang Menaip)  disebabkan dia pun blogger travel jugak.. ingat nak tag Mohamad khairudddin Lim  sekali tapi dia dah join.. hehehe blog tak terupdate seminggu sebab baru balik dari berkurus . eh, silap, berkursus... hehhe.. balik je penang, masih tak ada idea nak menulis, so, kita join GA dulu...  p/s : dalam perancangan nak anjurkan Give Away sempena ulang tahun blog Hikayat Budak Pening ini yang ke-6 bulan november ni. sedang dalam perancangan, tak sure jadi atau tak, kita tengok je la nanti.. 

Susah Sangat Ke Jadi Imam?

Image
Perempuan Masak, Lelaki Imam  Dah banyak kali dah kan dengar ayat skeptical ni. Macam satu expectation yang perlu ada pada laki dan perempuan terutamanya bila masuk bab baru nak kahwin. "Perempuan kena pandai masak, laki kena pandai jadi imam solat." Dulu aku rasa expectation ni sesuatu yang berat sebelah. Sebab dulu aku rasa kalau perempuan expect calon suami diorang kena pandai jadi imam, senang sangat la macam tu. Susah Sangat Ke Jadi Imam? Maksud aku, susah sangat ke jadi imam? Senang je kot. Tapi tu apa yang aku fikirkan suatu ketika dahulu. Sekarang baru aku nampak yang sebenarnya tak ramai orang lelaki boleh jadi imam solat dengan baik. Bukan kesalahan yg major, tapi cuma kelompongan sedikit je yang boleh diperbaiki, dari beberapa aspek. Antara yang selalu sangat aku perasan, bab doa. Doa Bahasa Arab Kalau doa dalam bahasa melayu, tak ada masalah rasanya dalam bab ni. Tapi bila doa dalam basa arab, walaupun aku tak expect imam tu belajar b