15.8.16

Resepi Maggi Budak Pening


dulu, sejak dari kecik setiap kali masa maggi, macam-macam yang aku cuba buat, ber-experiment supaya maggi tu lebih sedap. so, kat sini aku nak share resipi maggi feveret aku. ceh, masak maggi pun kna ada resipi ke? hahaha

resepi maggi budak pening


bahan-bahan:
maggi asam laksa 1 bungkus (kalau tak ada, kari atau tomyam pun okay, but this one my feveret)
sayur (kangkung, kailan, sawi, ikut suka) terpulang klau nak letak.(optional)
asam keping (gelugor) 2 keping
telur 1 biji
air 1 mug

alatan :
1. periuk kecik, kalau boleh cukup2 muat utk letak maggi dalam keadaan melintang
2. tudung periuk (ini penting)

cara memasak

1. masukkan maggi, perencah, asam keping dan air dalam periuk. masak dengan api kuat selama 2 minit. jangan kacau (stir) dan biarkan terbuka tanpa tertutup periuk. (lihat rajah 1)


2. lepas 2 minit, perlahankan api. pastikan kuah mendidih tapi tak kering. kalau nampak kering sangat, tambah sikit air. sikit je jangan banyak. dan jangan stir! (if tambah air, kuatkan api sampai kuah betul2 mendidih again)

3. masukkan sayur (optional)

4. dengan berhati-hati masukkan telur dan jangan bagi kuning telur pecah. pastikan telur DIATAS maggi (bukan tepi mee tapi betol2 atas dia). ibarat macam masak telur mata kerbau atas mee. jangan stir!

5. tutup periuk dengan tudung periuk. kuatkan api semaksima yang boleh dan masak selama 2 minit lagi. jangan stir! (lihat rajah 2)


5. lepas cukup tambahan 2 minit, tutup api dan hidangkan.

releven resipi ni

kenapa aku buat macam tu? selepas beberapa tahun makan meggi dan berexperiment dengan cara masak meggi, ini sebab dia:

kenapa 2 asam keping? sebab sifat telur ni dia akan serap rasa perencah. so, nak kekalkan rasa asam laksa yang pedas dan masam, kna support rasa masam tu dengan asam keping. aku dah try dengan asam belimbing dan air asam jawa. so far tak sedap. asam keping jugak yg jadi. nak kurang rasa masam, letak 1 keping je. aku suka masam, sebab tu letak 2 keping.

kelemahan asam keping adalah ia perlukan masa agak lama untuk rasa masam tu keluar dari asam. 4 minit tak cukup sebenarnya. sebab tu aku letak awal2 dari step 1 dan aku didihkan sebanyak 2 kali supaya rasa asam tu keluar. tu pun lepas masak asam still keras (rasa masam masih berbaki pada asam dan tak keluar masuk dalam kuah). sebab tu aku letak 2 keping.

asam laksa keunikan dia pada masam dan pedas tapi dengan aroma yang lembut tak macam tomyam yang agak 'keras' dari segi aroma dan rasa. bagi aku rasa pedas asam laksa tu dah okay dah. kalau korang nak tambah pedas, so far yg aku try, x jumpa lagi bahan penambah rasa pedas yg sesuai utk maggi ni. cili giling, serbuk cili, sambal belacan, lada hitam, semua aku dah try tapi hilang rasa keunikan rasa asam laksa tu. lada hitam definitely NO NO.. sbb nnti dia hilang rasa asam laksa dan sama rasa macam maggi tomyam yang 'keras'.

sayur, ikut suka hati. aku kalau masak maggi akan selongkar peti sejuk bahagian sayur dulu, tengok apa yang ada. kalau tak ada sayur pun okay je. cuma kalau ada tu meriah la sikit dari segi rasa dan warna (presentation itu penting). bila nk letak sayur ni flexible sama ada korang suka lembut layu atau keras rangup fresh. aku sula letak lambat sikit supaya rasa sayur tu tak hilang.

bilangan air kna tepat. kuah terlalu cair rasa dia akan dilute. kuah terlalu pekat plak nanti masam sangat. so far aku pakai 1 mug air kalau letak telur (banyak sebab proses 2 kali didih). kalau tak letak telur, aku pakai air 1 cup je (tanpa didihan yang ke-2).

kalau megi ada telur secara teorinya memang kita rasa maggi akan jadi sedap tapi kerana sifat semula jadi telur yang menyerap perasa kuah (aku belajar ni dari anime), buatkan maggi yang letak telur rasa dia akan jadi "ceroi" (hilang rasa). sebb tu aku tak stir (kacau) telur, dan aku letak telur atas meggi, bukan direct dalam kuah! sebab aku nak minimumkan contact antara telur dan kuah.

tujuan aku tutup kuali lepas letak telur dan besarkan api selama 2 minit sebab aku perasan bila aku tutup periuk, buih kuah yg mendidih akan bertambah banyak sampai buih tu akan "selubungi" telur atas mee segera tu. hasilnya, telur akan masak walaupun tak sentuh kuah! again, aku minimakan contact antara telur dan kuah supaya rasa perencah x hilang.

dan hasilnya, korang akan dapat maggi yang ada telur separuh masak atas dia, ibarat roti bakar telur goyang, tapi instead of roti, telur tu melekat atas maggi! boleh bayang x?

aku tak pandai masak n jarang masak. tapi aku suka tengok anime pasal masak-masak dan aku belajar dari situ. tiap kali masak aku x sempat ambik gambar. asyik terlupa je. nak lukis periuk x pandai, so aku lukis bikar macam dalam experiment. harap korang paham.

50 comments:

  1. wahhh maggie pun ada resepi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan.. maggi je pun.. hahaha

      Delete
    2. rasanya baca resipi ni lagi makan masa dari masak megi tu sendr..pening pening

      Delete
    3. hahaha.. nk terang tu kan panjang lebar skit..

      Delete
  2. waahh.. gambar rajah tu macam experiment lab.. hehe.. Saya masak meggi tuang air panas je. haha.. tapi menarik gak resepi pha is ni. Nanti boleh cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x puas tuang air panas je.. nk kna personalised kan.. hehehe

      Delete
  3. MASAK MAGGI MCM CHEFF NI BOLEH BEREXPRIMENT LAGI..MESTI SEDAP SGT TU

    ReplyDelete
  4. amikkkk kauuu nak makan meggi je pun..kekeke..

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum.... pha,

    wahhh... sedap resepi ayam laksa....

    mselim3

    pls: mselim3 suka kari... pedas... boleh tahan.Kena pulak telur separuh masak...

    ReplyDelete
  6. ni masak maggie ke buat lab experiment? nasib baik takde gambar penunu bunsen jerr he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua2.. disebabkan resepi ni terhasil setelah banyak kali berexperiment utk mndapatkan cara masak yg paling ideal.. hehehe

      Delete
  7. sblm tu nk gelak dlu hahhaha.. siap gambar rajah mcm zaman skolah. kalau tak faham saja la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb nk bagi paham tu la yg dok buat lagu tu tuu..

      Delete
    2. lepas ni nak cari calon suami kena test pandai dak masak megi..hahaha

      Delete
    3. calon suami ke, calon isteri? hehehe

      Delete
  8. JM masukkan semua je, air, maggie, perencah, mendidih terus tutup api...

    ReplyDelete
  9. haha memula bca buh asam keping smpai 2 rencah maggi da masam brtmbh masam pekat likat la kt tekak .. haha penerangan bagus siap diterangkan berserta gmbr rajah lab experiment tuuuuu geram tgk hehehe mengimbau kenangan sekolah btol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. mmg ada sebab knapa saya letak 2 keping..

      Delete
  10. ini macam rajin jugak megi dan analisis.

    ReplyDelete
  11. Siap ada gambar rajah macam dekat lab. Kelasss ! Heheh :D

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. eh, budak U la paling banyak makan maggi sbb nk jimat duit.. dulu masa extend study 1 tahun, biasiswa x dapat. so, mmg survive hari2 dengan maggi je..

      Delete
  13. Pergh!! Pening nengoknya.. Memamng tak reti la nak buat cengginie.. Susah amat kalau x kacau maggie..

    ReplyDelete
  14. malas nak baca perabih takut pening...akak tercari2 mana gambar dah masak..ni mesti megi tu pon pening..dah selamat masuk dlm perut budak pening pon...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. x sempat nk bergambar, tau2 dah masuk perut..

      Delete
  15. Dulu tak pandai makan megi asam laksa ni, sekali member office akak bagi satu, owh.. sedap jugak rupanya.

    ReplyDelete
  16. kalau sis JM rendam air panas jek

    ReplyDelete
  17. pas mkn resipi dak pening ni..rasa pening tak pas mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... kalau pening2, saya tak tanggung.. hahaha

      Delete
  18. ahaks..bila ahli farmasi masuk dapur..rupa periuk dah rupa bikar dalam makmal hehehe

    ReplyDelete
  19. ni bukan lagi megi cepat d masak cepat d mkn ni..amik maaa dlm 5min lebih kurang..kalau lebih masa tu still sedap x

    ReplyDelete
    Replies
    1. x banyak beza pun.. sama je.. lain la kalau masak lama sangat sampai megi dah kembang..

      Delete
  20. rajin pha is exp maggi...rietta plak xminat meggi...mmg nmpak macam bikar dan tungku, cuma xde bunsen burner je...macam teringin plak nk rasa meggi ni...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. itu cikgu n lecturer jugak.. ada cikgu prefer lukis, ada yg x kisah, cuma buat arrow n tulis "heat" je dah cukup..

      Delete
  21. Gaya penerangan macam nak buat eksperimen :)

    ReplyDelete