Perodua Bezza Gear Up
sumber : Paultan.org

walaupun aku lebih minat moto, tapi nak tak nak aku kena jugak fikirkan kereta sebagai back-up kenderaan, guna untuk angkut barang, bawak family dan kegunaan time hujan. terutamanya bila dah berkeluarga nanti, mesti kena pakai kereta. lain lah kalau aku kahwin dengan perempuan yang dah ada kereta.


Perodua Bezza VS Proton Saga


Proton Saga Plus
sumber : Proton-edar.com

[edited Sept 2016: perbandingan dalam entri ini menggunakan Proton Saga generasi ke-2 sebab masa entri ini ditulis (julai 2016), Proton saga 2016 (generasi ke-3) belum keluar. untuk perbandingan Proton Saga generasi ke-3 dengan Perodua Bezza boleh lihat entri "Proton Saga 2016 VS Perodua Bezza"]

sementara tu, boleh jugak aku fikirkan kereta jenis mana yang aku nak beli nanti. so far, pilihan aku cuma Proton Saga dengan Perodua Bezza. aku nak sedan dan tak nak hebat-hebat sangat. nak pakai pun buat back-up je kan. 

motosikal? fuh, idaman sekarang Kawasaki Ninja ZX-6R 636! harga lagi mahal daripada dua kereta nih! hahaha.. (ekceli hampir 2 kali ganda harga proton saga).

Kawasaki Ninja ZX-6R 636

jadi, dalam aku dok buat research antara Perodua Bezza dan Proton Saga, baik aku share kat korang apa yang aku jumpa. mana tau kot-kot korang pun tengah cari maklumat ni.

kat bawah ni aku buat jadual perbezaan antara Saga dan Bezza. Beza dari segi apa yang aku minat nak tau je. lain orang lain priority. dan ini antara priority aku : 



Proton Saga Plus CVT
Perodua Bezza Advance
Komen aku
Harga OTR
RM 38, 080.00
RM 50, 800.00 + RM 2,600.00
aku ambik yang paling fullspecs. Bezza tambah sekali dengan GearUp bodykit. Beza RM 15, 320.00 kot. Saga murah 29%!!!
Max HP
94 HP @ 5750 RPM
94 HP @ 6000 RPM
Hampir sama
enjin
CamPro IAFM
4-cylinder
DOHC 16V
1NR-VE DVVT-i
4-cylinder
DOHC 16V
Dua-dua DOHC, 16V, dan 4 Silinder. So, sama je. Ikut preference korang sama ada suka VVT atau CamPro.
displacement
1329cc
1332cc
Lebih kurang
Berat
1075 kg
930 kg
Disebabkan Bezza ringan, perbezaan kat sini agak ketara. Bezza menang 14% power to weight ratio
Power-to-weight ratio
87 HP/Tan
101 HP/Tan
Kegunaan minyak
16 km/L
22 km/L
Walaupun nilai ni kurang reliable, tapi agak ketara perbezaan dia. So, aku Nampak macam Bezza menang 27%
Ruang boot
413 L
508 L
Bezza menang 19% ruang boot.
Panjang x lebar x tinggi
4278 x 1680 x 1520
4150 x 1620 x 1510
Panjang : Saga lebih 12.8 cm
Lebar : saga lebih 6 cm
kelebihan
1. User-friendly compartment
1. Eco Iddle system
2. Smart key & push start button
3. Rear console USB port (charge phone)
4. Reverse camera
5. multimedia system with navigation & smart link
6. 5 star ASEAN NCAP

ini just kelebihan apa yang aku nampak dan yang aku suka antara dua model ni. 
markah
29
60
 markah ni based kepada berapa % diorang menang, yang aku tulis kat atas tadi.


jadi, kalau based kepada penilaian aku. memang nampak sah-sah dah Bezza lagi best. tapi ikut orang la, kalau priority dia harga, Saga la yang menang.

okbye..

sumber dan rujukan:
1. mysumber. (2016). Perodua Bezza 2016 baru harga spesifikasi dan gambar. MySumber.com. dipetik dari http://www.mysumber.com/perodua-bezza-2016-baru-harga-spesifikasi-dan-gambar.html
2. Proton (2016). Saga FLX: Pricing and Specification. Proton-edar.com; dipetik dari http://www.proton-edar.com.my/en/Models/Saga%20FLX/Model%20Pricing%20and%20Specification%20Page.aspx#PRICING & SPECS
3. Mick Chan. (2016  July 16). Perodua Bezza – GearUp bodykit and accessories. Paultan.org. dipetik dari http://paultan.org/2016/07/16/gear-up-accessories-for-perodua-bezza/