27.7.16

Honda CBR250RR vs Yamaha YZF-R25 vs Kawasaki Ninja 250R

cakap banyak tak mau, jom kita compare jentera light-weight  a.k.a beginner sport-bike untuk jentera 250cc (yang lesen motosikal B2 pun boleh pakai) yang popular kat malaysia (dan yang bakal masuk Malayia - AMEEN).

Honda CBR250RR  vs Yamaha YZF-R25 vs Kawasaki Ninja 250R


tapi sebelum tu, meh kita tengok dan komen satu-satu bagi jentera2 ni. then baru kita compare mana yang best.

Kawasaki Ninja 250R 

Kawasaki Ninja 250R 2013

spesifikasi yang aku guna untuk Kawasaki Ninja 250R kali ni adalah dari generasi ke-5 (2013). rasanya spesifikasi dia still sama hingga entri ini ditulis, cuma dengar khabar angin dari indon kata Kawasaki nak keluarkan jentera Ninja 250cc 4 silinder kembali macam Kawasaki Ninja ZX-2R! aaaaaa...!!!! (jerit ibarat perempuan gedik dapat hadiah)

kita tunggu...


Yamaha YZF-R25

Yamaha YZF-R25 2015

Yamaha YZF-R25 ni Motosikal sportbike yang berjaya bawa fenomena dunia permotoran dalam malaysia, bermula hari pelancarannya pada tahun 2015. sampai aku pun beli sebijik! hahaha.. so far rival terbesar bagi kawasaki ninja 250R yang dah lama popular dan bertapak subur di bumi tanah melayu ni. cewah!

Honda CBR250RR


Honda CBR250RR 2016

baru ni heboh wei pasal Honda dah keluarkan CBR250RR 2016 baru! aku nampak revolusi kali ni lebih kepada 2 bahagian. pertama, akhirnya honda CBR250RR kembali kepada 2 silinder daripada generai sebelumnya yang hanya 1 silinder. kedua, of course rupa yang lebih garang!

dan ditambah dengan features tambahan yang bagi aku agak menarik. Malangnya tak masuk Malaysia lagi. baru dilancarkan kat indon tapi dengar khabar macam nak masuk. insyaAllah..

Honda CBR250RR  vs Yamaha YZF-R25 vs Kawasaki Ninja 250R




Kawasaki Ninja 250R
Yamaha YZF-R25
Honda CBR250RR 2016
Displacement (cc)
249
249
249.7
enjin
4-Stroke, liquid-cooled, parallel twin
Liquid-Cooled, 2-Inline Cylinders 4-Stroke Engine With Downdraft Induction Fuel Injection
Paralle twin, liquid-cooled with Auto electric fan fuel system PGM-FI
Compression ratio
11.3:1
11.6 : 1
11.5 : 1
Bore x stroke
62 x 41.2 mm
60 X 44.1 mm
62 x 41.4 mm
Tangki minyak
17 L
14.3 L
14.5 L
Max Power
31.5 HP @ 11,000rpm
36.4 HP @ 12,000 rpm
36+ BHP (expected)
Max Torque
21 Nm @ 10,000rpm
23.2 Nm @ 10,000 rpm
25+ Nm (expected)
Berat
174 kg
166 kg
Unknown so far
Front suspension
Telescopic
Telescopic
Upside down Inverted Telescopic
Back suspension
5 adjustable Uni-Track
Monocross
5 adjustable mono suspension with pro-link system
Seat high
785 mm
780 mm
790mm
kelebihan           
?
1. Gear Shift Lamp Indicator
1. Throttle-By-Wire System with Accelerator Position Sensor
2.  iridium spark plug
3. step-up seat/split seat
4. riding modes
5. twin-exhaust

Perbandingan Honda CBR250RR  vs Yamaha YZF-R25 vs Kawasaki Ninja 250R


kelebihan yang aku nampak pada kawasaki ninja 250r cuma tangki minyak yang besar. yamaha yzf-r25 plak menang pada compression ration yang paling tinggi, lebih ringan dan ketinggian seat paling rendah (sesuai utk  orang tak cukup tinggi. hehe). Honda CBR250RR, hmm.. tengok sendiri la.. banyak kelebihan dia. tambah dengan features terbaru macam riding modes, dan aku teringin sangat nak dengar bunyi twin-ekzos dia..

sebenarnya info berkenaan Honda CBR250RR masih tak cukup untuk aku buat perbandingan yang lebih tepat dan menyeluruh. tapi sekadar apa yang aku tahu so far, nampak macam Honda CBR250RR mendahului.

hmm... apa pendapat korang?

p/s : banyak info yang aku dapat dari sumber yang tak rasmi berkenaan CBR. nanti apa-apa aku check dan update balik. kalau ada part yang salah mohon komen, nnti aku betulkan.

sumber dan rujukan:

1. Mohan. (2016 July 25). 2016 Honda CBR250RR world premiere in Indonesia – official videos and photos, prices start at RM19,500!. Paultan.org; retrieved from http://paultan.org/2016/07/25/2016-honda-cbr250rr-indonesia/

2. Motor Ninja 250. (2016 March). Adu Ganteng Motor Honda terbaru CBR 250RR Vs Ninja 250 2016 vs Yamaha R25 2016; Motorninja250. retrieved from http://motorninja250.com/motor-honda-terbaru-cbr-250rr-vs-ninja-250-vs-yamaha-r25/

3. Budak terpaksa. (2012 Aug 8). Kawasaki Ninja 250r 2013; Impian Sejati. retrieved from http://knee-drag.blogspot.my/2012/08/kawasaki-ninja-250r-2013-b.html

4. Hong Leong Yamaha Motor. YZF-R25 Product Detail. Yamaha Motor. retrieved from http://www.yamaha-motor.com.my/products-details.php?id=24 [cited 27 July 2016]

5. Pha Is. (2014 Apr 22). 250cc 4 Cylinder Motorcycle; Hikayat Budak Pening. retrieved from http://www.budakpening.com/2014/04/250cc-4-cylinder-motorcycle.html


6. Imran Mazlan. (2016 July 26). Honda CBR 250 RR Specification; R.O.B official Whatsapp group

18 comments:

  1. compare semua dari segi kualiti n harga kalau minat sgt belilah satu pha is...xdpt free kot heh..heh..

    ReplyDelete
  2. anda seorang yang sibuk dalam kerjaya, masih ada masa untuk blog ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sebab sekarang dah kurang sikit sibuknya sbb dah tak kerja kat hospital.. dulu masa kerja kat hospital memang sibuk..

      Delete
    2. La ni Pha Is kerja di Jabatan Kesihatan kot, ikut office hour banyaklah masa banding kerja di hospital :)

      Delete
    3. kerja plak ada meja ofis sendiri dan ada komputer sndiri.. hmm.. heheheh

      Delete
  3. alamak x reti bab2 moto ni
    reti ride je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. reti ride moto superbike ada clutch..? wow.. hebat dah tu.. x ramai yg boleh ride.. tambah2 perempuan..

      Delete
  4. memang tak faham pape melainkan ini adalah entri perbandingan 2 moto hahaha..

    ReplyDelete
  5. ok laaa pha is at least dgn moto ni dh jelajah malaysia

    ReplyDelete
  6. belum ada hati nak meminang salah satu jadi agak susah nak membanding.

    tapi dari segi bentuk dalam macam lawa lagi design yamaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain org lain taste.. so far saya nampak yamaha lagi.. tpi dual-ekzos tu.. style..hehehe

      Delete
  7. Tak pandai nak bandingkan..
    Tapi sha suka design Honda CBR250RR..
    nampak sangat bergaya dan berlagak.. kikikiki..

    ReplyDelete