30.6.16

Kenapa Watermark Gambar?

Hari ni saja nak membebel pasal watermark. Apa kepentingan watermark pada gambar ni sebenarnya? Bagi Blogger yang mungkin dah lama sikit berkecimpung dalam dunia blog, mesti dah faham kenapa pentingnya watermark, dan Design watermark yang "ideal".


aku rasa isu watermark ni boleh diguna pakai oleh Blogger dan juga Photographer. Dan sebelum-sebelum ni, gambar dalam blog aku ni dah beberapa kali diambil tanpa diberikan sebarang kredit. Ada yang sampai crop watermark. Kalau orang biasa-biasa aku tak heran, tapi ni dari nama besar, antaranya dari badan kerajaan negeri Perak. hmm..


Kenapa Watermark Gambar?


Bagi aku, dan apa yang aku nampak, orang buat watermark ni ada dua tujuan asas.

Supaya Orang Tak Curi Gambar



pertama, tujuan orang letak watermark dalam gambar supaya orang lain tak curi gambar. Memang jenis tak nak kongsi langsung la.

Selalunya, ciri-ciri watermark untuk tujuan macam ni adalah jenis:
1. watermark nampak clear/besar
2. kedudukan kat tengah-tengah gambar atau betul-betul pada 'subjek' dalam gambar
3. design yang membuatkan mustahil untuk orang padam watermark tanpa mencacatkan gambar asal
4. design watermark itu sendiri yang seakan-akan 'mencacatkan' gambar

bila dia letak watermark macam tu, orang nak curi ambil pun fikir banyak kali. Terutamanya yang jenis curi gambar lepastu crop watermark. Kalau watermark pun dia crop, apatah lagi nak bagi kredit kat sumber gambar diambil.

Sebagai Medium Promosi


contoh watermark dari blogger Siti Yang Menaip

kedua, tujuan sesetengah orang meletakkan watermark kat gambar adalah supaya bila orang lain guna gambar tersebut, secara secara tak langsung gambar tu boleh mempromosikan blog/servis pemilik gambar yang asal.

antara ciri-ciri watermark untuk tujuan ini antara lainnya:
1. design watermark yang 'elegent'
2. lokasi watermark yang strategik tanpa mencacatkan gambar

Pemilik gambar yang letak watermak macam ni dia tak kisah pun orang ambil gambar dia. Memang dia lagi suka kalau orang ambil TAPI dengan syarat gambar-gambar dia tak di-edit watermark dan dikreditkan sumber gambar kepada dirinya.

secara jujurnya, aku tergolong dalam katagori yang macam ni..

Kenapa Tak Watermark Gambar?


ada jugak orang yang tak letak watermark pada gambar dia. antara sebabnya:

1. pemilik asal rasa watermark mengganggu/mencacatkan gambar dia
ada je kawan aku yang tak nak letak watermark sebab dia rasa watermark ni "interfering" dengan gambar dia.

2. pemilik asal rasa watermark tak perlu.
jenis yang tak kisah pun orang lain nak buat apa dengan gambar dia.

3. pemilik asal tiada masa
yang jenis sekali upload berduyun-duyun gambar banyak-banyak, kadang-kadang tak ada masa nak letak watermark kat satu-satu gambar. So, upload macam tu je tanpa watermark sebab tak ada masa.

4. pemilik asal malas
(aku pun kadang-kadang macam ni jugak)


So, dikesempatan ini aku nak tanya korang. Korang letak watermark tak? Apa tujuan korang letak watermark?


58 comments:

  1. kekadang malas nak letak watermark tu...hehe

    ReplyDelete
  2. sebab takut dieksploitasi lah letak watermark...

    baru nak amek pun pk bebanyak kali... haha

    ReplyDelete
  3. Biasa kalau gmbr muka sndiri ade lah..
    Kalau gmbr lain lain tade pun

    ReplyDelete
  4. ada letak.. ad jugak tak letak.. hhahahaha..

    ReplyDelete
  5. Kebanyakkan gegambar Mrs. A letak watermark bimbang diexploitasi.
    Mana yang tak letak tu sebab amik orang lain punya dari WhatsApp ke FB ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. bahaya, terutamanya sebagai perempuan..

      Delete
  6. dulu rajin but since tukar kpd comp biasa dr Mac... trs mls nk letak watermark hahaha

    ReplyDelete
  7. terasa juga nak buat watermark ni, tahu dekat mana yang boleh design water mark?

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak cara boleh buat watermark ni.. paling mudah pakai software paint pun boleh. saya dah biasa pakai photoshop. ikut keselesaan masing2..

      Delete
  8. Ok sgt kalau rajin letak watermark.

    ReplyDelete
  9. Letak bila rajin jer..point last tu..klu dh upload berduyun2 mmg xsempt nk watermark hehe

    ReplyDelete
  10. Letak bila rajin jer..point last tu..klu dh upload berduyun2 mmg xsempt nk watermark hehe

    ReplyDelete
  11. husna selalu jumpa watermark yg mencacatkan.. tak nampak dah subject yg nak diperkatakan.. sebab tu bila gmbar sendiri, walaupun hanya menggunakan tulisan tiada object lain, husna confuse nak letak font size besar mana.. sebab risau menganggu pemandangan org..😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. saiz font/watermark pun banyak main peranan.. ada pro n cons either kecik or besar. terlalau kecik, orang x perasan, orang susah nk baca tapi kurang mencacatkan gambar. terlalu besar, walaupun org senang perasan/baca, tapi nnti mengganggu subjek dalam gambar plak..

      kna pandai buat pilihan untuk saiz yg ideal, sbb x semua saiz/font sesuai utk semua jenis gambar..

      eh, macam man buat emoticon tu? :)

      Delete
    2. pha is excited nk tau emoticon mcm wassap. haha

      Delete
    3. excited la.. buat tak jadi pun.. macam mana dia buat?

      Delete
    4. aikk.. selalunya jd la pha is. cuba DM mkt IG husna

      Delete
  12. memang kena letak sbb tak nak org curi tp ada ja org curi.. haih.
    xsuka letak besaq2. macam mencacatkan gambaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. so, mmg niat x nk bagi orang curi la.. saya lain sikit.. kalau org nk ambik, silakan, cuma jangan buang watermark dan sila kreditkan sumber dari sini.. hehehe

      Delete
    2. kalau niat xmau bg org curi pon. org tetap takkan minta izin tuan blog. xpenah la org nk kredit gambar. haha

      Delete
    3. saya pernah.. ada orang email sbb nk minta gambar dalam blog ni. siap sanggup bayar lagi, sbb gambar tu asalnya milik kawan. dia mmg photographer... gambar cantik..

      n ada je sebelum ni orang ambik gambar dan kreditkan kat blog.

      Delete
  13. Saya kongsikan pendapat saya di blog mengenai watermark....
    Insyaallah esok siap... hehe

    ReplyDelete
  14. huhu, malas nak letak watermark, tapi dh pernah kena sekali gambar kena amik masuk dalam blog MPP, peh, mmg panas hati....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh.. ni mesti sbb pemes nih.. kalau x pemes xdenyer MPP nk cilok.. hahaha.. hot stuff la katakan..

      Delete
    2. bagi yang takmau watermark...anggap sedekah jela

      Delete
  15. Walau gambar akak biasa2 je tapi seboleh mungkin akak akan letak watermark, ada sentimental value pada tiap gambar yang ada dalam blog akak.. dulu je tak pernah letak..

    ReplyDelete
  16. Terima kasih atas kiriman anda. Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama.. selamat berpuasa dan selamat hari raya.. hehehe

      Delete
  17. Kalau bab2 watermark ni akk mmg selalu letak kat gambar..tapi takde laa sampai mencacatkan gambar..letak kat bawah ujung2 je sbb nak bgtau tu gambar kita..dan url blog kita pon ada terpampang kat gambar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang kalau org nk backlink ke blog kita balik.. kn..

      Delete
  18. 'Interfering' tu macam ayat aku je, hahaha :P

    ReplyDelete
  19. Selalunya malas la nk letak watermark tu....

    ReplyDelete
  20. Nini x letak pon sebab kurang rajin tang edit mengedit ni..hihi

    ReplyDelete
  21. Nini x letak pon sebab kurang rajin tang edit mengedit ni..hihi

    ReplyDelete
  22. Assalammualaikum...pha is,

    mselim3 lagi lah.. tak pernah nak buat watermark.. heehhe

    mselim3

    pls:mselim3 malas nak mengedit2 nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..
      ikut orang.. ada yg x buat.. ikut citarasa masing2.. :)

      Delete
  23. produk yang saya jual pun selalu di amik oleh peniaga online lain...sbb xder watermark

    ReplyDelete
  24. aku letak waterwark yg ada muka aku atau family aku je. takut ada orang salah guna. gambar yg tak berkenaan aku tak watermark.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. boleh jadi disalahgunakan kalau x de watermark.. kadang2 ada watermark pun diorg boleh crop.. kna buat bagi susah nk buag la.. kalau x bahaya..

      Delete
  25. Saya letak watermark dlm sesetengah gambar dlm blog saya jika saya rasa gambar tu istimewa dan tak mahu org "curi" gambar tu. Kalau gambar biasa2 saya tak kisah maka tak letaklah watermark :)

    ReplyDelete
  26. Hurm.. Memula dulu letak watermark sebab nak orang tau blog kita..
    Lepastu skrg ini dah tak letak watermark, sebab kadang2 tak sempat..
    Kikikiki.. nak cepat..

    ReplyDelete