[amaran : entri luahan perasaan]

Antara perbualan dua orang sahabat di kedai nasi kandar:

"hang kat hospital ni tak kan tak ada yang hang berkenan?"

"huh, pasal tu, aku selalu frust.."

"Kenapa?"

"Asal ada orang yang aku minat je, rupanya bini orang. Asal aku berkenan je, tau tau minggu depan dia panggil pergi kenduri kahwin dia.. hmm.."

"hmm.. Hang cakap ja lebih. Aku nak tanya hang. Kalau betol diorang tu masih belum berpunya, hang nak pi mengorat ke?"

"Errr..."

#728HariMencariCinta



#728HariMencari cinta ni sebenarnya kesinambungan dari #1092HariMencariCinta aku tu. Sebab sekarang dah masuk tahun 2016. So, bajet nak mula serius mencari jodoh tinggal lagi 2 tahun je lagi. So, 2 tahun x 364 hari setahun = 728 hari mencari cinta.

At least lagi 2 tahun je lagi aku berhasrat untuk stay single. So far rasanya target aku tu macam achievable sebab memang so far tak 'jumpa' sesiapa lagi.

err.. tapi sebenarnya jumpa banyak dah, cuma selalunya yang terjumpa tu, kes yang berlaku macam dalam perbualan kat atas sekali tu la. dah berpunya!

tapi soalan kawan aku tu, benar-benar buat aku terfikir. kalau katakan suatu hari aku terjumpa orang yang single and available dan aku rasa like "she's the one", adakah aku akan approach, sampaikan niat dan rasa hati aku?


sebabnya, aku target nak mula serius memikirkan jodoh pada tahun 2018, dan aku tak nak "hubungan pra-perkahwinan" yang panjang. so, kalau aku aproach dia sekarang, adilkah aku sekiranya aku mintak dia 'tunggu' aku sehingga 2018?

dan maksud aku dengan 'tunggu' tu, not even with mesej sayang-sayang, apatah lagi keluar berdua.. so, again, bagi menjawab soalan kawan aku tu, kalau aku approach, adilkah aku? sanggupkah dia?


I need you to live your life. Be happy. I love you. Enough to let you go...