11.12.15

Kenapa Pakai Jam Tangan?

saja nak berceloteh kejap. pernah terfikir tak? kita semua ada telefon bimbit. dalam tu dah konfom-konfom ada jam. tapi kenapa kita masih pakai jam tangan?

jam tangan lama aku sewaktu aku masih bergelar student usm. jam ni telah lama arwah.
nota : Lensa Cikai adalah blog kedua aku yang aku dah tutup.


Kenapa Pakai Jam Tangan?


dan sebab yang aku boleh fikirkan kenapa aku masih pakai jam tangan walaupun dalam fon aku dah ada jam adalah:

1. nak tahu masa

ni of course la alasan yang paling munasabah. beli jam sebab senang nak tengok jam pukul berapa. tapi, kalau setakat nak tau jam pukul berapa, kat fon pun dah ada jam. kan? mungkin sesetengah orang rasa lebih mudah tengok jam tangan berbanding nak kena keluarkan fon dari poket.

tapi tak semua keadaan sesuai untuk tengok jam melalui fon. contohnya atas motosikal, macam aku ni. kalau nak tengok jam atas moto nak kena seluk poket, lepas tu nak kena takan punat 'home' baru boleh nampak jam pukul berapa, memang agak leceh.

so, rider macam aku ni memang sangat-sangat memudahkan kalau pakai jam tangan.

2. sebagai eksesori

jam speedometer yang pernah aku beli sebab nampak cool. tapi aku stop pakai sebab agak leceh dan tak praktikel

yup, alasan ni pun ada jugak orang pakai. sekadar nak bergaya. beli jam lawa-lawa sebagai perhiasan. contoh macam jam speedometer aku kat atas tu. dah la setiap kali nak tengok waktu kena tekan button, baru boleh tau jam pukul berapa.

so, lebih kepada nilai estetika semata. tapi tak praktikel. jam ni aku tak pakai dah.

3. lambang status dan taraf hidup

kalau orang-orang kaya, mungkin pemilihan jenis jam tangan ikut jenama. Rolex contohnya. walaupun pakai jam rolex ciplak, orang akan tetap pandang tinggi kepada si pemakai sebab dia ada taste.

sebab tu selalalunya agent MLM yang nak mencari mangsa, selain datang bawak kereta BMW, diorang akan pakai jam Rolex. baru nampak kaya lebih sikit, hehe..

tapi aku tak heran sangat jenama-jenama jam ni. sekarang aku pakai jam casio biasa je.

4. nak hindari situasi yang awkward

ha, sebenarnya inilah alasan utama kenapa aku pakai jam tangan. contoh situasi: kau jalan-jalan lepas tu bertembung dengan orang yang kau segan nak cakap., atau dengan orang yang ko rasa awkward setiap kali berjumpa. apa kau boleh buat?

kau senyum kat orang tu ala kadar, hanya sekadar cukup syarat, lepas tu kau TENGOK JAM TANGAN, sambil kau buat-buat kalut kejar masa. tambah dengan acah-acah jalan laju nak cepat macam nak kejar benda penting.

dan disebabkan kat hospital aku jalan pakai lab coat bajet macam doktor pelatih, sekali aku jalan buat-buat kalut, sampai lab coat aku tu berkibar kat belakang macam cape! macam superman tengah terbang.

Jam Tangan Vs Jam Phone


hmm.. so, antara jam tangan dan jam henset. yang mana korang pilih? dan mengapa?

23 comments:

  1. hahaha.. yang no 4 tu tak boleh belah...

    jam tangan.. lebih efektif dari jam nset..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol la.. kalau ada jam tangan baru boleh buat macam tu.. buka phone x nmpak serius sangat... macam nk buka main game je..

      Delete
  2. rasa janggal dah jika tak pakai jam. Panduan masa..kalau..perkara lain..tak apa lah jika nak bergaya dengan jam..hehehe

    ReplyDelete
  3. Bila dah biasa pakai jam, rasa pelik pulak kalau xpakai . Pilih jam handphone kot, sbb jam tangan selalu sgt hilang. Takingat letak mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. jam tangan banyak kali sangat dah hilang.. sedih...

      Delete
  4. jam tersangatlah pentingnya utk bajet masa xkira utk bergaya r apa2...

    ReplyDelete
  5. lab coat terbang macam superman, eh xleh blah..haha..

    ReplyDelete
  6. Jam tangan adalah benda wajib i pakai setiap hari.. walupun harga pasar malam saja, tetap bangga pakai. Org selalu cakap, org yg pakai jam tangan lebih menepati masa.. haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoll.. ada orang cakap, hadiah kan kat anak nnti jam tangan, ajar dia menepati masa.. hehe

      Delete
  7. Sha mesti pakai jam..utk sebab yg pertama.. lebih mudah dan mesti ada..

    ReplyDelete
  8. Dah terbiasa dari sekolah rendah di ajar pakai jam tangan..kekok kalau tak pakai

    ReplyDelete
  9. kah2 yg part last tu aku setuju..
    acah2 nak cover awkrat senang :)

    ReplyDelete
  10. Jam tgn. Sebab selalu tak ingat phone cmpak mana. And lagipun payah nk selongkar beg semata nk cari phone nk tgk jam. Beg pmpuan paham2 la, galaxy pun ada dalam tu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. take time plak nk tgok masa je.. hehe

      Delete
  11. Ada masa jam tangan jadi aksesori kat tangan sebab dok berkepit dgn hp.. hehehe..

    ReplyDelete
  12. jam kite dah hilang huhu dah lama tak pakai jam

    ReplyDelete
  13. hehe yang elak okwed tu lawak.. kalo jam tangan xdak mmg jam henpon la gantinya..

    ReplyDelete
  14. of coz jam tangan yg aku pilih. jam kat hp guna utk set alarm je. hahaha... tujuan aku sama ngan no 1 & 2 gak.

    ReplyDelete
  15. mesti ada gak patient tersilap pggil Pha is doctor ape..sebab akak pon selalu kena pggil doc..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa.. Dr murni.. hahaha.
      yup, dah terbiasa org pggil doktor sampai dah malas nk tegur, iakan je.. hehehe..

      Delete
  16. Saya tak kisah jenama jam tangan tp tdk lah sampai beli jam tangan yg cikai2 cth dijual di pasar malam. Biasanya jam tangan macam tu tak tahan lama, cepat rosak. Jam tangan lebih praktikal berbanding hphone. Jam yg ada dlm hphone lebih berfungsi sebagai penggera

    ReplyDelete