saja nak berceloteh kejap. pernah terfikir tak? kita semua ada telefon bimbit. dalam tu dah konfom-konfom ada jam. tapi kenapa kita masih pakai jam tangan?

jam tangan lama aku sewaktu aku masih bergelar student usm. jam ni telah lama arwah.
nota : Lensa Cikai adalah blog kedua aku yang aku dah tutup.


Kenapa Pakai Jam Tangan?


dan sebab yang aku boleh fikirkan kenapa aku masih pakai jam tangan walaupun dalam fon aku dah ada jam adalah:

1. nak tahu masa

ni of course la alasan yang paling munasabah. beli jam sebab senang nak tengok jam pukul berapa. tapi, kalau setakat nak tau jam pukul berapa, kat fon pun dah ada jam. kan? mungkin sesetengah orang rasa lebih mudah tengok jam tangan berbanding nak kena keluarkan fon dari poket.

tapi tak semua keadaan sesuai untuk tengok jam melalui fon. contohnya atas motosikal, macam aku ni. kalau nak tengok jam atas moto nak kena seluk poket, lepas tu nak kena takan punat 'home' baru boleh nampak jam pukul berapa, memang agak leceh.

so, rider macam aku ni memang sangat-sangat memudahkan kalau pakai jam tangan.

2. sebagai eksesori

jam speedometer yang pernah aku beli sebab nampak cool. tapi aku stop pakai sebab agak leceh dan tak praktikel

yup, alasan ni pun ada jugak orang pakai. sekadar nak bergaya. beli jam lawa-lawa sebagai perhiasan. contoh macam jam speedometer aku kat atas tu. dah la setiap kali nak tengok waktu kena tekan button, baru boleh tau jam pukul berapa.

so, lebih kepada nilai estetika semata. tapi tak praktikel. jam ni aku tak pakai dah.

3. lambang status dan taraf hidup

kalau orang-orang kaya, mungkin pemilihan jenis jam tangan ikut jenama. Rolex contohnya. walaupun pakai jam rolex ciplak, orang akan tetap pandang tinggi kepada si pemakai sebab dia ada taste.

sebab tu selalalunya agent MLM yang nak mencari mangsa, selain datang bawak kereta BMW, diorang akan pakai jam Rolex. baru nampak kaya lebih sikit, hehe..

tapi aku tak heran sangat jenama-jenama jam ni. sekarang aku pakai jam casio biasa je.

4. nak hindari situasi yang awkward

ha, sebenarnya inilah alasan utama kenapa aku pakai jam tangan. contoh situasi: kau jalan-jalan lepas tu bertembung dengan orang yang kau segan nak cakap., atau dengan orang yang ko rasa awkward setiap kali berjumpa. apa kau boleh buat?

kau senyum kat orang tu ala kadar, hanya sekadar cukup syarat, lepas tu kau TENGOK JAM TANGAN, sambil kau buat-buat kalut kejar masa. tambah dengan acah-acah jalan laju nak cepat macam nak kejar benda penting.

dan disebabkan kat hospital aku jalan pakai lab coat bajet macam doktor pelatih, sekali aku jalan buat-buat kalut, sampai lab coat aku tu berkibar kat belakang macam cape! macam superman tengah terbang.

Jam Tangan Vs Jam Phone


hmm.. so, antara jam tangan dan jam henset. yang mana korang pilih? dan mengapa?