Pada 12 September yang lalu, aku berkesempatan menghadiri majlis Kenduri Pasangan Silat, kenduri kahwin kawan sepersilatan masa aku kat U dulu di Pasir Gudang, Johor. So far,ini kenduri kahwin paling jauh yang pernah aku pergi. siap berkonvoi, berkumpul dari KL.

hari tu dah pergi 4 kenduri kahwin dalam 1 hari. kali ni pergi kenduri kahwin paling jauh plak. dari penang ke johor. walaupun agak kalut, jumaat kerja, sabtu pergi johor, ahad kerja balik kat penang. fuh...


Kenduri Pasangan Silat


Tahniah buat hafizul dan pasangannya aisyah. Smoga berbahagia berkekalan hingga ke syurga. Dua2 ahli silat. Jodoh bertemu dalam kelas latihan silat. Nampak tak permaianan diorang disitu.. hehehe..


Tengok kad jeputan pun dah bertemakan silat. Gambar doodle pengantin berpakaian uniform silat. Comel kan? Dua-dua ahli silat. Ni kalau gaduh ni, mesti parah. bukan stakat pinggan mangkuk je yang terbang. silap2 dengan parang sekali melayang. hehehe.. gurau je..  jangan marah..

Aku masa bersilat dulu tak pandai macam diorang. Tau bersilat je, tak pandai cari jodoh sekali. Tu yang sampai sekarang membujang senang. Hmm..


sekian, hikayat seorang pendekar sepi.

p/s : masa hari kenduri tu, geng #BloggerUtara ada buat even ke Penang Ghost Museum. sedih sebab tak boleh nak join sekali. nak buat macam mana, tak ada rezeki.. hmm..