Posts

Showing posts from August, 2015

#BloggerUtara

Image
baru-baru ni, aku ter-join group blogger yang baru ditubuhkan, group Blogger Utara. best giler group ni. baru ditubuhkan, terus ada buat event. aktif betul kan? kat bawah ni logo #BloggerUtara tu.. #BloggerUtara lepas aku masuk group, terus join majlis iftar dengan diorang. buka puasa ramai2 dengan geng blogger utara di hotel Vistana Penang. untuk info lanjut berkenaan iftar tu, boleh tengok entri ini :  Buffet Ramadhan Di Vistana Hotel Bersama Blogger Utara ada banyak lagi event dalam group ni, tapi tak dapat aku nak join semua. kebanyakannya sebab kekangan masa. dulu aku ingat lepas dah kerja, dunia blog ni aku nak senyap kejap. tapi dah join group Blogger Utara ni, tak boleh nak senyap sangat la.. hehehe.. antara ahli group ni termasuklah: |  Siti Yang Menaip  |  Arz Moha  |  Yanty Lee  |  Cik Ash  |  Dunia Zumal  | Cik Pin | |  Zai Zamree  |  Husna Zahidi  |  Emi Izzeyda  |  Shahida Dzulkafli  |  Siti Nurzafirah  | |  Aryshafayyadh  |  Murni Alysa  |  Nusha

Cadangan Superbike

Image
sejak bulan lepas, aku dah beberapa kali masuk ke kedai-kedai yang menjual superbike, sekadar survey harga-harga moto superbike di pasaran. target aku? masih lagi dengan Yamaha XJ6N. naked bike 600cc dengan enjin 4 silinder. Cadangan Superbike tapi, bila aku sembang dengan taukey-taukey kedai moto, banyak yang rekemen kat aku motosikal lain. antaranya Kawasaki Z800. naked bike 800cc dengan injin 4 silinder. tapi aku takut sebenarnya nak angkat moto ni. sebab klau aku jadi beli, ini adalah superbike pertama aku. kalau aku terus 'jump' angkat jentera cc tinggi dengan HP mantap, takut nanti susah aku nak jinakkan beast ni. tengok rupa pun dah gerun. hehehe... selain tu, ada jugak yang sungguh-sungguh rekemen aku angkat Kawasaki ER6N. naked bike 600cc dengan injin 2 silinder. walaupun bagi aku moto ni sangat lawa dan berpatutan, tapi aku kurang berkenan dengan bunyi 2 silinder dia, untuk moto naked. tapi, ada seorang taukey ni rekemen kat aku moto Yamaha M

Laluan ke Farmasi

Image
baru-baru ini, aku telah ditanya melalaui ruangan komen dalam entri " Kelayakan Minimum Ke Program Ijazah Farmasi " tentang laluan dalam bidang farmasi bagi lepasan SPM yang berminat dalam bidang ini. Road to Pharmacy ada banyak cara sebenarnya kalau nak ambik course farmasi. tapi aku tak tau semua jalan. terutamanya kalau nak pergi over sea. yang program dalam negara ni pun tak semua aku tau. setakat yang aku tau, jalan "mainstream" kalau dari spm, selalunya melalui salah-satu yang berikut: matrikulasi asasi sains asasi farmasi diploma farmasi STPM then, sambung ambik degree dalam farmasi. sekarang IPTS pun dah banyak yang tawarkan kursus farmasi. tapi tu dalam negara la. ada lagi jalan lain, tapi aku sendiri tak beberapa tahu. Program Degree Farmasi Luar Negara hmm.. macam tak menjawab soalan kan? macam yang aku cakap tapi, aku tak beberapa pandai sangat bab ni sebenarnya. aku dulu masa buat decision masa nak belajar pun, cuma guna kaedah

WW #127 | Langit Maghrib

Image
atas jambatan pulau pinang 13 Ogos 2015 7:45pm kamera phone

Naik Superbike Kena Tonggek?

Image
pada suatu hari, adik aku ada kritik pilihan moto aku bila dia dapat tau aku sedang kumpul duit untuk beli superbike. dia kata, nanti kesian kat bakal bini aku terpaksa "tonggek" kalau dia nak naik moto dengan aku. Tonggek naik superbike tonggek naik superbike gambar sekadar hiasan. mohon jangan pandang lama-lama... tapi motosikal pilihan hati aku sekarang jenis naked bike. dan secara teorinya, naked bike ni tak de la nak kena tonggek sangat , biasa saja. tak seperti sportbike, yang memerlukan posisi yang lebih menunduk. dalam erti kata lain, lebih menonggek. contoh macam dalam gambar kat bawah ni. perbezaan antara cara tunggangan motosikal KTM390 Duke (naked bike) dan KTM RC390 (sport bike). tapi rasanya orang belakang nanti akan kena tonggek jugak sikit, walaupun untuk naked bike. Superbike Tanpa Tonggek so, antara perancangan aku bila dah kahwin nanti, aku angkat satu motosikal spesis "softtail". jenis ni lebih relax. yang tunggang pon

WW #126 | Sunset

Image
kamera phone sungai lokan, penang 4 ogos 2015

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Image
Yamaha Y15ZR vs Suzuki Belang R150 | akhirnya, masuk jugak motosikal "LC 150" ni dalam malaysia . ramai jugak yang dok sebut-sebut dari dulu tentang kewujudan moto LC 150 ni, masa dilancarkan kat indon dan thailand. ingatkan tak nak masuk malaysia. dah masuk malaysia, dia tukar nama plak. kalau kat tempat lain dipanggil  Exciter 150 FI atau J upiter MX King . kat malaysia, jadi Yamaha Y15ZR . nak bagi nama sama hebat dengan Yamaha Y125Z dan Yamaha YZF R25 katanya. Yamaha Y15ZR vs Suzuki Belang R150 mungkin Yamaha Y15ZR ni bakal jadi pesaing terhebat motosikal Suzuki Belang R150 kot. so, aku pun teringin nak banding-bezakan antara dua motosikal ni. nak tengok yang mana lebih berbaloi. cekidaut.. gambar Yamaha Y15ZR Suzuki Belang R150   spesifikasi Model Yamaha Y15ZR Suzuki Belang R150 Enjin Single silinder SOHC 4-stroke, 4-valve liquid-cooled Single silinder DOHC 4-stroke,

WW #125 | Berkain Pelikat di KFC

Image
p/s : dah lama tak ber-wordless wednesday