pernah kan dengar quote yang se-spesis dengan quote kat atas ni? Kahwin dengan orang yang suka kita, bukan dengan orang yang kita suka.. antara quote lain yang aku pernah dengar yang hampir sama maksudnya:
kahwin dengan orang yang suka kita, bukan dengan orang yang kita suka
memang betol, kalau kita seorang je yang terhegeh-hegeh nak kat seseorang tu, tapi dia tak hargai kita, lebih baik tinggalkan. kalau kita je yang berusaha make effort tapi dia buat kita macam sampah, memang orang yang macam tu tak berbaloi untuk kita 'kejar'. not worth it.
tapi aku rasa quote tu tak boleh nak di-aplikasikan dalam semua situasi. ada kalanya dalam keadaan tertentu, dia tak suka kat kita pun, tapi dah jodoh, last-last kahwin jugak. kalau dah jodoh, nak buat macam mana. kan.
mana tahu, walaupun masa mula kahwin, dia tak suka kat korang pun, tapi lama-lama lepas kahwin, dia jatuh hati dengan korang. ala, macam bajet dalam drama melayu sekarang ni la. kahwin mula-mula tak suka, lama-lama romantik sweet nak mampuih..
puih.. (bukan ludah sebab menyampah, tapi sebab nak buang sisa makanan sahur tadi yang ada lagi tersekat celah gigi)
lagipun, hati manusia ni kan mudah berbolak balik, dan hanya Allah sahaja pemilik segala hati. so, kalau dah terjodoh dengan orang yang tak suka kat kita, berdoalah kepada Dia. agar dibalikkan hati dia kepada kita.
bercinta dengan orang yang kita kahwini
dan pegangan aku :
"bercinta dengan orang yang kita kahwini lebih penting dari berkahwin dengan orang yang kita cinta"
so, tak kisah la masa mula-mula kahwin dulu, siapa suka siapa. tapi yang penting bila dah kahwin, kena la terima pasangan masing-masing seadanya. both ways, tak kira lelaki atau perempuan.
tapi kalau dah berusaha, tak bleh nak suka jugak, nak buat macam mana kan.. Islam pun ada bagi 'jalan keluar'. terpulang...
idea asal dan sumber gambar:
1. Fasha N. (2015 June 27). Marry a Man Who Loves You. Corat Coret Nusha; dipetik dari http://nusha1706.blogspot.com/2015/06/marry-man-who-loves-you.html
2. gambae ehsan google