16.4.15

aku, lipan, dan dia...

Sedang asyik aku menyiapkan slide power point presentation aku berkenaan Diabetes Mellitus, tetiba muncul kelibat seekor lipan (eh, lipan ada ekor ke?)melintas depan aku dengan lajunya. Agak sejengkal jugak panjang lipan tu. Bak kata pepatah, kalau lipan panjang sejengkal... eh, silap2...

Dulu kata mak aku, kalau musim kemarau panjang, lipan ni suka keluar. Bila hujan dah lama tak turun, diorang akan keluar untuk cari air. Sahih atau tidak hypothesis ini, aku tak pasti.

Kisah aku dan lipan


lipan
(gambar sekadar hiasan)

Dulu masa aku berumur dalam lingkungan 5 tahun macam tu, aku pernah diketit* lipan. Agak dewasa lipan yang ketit aku masa tu. Ketit di jari telunjuk masa aku tidur, tapi keesokannya 1 tangan aku bengkak.

Sejak tu, aku mula perasan setiap kali aku kena sengat/ketit serangga yang lain, aku jarang sangat bengkak. Mungkin sengatan lipan yang aku kena masa aku umur 5 tahun tu dah buat aku immune dengan bisa serangga yang lain.

Itu Cuma hypothesis aku.

Kisah lipan dan katak


Suatu hari, abang aku pernah cerita tikamana dia bersama dengan kawan-kawannya di negeri Kelantan. sedang asyik bersembang, muncul kelibat seekor lipan.

Maka abang aku pun menyuruh kawannya mengatok lipan tersebut.

 “katok..!!! katok..!!! katok..!!!” (ejaan mengikut kamus dewan : KATUK)*

Belum sempat lipan tu dikatok, kawan abang aku menyanggah “gilo mu.. tu bukey katok..!! tu lipey..!!!”

Kisah lipan dan gajah


Menurut mak aku jugak, pesan orang tua-tua, kalau Nampak lipan, jangan disebut lipan. Tapi sebut gajah. Contohnya, kalau ternampak lipan lalu depan mata, dengan spontan terus menjerit :

“gajah..!!! gajah..!!! gajah..!!!”

Sebabnya, supaya nanti lipan tu konfius. Nanti dia akan fikir kita panggil dia gajah. Nanti dia ingat yang dia tu gajah, dan bukannya lipan. So, bila dia fikir yang dia tu gajah, dia pun akan rasa badannya berat macam gajah.

Natijahnya, nanti dia akan jalan slow, sebab dia rasa badan dia tetiba berat. Bila dia jalan slow, senang la nanti kalau kita nak katok lipan tu.

Fuh, rendah giler self esteem lipan ni yer...


*kosa kata :
1. ketit : Kd menggigit: semut ~ budak itu.
2. katuk (disebut katok dalam loghat utara) : mengatuk Kd, Pn mengetuk (dgn pemukul).
[sumber : kamus Dewan Edisi ke-4]

29 comments:

  1. hohoho...Fuh, rendah giler self esteem lipan ni yer...hehe...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. lian best..abe MKL buat kawan ke lipan tu ee...takut

      Delete
  3. HEH..HEH..TAPI LIPAN PUN MAKHLUK YG BOLEH BERFIKIR JUGA...KENA KETIT LIPAN MMG MERAUNG OII...

    ReplyDelete
  4. hahaha ... lawak yg "katok" tu

    ReplyDelete
  5. hahaha, fobia o nampak lipan ni. memang ke katuk. hahah

    adarain.com

    ReplyDelete
  6. adoi la..gelak-gelak baca entri ni..katok,katok...

    lipan pun boleh konfius diri sendiri ye?ehehehe.

    ReplyDelete
  7. hehe byk sunguh cite pasal lipan ni hehe

    ReplyDelete
  8. Lipan klu dah masuk rumah mmg lambat laa nak keluar.. banyak kaki nak pakai kasut hehee.. :D

    ReplyDelete
  9. mmg bisa kalau kena gigit lipan.

    ReplyDelete
  10. Pha Is,

    2 tahun lepas - masa di kampung wife di Slim River, pukul 3 pagi, wife aku yang tidur beralas tilam atas lantai kena gigit lipan. Masa tu aku tak balik kg, sebab ada kerja di KL. Nasib baik ayah mertua aku panjang akal, dia terus bawa wife aku pergi ICU Hospital Slim River. Kena cucuk satu kali, terus wife aku diam. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  11. Ee.. I takut lipan.. mujur x pernah kena gigit

    ReplyDelete
  12. takut dan geli geleman tengok lipan...nasib baik tak kena ketit lagi setakat ni

    ReplyDelete
  13. errkk...geli tengok lipan..! hati2 k..

    Anyway, tahniah pha is dah berdomain sendiri..happy blogging.. :)

    ReplyDelete
  14. kisah lipan dan gajah tu kelakar..haha pasni nk try kt mana² lipan yg melintas dpn sy..;p

    ReplyDelete
  15. hihihihiih... no 2 tu klakar... :p

    ReplyDelete
  16. Err.. mmg betul ke mcm gitu? he.. he.. he..

    ReplyDelete
  17. lipan memang keluar selalu keluar bila musim hujan . sbb tu jugalah lipan ini tumpang teduh kat bilik saya . maka pucat lesilah sbb trauma kena gigit lipan kat kaki masa kecik dulu tak hilang lagi ... huhuhuuu

    ReplyDelete
  18. Lawak pula baca cerita pendek tu Pha is.. lagilah yg lipan disebut gajah tu.. lebihkurang sama dengan tikus dipanggil mak siti atau siti.. konon2 kalaupanggil tikus, tikus tu akan balas dendam.. hahaa

    ReplyDelete
  19. hahaha. Kelakar betullah kisah lipan dan katak. Saya setuju kisah ke-2 menggambarkan rendahnya self-esteem seekor lipan

    ReplyDelete
  20. geli tgk lipan.. dh lama xdok rumah kg xjumpa la. tp alhamdulillah tak penah kena ketit

    ReplyDelete
  21. Mcm biasa dgr je kisah katak&lipan tu....

    ReplyDelete
  22. Assalam pha is,
    hat no dua tu lawak2 :P
    tapi hat nombor tiga tu betoi ka petua dia????

    ReplyDelete