16.3.15

Kabel Besar

“eh, dulu bukan masa interview dia tak lepas ke? Kenapa boleh dapat kerja pulak?”
“owh.. sebab pak sedara dia orang besar kat situ..”
“owh.. pakai kabel la ni..”

Apa pendapat korang tentang “kabel” ni? paham kan maksud aku? Bila seseorang tu dapat kelebihan atau dipilih hanya kerana dia ada kenalan/saudara yang tolong dia, bukan kerana usaha mahupun kerana ‘kekuatan’ pada diri dia sendiri. Dan dalam masa yang sama, membuatkan orang yang lebih layak tak dipilih.

Contoh scenario, macam kat atas sekali tu. Bila si A dapat kerja bukan sebab usaha dan kelebihan dia yang tersendiri (pengalaman kerja, soft skill, pointer, etc) tapi sebab dia ada ‘kabel besar’. Hanya kerana dia ada saudara yang menjadi 'orang dalam' dapat ‘seludup’ dia masuk kerja kat situ. Dan dalam masa yang sama, orang lain yang lebih layak tak dapat kerja tu.

Kabel Orang Dalam


cable manglish

Mungkin pada sesetengah pandangan orang, benda ni normal. Perkara yang lumrah yang ramai orang buat. Malah, ada yang berbangga kalau dia ada kabel besar. Bukannya berbangga atas usaha sendiri.

Tapi pada aku, kabel ni tetap aku Nampak macam sesuatu yang korup. Terutamanya bila melibatkan pihak yang lebih layak/lebih usaha tapi tertutup peluang. Tidak kah ini sejenis kezaliman? (zalim = meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya)

tapi tu personally bagi aku la. ke guaner?

50 comments:

  1. betul tu. biarlah apa yang kita dapat tu atas hasil usaha kita sendiri

    ReplyDelete
  2. pernah jadi depan mata akak suatu ketika dahulu...interviewer tu dah ada calon yg dorang nak. paling best calon tu datang interview ikut waktu yg dia nak sendiri..so, tiba turn akak, terus interviewer tu kata akak tak layak...keluar dari bilik interview dah terdengar yang dorang dah ada pilihan pun... kabel dalam juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. see... kalau macam tu, kan dah menyusahkan org lain.. buat buang masa org je...

      Delete
  3. Orang yang LEMAH je akan guna kabel ni, halllo.. OKU pun berdikari tau.....;-/

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat malu je kan.. klu betul2 layak tu tak pa jugak..

      Delete
    2. ha ah.. buat malu je kat OKU..

      Delete
  4. saya pun kurang setuju dengan penggunaan 'kabel' tu. tapi kalau yg guna 'kabel' tu, boleh bekerja sungguh2.. ok lagi... tapi kalai yg dah ler guna 'kabel', buat kerja pun liat... tu memang nak kena maki ler jawabnya! ^_^

    ReplyDelete
  5. kabel2 ni mmg dont like lah.. nak usahalah sndiri.. menci tau, kadang setengah tmpt tu wat interview bg cukup syarat ja, padahal dah ada calon. pakai org dalam le ni.. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. buat buang masa org lain yg datang interview je..

      Delete
  6. For me la kan..
    Tak dinafikan kot sekarang suma pakai kabel.
    Tp dah kata kalau tak dak rezeki tu kabel besaq mana pun tak dapat jugak..
    kalau dapat pun kita tak tahu smpai mana keja dia tu..

    Hebatnya kuasa rezeki Allah,
    aku tak penah mintak langsung kerja kat tempat aku kerja la ni..
    Tapi masa tu aku mmg betul2 nak cari kerja len sbb dah tak sanggup nak kerja kontrak je..
    Tanpa kabel, akhirnya dgn tiba-tiba diorng panggil IV.Even mase tu sume candidate amat hebat dari aku yg kerdil ni.
    Itulah kuasa rezeki, kabel cume berkuasa bila Allah kata 'jadi,maka jadilah..'

    so yg lom dapat kerja lagi, usaha doa dan tawakkal lah, Allah tau apa yg terbaik utk setiap hambaNya..

    Dari budak kecik yg tak tau pape :)

    ReplyDelete
  7. kroni akan tolong kroninya saja..dlm sesuatu jabatan tu penuh dgn kaum kerabatt dier saja yer...heh..heh..

    ReplyDelete
  8. aku tak nak guna kabel sebab aku takut if i dont works up to their expectation, bukan nama aku yang busuk, tapi nama kabel tu yg busuk..tak nak lah..tak psl2 nama mak bapak aku affected sekali..yelah dah sah2 kabel tu mesti kawan2 mak bapak aku gak kan..

    ReplyDelete
  9. hemmm..kannn..zaman sekarang kalau xde kabel mmg harapan lah nk dpt kerja..susah..

    ReplyDelete
  10. Itu normal.. tapi biarlah kita dapat jawatan tu atas usaha kita bukannya menggunakan kabel yang ada..
    Kalau dah kata itu hak kita, orang lain nak pertikaikan pun tak boleh kata apa sebab DIA dah tentukan itu hak kita dan begitulah sebaliknya.

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. kabel pulak yg bermasalah..kabel tu x tahu apa2...yang menjadi 'kabel' tu yg tak adil

      Delete
  12. Replies
    1. thumbs up..itu makna nya abe mkl tak kenal mana-mana 'kable'

      Delete
  13. kalau dah bisnes tu bapak dia punya, xde hal la kot. tp kalau guna utk pekerjaan yg lain2, mkgn boleh consider sbg zalim. tp apa2 pun, itu rezeki masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah mak bapak punya itu lain cerita.. hehehe

      Delete
  14. zaman sekarang, kebanyakkan orang guna kabel untuk dapatkan kepetingan diri. mungkin sudah lupa kabel yang lebih besar Allah SWT

    ReplyDelete
  15. betul doh tu pha is.. kadang2 interview tu buat syarat je.. padahal dorang dh ada calon yg nak dipilih.

    ReplyDelete
  16. memang Kabel ni akan bagi natijah yang buruk untuk orang yang ada kelayakan untuk bekerja tapi disebabkan Kabel,yang layak pun jadi tak layak :)

    ReplyDelete
  17. Em, rasanya memang zalim guna kabel nie... Orang lain susah payah dia senang jew dapat ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa boleh buat kalau dah itu kenalan or saudara yang minta tolong....nak tolak putus hubungan or serba salah nanti...huhuh

      Delete
    2. apa boleh buat kalau dah itu kenalan or saudara yang minta tolong....nak tolak putus hubungan or serba salah nanti...huhuh

      Delete
  18. kalau usaha xde harap kabel je pon macam tak guna gak kan

    ReplyDelete
  19. Semuanya atas rezeki dari Allah. Kadang-kadang kalau guna kabel pun kalau bukan izin dariNya tak dapat juga. Biar kita guna cara yang sihat. CP sendiri 5 kali mohon baru dapat kerja gomen..

    ReplyDelete
  20. xpe la pha is, biar la yang ada kabel tu bangga dengan kabelnye, yang kita yang xde kabel nie, bangga dengan hasil usaha sendiri...actually benda nie banyak jugak berlaku dimana mana...recomendation, pilih kasih...lebih kurang sama je semua tu...

    ReplyDelete
  21. Tak suka dengan kabel-kabel ni. Tapi itulah sebahagian dari realiti kerjaya kat Malaysia ni. Perlu guna kabel untuk 'berjaya' dalam hidup. Kebanyakan orang yang saya jumpa guna kabel ni, bila dah start bekerja, mula buat hal sampai menyusahkan rakan-rakan sekerja yang lain sebab takda kelayakan dan kebolehan untuk buat kerja yang diamanahkan.

    ReplyDelete
  22. sah lah 'cable' tu akan utamakan kenalan or adik beradik sanak saudara terlebih dahulu jika tak akan di cop 'tak boleh nk minta tolong lah..itu lah..serba salah jadinya huhhu

    ReplyDelete
  23. melainkan yg menjadi cable tu bersikap jujur dan jika ia adalah saudara sendiri pilih dgn adil kerana takutkan lah balasan di akhirat nanti..

    ReplyDelete
  24. Yup... pada aku pun ianya zalim... sangat zalim sebab orang macam ni menutup rezeki orang... bukan setakat masuk kerja, ada orang guna kabel untuk buat orang lain ditendang keluar...

    ReplyDelete
  25. teringat tun m kata bila sebut bab kroni ; Islam sendiri pun suruh kita utamakan saudara mara kita dahulu baru org lain ... ermmm .

    ReplyDelete
  26. Ingat kabel ingat keje gomen.. Bunyi cam impossible nak dapat keje gomen tanpa kabel.. *Sekadar pendapat peribadi

    ReplyDelete
  27. Pada pandangan saya, penggunaan kabel penting untuk membantu orang yang layak tetapi tidak mendapat peluang.

    ReplyDelete
  28. setuju.. corrupt ... tak boleh ke usaha sendiri? pastu dapat kerja sebab cable, kerja pun malas je.. hampeh :p

    kalau istilah org kampung ... "mintak tolong" ... minta tolong sangat

    ReplyDelete
  29. hahaha..x pernah meqasa masuk dgn kabel..selalu mengharap pada takdir saja..:)

    ReplyDelete
  30. Saya bnyk kali sebenarnya terkena dgn lintasan2 kabel ni terutama dlm urusan kerja. Maklumlah erja sendiri harapkan kontrak.. ada yg dah elok2 tiba2 tak dpt tapi proposal diteruskan oleh org lain. Cuma percayalah.. kabel2 mcm ni tak berakhir dgn baik selalunya. Pasti ada kerja yg serabai atau tak elok penghasilannya.. percayalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma.. klu layak tapi ta mendapat tempat disebabkan sesuatu kekangan yg lain, tak salah klu guna kabel. Asalkan ia mmg layak utk kita sekadar mendapatkan pertolongan dari yg boleh membantu...

      Delete
    2. Asal jngn korup sudah.. mmg hampeh mcm tu.. puii.. :D

      Delete
    3. amboi.. jarang nmpak bro khir khalid marah macam ni.. hehhe

      Delete
    4. amboi.. jarang nmpak bro khir khalid marah macam ni.. hehhe

      Delete
  31. Pha Is,

    Nanti baca kat blog lah ye... segan lah nak cite sini.. hehe

    ReplyDelete