27.10.14

Malas Berkonvo

Alhamdulillah, setelah 5 tahun belajar kat USM (sepatutnya 4 tahun) akhirnya aku berjaya menamatkan pelajaran ijazah sarjana muda sains farmasi. dalam bulan november ni aku akan berkonvo. tapi, hari tu aku tak tau sama ada nak pergi majlis konvo atau tak.

sebabnya, aku rasa macam tak best plak kalau berkonvo tanpa kawan-kawan sekuliah yang sama-sama belajar sekali. diorang semua dah grad tahun lepas. aku je yang terlambat sikit. rasa macam sedih pun ada..


*blogger yang reply : Abah Zuki (www.zukidin.com)

kemudian, mak kata konfom nak pergi. so, akhirnyanya, aku putuskan jugak untuk pergi majlis konvo tu. tak pe la. peluang berkonvo sekali seumur hidup. walaupun sedih dalam gembira :)

nantikan entri aku berkonvo yer.. hehehe...





20.10.14

Pemenang Contest Countdown 0.5 Juta Pageviews

berkenaan entri aku sebelum ini yang bertajuk Keputusan Contest Countdown 0.5 Juta Pageviews, aku mohon maaf sebab aku baru perasaan sebenarnya ada penyertaan dalam contest tu. tapi aku tak perasan sebab mesej penyertaan tu masuk dalam bahagian 'Others' dalam PM Facebook aku.

pertama sekali, aku mohon maaf atas ralat tersebut. memang tak perasan mesej penyertaan tu. nasib baik semalam aku berkesempatan online dengan laptop aku sekejap setelah aku melepak kat usm sambil sedut wifi U. masa tu, tetiba terdetik nak selongkar bahagian inbox, sebab rasa tak sedap hati.

akhirnya, dapat juga aku jumpa mesej penyertaan yang dihantar tu. ini gambar printscreen tu. tepat 500000 pageviews!


dan pemenangnya adalah blogger +Ambo Akhil , pemilik blog Bad Storyteller (http://duniabawahtempurung.blogspot.com/).


tahniah buat saudara Ambo Akhil.. bila saya dah dapat alamat nanti, saya pos hadiah tu yer.. 1 Dirham Darul Takzim,(syiling perak 999)

19.10.14

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!

9.10.14

Keputusan Contest Countdown 0.5 Juta Pageviews


pada 2 september yang lalu, aku ada buat simple contest yang bertajuk Countdown 0.5 Juta Pageviews. dalam contest tu, aku ada tawarkan hadiah sebanyak 1 dirham perak kepada pembaca blog aku ni yang berjaya printscreen pageviews counter blog aku ni pada angka 500000 hingga 500010 dan hantarkan gambar printscreen tu melalui PM inbox FB aku.

malangnya, setelah aku menunggu, tak ada seorang pun yang menghantar gambar printscreen tu. dan setelah aku tengok pageviews counter blog aku ni dah lebih dari 500100 (tak ingat dah exact nombor berapa, tapi konfom lebih dari 500100), maka aku pun buang je la widget pageviews counter tu.

sebabnya, dah tutup dah pun penyertaan contest tu, seperti yang aku dah tulis dalam terma dan syarat penyertaan (no. 6), tarikh tutup sampai angka counter tu melebihi 500010 pageview. tamat contest dengan tiada siapa pun yang hantar penyertaan. sedih jugak la.. hehehe..

tak apa la. aku pun tak expect sangat pun. blog aku ni bukanlah blog popular. kalau ada yang hantar, menepati syarat dan menang, dapat la hadiahnya. tapi nak buat macam mana, aku tunggu tapi tak ada penyertaan..

aku buat contest tu pun sebenarnya diinspirasikan dari sebuah contest yang pernah dianjurkan oleh bro HasrulHassan, sifu blogger blogspot malaysia.

jadi, dikesempatan ini, aku ingin memohon maaf andai ada yang terasa kalau korang berusaha dan mengharap nak menang contest tu dengan selalu kunjung ke blog aku tapi tetiba pageview counter tu dah aku delet.

bukan niat nak sembunyikan pemenang, atau nak diam membisu, tapi sekarang ni aku jarang online melalui laptop. cuma dapat online guna phone je. sekadar dapat baca komen korang kat blog aku. aku nak balas komen pun, tak lepas. (tak sure kat mana problem dia).

entri pun semua buat pakai auto-published.

6.10.14

Pengomen Pening September

sedar tak sedar, dah masuk bulan oktober. dah raya haji dah pun. pertama sekali, di kesempatan ini aku nak ucapkan salam Aidil Adha kepada semua pembaca blog Hikayat Budak Pening ni. thanks atas sokongan korang selama ini.

tanpa korang, apalah nilainya blog picisan ini. thanks sudi singgah, thanks sudi baca, dan thanks sudi komen, walaupun sekarang ni aku tak dapat nak membalas sangat semua komen2 tersebut. mana yang sempat je aku balas.

sebab sekarang ni dah berstatus pengutip anggur bertauliah. (dah habis belajar la katakan..) sekarang cuma dok rumah tanpa line internet, tanpa wifi universiti macam dulu2..

again, thanks semua.. terutamanya kepada mereka yang rajin komen kat bawah ni ;


Cik Misstree (http://cik-misstree-macam2-ada.blogspot.com)


Jari Manis (http://jarimanistravel.blogspot.com)


Akif Imtiyaz (http://akifimtiyaz3.blogspot.com)


Muhammad Khairuddin Lim (http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com)
Faizal Mohamad Twon Tawi (http://notamengajarbelajar.blogspot.com)
paridah (http://karyaku-paridahishak.blogspot.com)
Syazana Zainn (http://erynsyaze.blogspot.com)
memmet lenggeng (http://memetlenggeng.blogspot.com)
aizamia3 (http://aizamia3.blogspot.com)
Belog Santai (http://myblogsantai.blogspot.com)
Cikna (http://cikna136.blogspot.com)
Azlealee Bashir (http://chenachenis.blogspot.com)
Nor Ariffin Hamzah (http://realiticikpin.blogspot.com)
Khir Khalid (http://www.khirkhalid.com)
Vee Sandi (http://cetusanmind.blogspot.com)
aswadz (http://aswadz.blogspot.com)
Ambo Akhil (http://duniabawahtempurung.blogspot.com)
Tetamu Istimewa (http://mieadham86.blogspot.com)
fatin wawa (http://indahnyapelangiku.blogspot.com)
Marou Apple Hijau (http://budakbandunglaici.blogspot.com)




2.10.14

Wishlist #4.2 | Civic EK

dulu aku dah tulis wishlist #4 aku pasal kereta. masa tu aku tak pikir sangat pun pasal kereta ni. dan kalau ikutkan sekarang ni pun, aku masih lagi kurang priority pasal kereta. masih tumpu kepada superbike. kereta sekadar nak pakai time hujan dan angkut barang je. (dah kahwin nanti angkut bini plak)

namun, baru2 ni member aku ada 'racun' aku supaya join kelab civic. beliau baru je angkat kereta honda Civic EK. then, bila aku dah kena 'racun', aku try la ushar2 tengok kereta ni. boleh tahan jugak, walaupun dah agak lama. evergreen la katakan.


antara yang aku terbaca, ada yang cakap tak berbaloi kalau beli kereta ni. sebabnya, harga kereta ni sekarang agak mahal walaupun dah berumur hampir 20 tahun. contohnya dalam aku dok servey kat mudah.my nak dapat yang sedap sikit, siap modify, enjin VTEC DOHC (b16a, b16b, b18c, dan sebagainya) nak kena prepare RM30k-40k, walaupun tu kereta 90-an.

tapi kalau ikutkan, aku memang lebih minat kereta2 lama yang jenis macam ni. model kereta moden sekarang ni aku nampak semua pakat nak buat bagi 'gemuk2'. konon lebih futuristic. kalau tak paham apa yang aku maksudkan dengan 'gemuk' tu, tengok contoh kat bawah ni. tak ambik jauh, tengok model honda civic sudah.


perbezaan kereta honda civic generasi ke-8, civic FD (2006-2011) dan generasi ke-6, civic EK (1996-2000). nampak tak apa yang aku maksudkan disitu dengan gemuk? personally, lebih suka yang jenis 'kurus' ni.

again, bab kereta aku tak fikirkan sangat. kereta sekadar back up je.. so, far target moto dulu. target terdekat : Yamaha YZF-R25. sementara nak tunggu moto tu masuk pasaran malaysia, sempat la aku kerja dulu.. hehe..

sumber dan rujukan:
1. AK. (2010 July 22). Berbaloi atau tidak membeli Honda Civic EK?. dipetik dari http://www.arenakereta.com/2010/07/22/berbaloi-atau-tidak-membeli-honda-civic-ek/
2. mudah.my
3. Wikipedia. (2014 Sept. 6). Honda Civic. dipetik dari http://en.wikipedia.org/wiki/Honda_Civic
4. Azman. (2014 March 8). Cinta hatiku. dipetik dari http://encikazman.blogspot.com/2014/03/cinta-hatiku.html
5. Afzainizam (2011 June 7). Fire Starting Automobil : Sejarah Honda EJ @ EK. dipetik dari http://firestartingautomobil.blogspot.com/2011/06/sejarah-honda-civic.html