klik baner untuk join sebelum 16 September 2014

kenapa tanah melayu merdeka pada tahun 1957?


sebut pasal ceritera merdeka ni, aku teringat suatu kisah yang cikgu sejarah aku pernah cerita berkenaan tarikh kemerdekaan ni. percaya atau tidak, kalau aku kata kalau tak kerana hujan, kita tak akan merdeka pada tahun 1957?

kalau tak percaya, meh aku nak cerita. pernah tak korang terfikir soalan ni :

pada pilihan raya umum pertama tanah melayu pada tahun 1955, parti perikatan (kini dikenali Barisan Nasional) yang terdiri dari PEKEMBAR (UMNO), MIC dan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi (lagi 1 kerusi menang kat PAS). manifesto UMNO pada masa tu ialah mencapai kemerdekaan dalam masa 4 tahun. tapi kenapa kita merdeka pada tahun 1957, hanya 2 tahun kemudian?

bukankah kalau diikutkan manifesto tu, kita sepatutnya merdeka pada tahun 1959? 


kerana hujan tiris bumbung rumah Tunku


apa yang cikgu aku cerita, sebabnya masa parti perikatan menang, Tunku Abdul Rahman diberikan sebuah rumah oleh kerajaan british. tapi bumbung rumah tu bocor, bila hujan ada air tiris. then, Tunku pun marah la.

maka beliau pun bertekad nak pendekkan tempoh manifesto tu untuk mencapai kemerdekaan daripada 4 tahun kepada 2 tahun. maka, merdekalah kita pada tahun 1957 berbanding pada tahun 1959 dari rancangan yang asalnya. kalau tak, tahun ni (2014) kita baru sambut merdeka yang ke-55 dan bukannya yang ke-57.


semuanya kerana hujan tiris bumbung rumah Tunku. semuanya kerana hujan rahmat..!!!! hehehe... kalau tak, kita tak akan merdeka pada tahun 1957 tapi akan merdeka pada tahun 1959..

kalau tak percaya, korang boleh tengok wawancara dengan Tunku Abdul rahman kat video bawah ni. kalau nak cepat terus skip pada minit yang ke-29.




sumber dan rujukan
1. Wikipedia. (2013 Mac 30). Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955. dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_Raya_Umum_Tanah_Melayu_1955
2. sirajuddinabbas's channel. (2011 Apr 30). Wawancara Khas Bersama Al Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Youtube. dipetik dari https://www.youtube.com/watch?v=DJjkBsHf28M