dah lebih sebulan masjid al-malik khalik, masjid usm ni renovate. cuma bahagian anjung masjid je yang digunakan untuk ruangan solat. untuk solat biasa, tak ada masalah sangat. tapi bila solat jumaat, memang tak cukup ruang, kena bentang tikar untuk solat di kawasan luar masjid.

sebelum ni, kami bernasib baik sebab setiap kali solat jumaat, langit cerah. cuma panas sikit je la. tapi jumaat lepas, hujan turun. boleh tahan la lebatnya. maka, buat pertama kalinya aku solat jumaat sambil disirami hujan. kalau sebelum ni, aku pernah solat jumaat atas tar, kali ni solat dalam hujan plak.

cobaan.. alah, hujan je pun. kan? teringat dulu aku pernah terbaca pasal saudara islam kita yang terpaksa solat jumaat atas salji kat rusia. yang tu lagi dahsyat cobaan diorang.. solat atas salji dalam keadaan suhu dibawah tahap beku.





sumber :

Info Laju. (2014 Jan). Foto Jemaah Solat Atas Salji. dipetik dari http://infolaju.blogspot.com/2014/01/foto-jemaah-solat-atas-salji.html