26.6.14

Bulgogi Brothers Korean BBQ | Halal atau Haram?

selalunya bila blogger dapat cpuv baru dari nuffnang, mesti nk buat entri promot. aku pun selalu jugak buat macam tu. lagi pun, bak kata Bro Bin Muhammad, entri ni menguntungkan semua pihak. untung bagi blogger sebab bila buat entri promot iklan cpuv, lagi high chance orang nak klik iklan tu.

untung bagi pihak nuffnang sebab kena 'bodek', meningkatkan lagi nama baik agensi tersebut di mata blogger. dan untung bagi pihak yang menaja iklan sebab selain iklan diorang ada dalam blog kita, ada jugak entri yang promot produk/service diorang. so, win-win situation.

Bulgogi Brothers Korean BBQ : Halal ke tak?



tapi kali ni, aku was-was sikit. sebab dalam aku dok search, iklan dari Bulgogi Brothers Korean BBQ kali ni ada sedikit syubhah dalam status halal restoran ini. antara yang aku search, ada yang kata halal dan ada yang kata tak halal. aku nak promot pun was-was. so, kali ni bukan lebih kepada promot, tapi sekadar berkongsi maklumat tentang status restoran korea ni.

ada yang kata Bulgogi Brothers ni bukan pemegang sijil Halal JAKIM, tapi diorang menggunakan produk yang halal, makanan dia pun tak ada dicampur dengan sebarang bahan tidak halal sepanjang proses penyediaan masakan. memang PORK FREE. menurut Yana, sebab kenapa dia tak ada Halal JAKIM, kerana Bulgogi Brothers ni ada jual beverages (minuman) yang beralkohol.[1]

menurut seorang blogger Nuriesya Nadiadalam entri beliau, makanan kat situ pork free, tetapi ada jual Soju (arak korea) dan alkohol.[2]

menurut  Nur Salmah Abdul Aziz pula, daging dalam masakan mereka datang dari suppliers daging halal dan diorang tak gunakan alcohol dalam masakan diorang. tapi restoran ni tak ada sijil halal jakim sebab diorang ada jual minuman beralkohol. akan tetapi, menurutnya lagi waiter di cawangan pavilion tu orang islam dan manager disitu jugak merupakan seorang islam[3].

Jadi, Bulgogi Brothers Korean BBQ ni halal atau haram?


“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."[4]

Di dalam sebuah riwayat yang lain Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang menjauhi syubhah, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhah, ia seolah telah jatuh dalam yang haram” ( Riwayat Muslim, no 1599, 3/1219)[5]

tapi, nak bincang halal atau haram, aku bukan seorang yg 'ahli' dalam bidang ni. sebagai seorang yang jahil, aku rujuk kepada ustaz2 fiqh, antaranya Ustaz Azhar Idrus.[6] dia kata :

 

wallahu a'la wa a'lam....

sumber dan rujukan :

1. Siti Nooryanawati Mohamed. (2014 June 18). #35 CPUV Nuffnang : Bulgogi Brothers Korean BBQ; Yana Pink Blossom. dipetik dari http://yanapinkblossom.blogspot.com/2014/06/35-cpuv-nuffnang-bulgogi-brothers.html
2. Nuriesya Nadia, (2013 Dec 28). Food Review : Bulgogi Brothers Pavilion. Nurie.Sya.Nadia; dipetik dari http://nadiaradzif.blogspot.com/2013/12/pengaruh-drama-korea-bulgogi-brothers.html
3.  Nur Salmah Abdul Aziz. (2013 Dec 13). Korean Restaurant at Pavilion KL : Bulgogi Brothers - Halal?. mikahaziq; dipetik dari http://mikahaziq.blogspot.com/2013/12/korean-restaurant-at-pavilion-kl.html
4. inni akhafullah. (2012 Jan 6). maksud sebenar syubhah. Pelabuhan Hati; dipetik dari http://walkintomylife-eyan.blogspot.com/2012/01/maksud-sebenar-syubhah.html
5. Mohamad Zaki Abdul Halim. (2012 Mac 20). Syubhah Membinasakan Akidah. Menilai sebuah Kehidupan; dipetik dari http://mohamadzakihalim.com/2012/03/20/syubhah-membinasakan-akidah/
6. ahaizat (2011 Aug 17). Uztaz Azhar Idrus - Hukum Makan di Kedai Jual Arak. Youtube. dipetik dari http://youtu.be/lC9ePXFhU1s

36 comments:

  1. Huhuhu tak tahu la yang mana satu ni HALAL ke HARAM .. Kita tengok pendapat org lain camner ..

    ReplyDelete
  2. Dapat juga CPUV ni..tapi waswas juga status nya..

    ReplyDelete
  3. gitu kisahnya ya...ada juga muncul status ni...

    ReplyDelete
  4. ada juga buat search ttg bulgogi ni, memang x de sijil halal lagi..boleh search di halal jakim..kalau mengikut hadis di atas,elak la dari makan..

    ReplyDelete
  5. kalau was was, lebih baik tak payah try. :)

    p/s : abg paisss, kami tukaq link blog, sekali dengan nama blog :D

    ReplyDelete
  6. org islam yg kerja di situ duit gajinya ... ermmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikna paham ape yg sis cuba sampaikan......

      Delete
  7. Assalammualaikum..pha,

    thanks pha atas perkongsian nie.. mselim3 cari gak kat laman JAKIM . tak jumpa pulak status halalnya.. jd ragu2 pulak.. macam mana dengan status cpuv daripada bulgogi..

    mselim3

    ReplyDelete
  8. bila dah jual arak, boleh percaya ke dalam makanan tak de sikit pon arak yg digunakan??
    dalam ada sijil halal pon ada yang guna kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya teringat kata Duta Makanan Malaysia yang pertama, "Ikut apa yang saya belajar di kolej kulinari, apabila arak dimasukkan dalam masakan, alkohol akan meruap, yang tinggal (dari arak) hanya rasa saja."

      p/s: saya tak faham macam mana yang disebut "yang tinggal hanya rasa saja" sebab tak pernah rasa arak.

      Delete
  9. Kalau dah syubhah, eloklah ditinggalkan. Banyak lagi benda lain boleh makan.

    ReplyDelete
  10. Perkara macam ni elok dielakkan. Banyak lagi restoran makanan di luar sana. Mungkin Bulgogi dalam proses mendapatkan sijil halal dari JAKIM cuma mengambil masa.

    ReplyDelete
  11. klau dh menimbulkan rsa was2 rasanya lbih baik elakkan.. sbab kita tak tahu haram @ halal..

    ReplyDelete
  12. tak pernah pergi sini lagi tapi teringin nak pergi, tapi sekarang dah was2 memang tak pergi dah lah..

    ReplyDelete
  13. Hmm.. banyaknya persoalan tentang makanan halal atau haram kebelakangan ni .__.

    ReplyDelete
  14. tak pernah makan lg.. selalunya kalau was2 tu baik xpayah makan. singgah sini klik nuff

    ReplyDelete
  15. so, kiranya kita tengah iklankan benda haram la ni kat blog kita tu?

    ReplyDelete
  16. Belum pernah teringin nak mencuba lagi... tapi kalau dah ada rasa was-was baik dijauhi...

    ReplyDelete
  17. betul tu...
    sekarang semua benda kena berhati2

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum...Pha Is
    Salam Ramadan 1435H. Semoga Ramadan tahun ini menjadi yang terbaik dalam hidup anda, Amiin. Dikesempatan ini juga saya memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap mahupun kekhilafan yang mengguris hati... Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. saya pun sama.. salam ramadhan.. smoga ramadhan tahun ni penuh makna buat kita semua..

      Delete
  19. Klu dah ragu2 baik tinggal je.
    P/S: Salam ramadhan :)

    ReplyDelete
  20. banyak sungguh perkara syubhah sekarang ni

    ReplyDelete
  21. bila perkara-perkara seperti telah di highlight, aku rasa elok pihak JAKIM dan berwajib mengeluarkan satu statement yang solid supaya takde percanggahan pendapat....

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  22. Kalau was-was boleh jatuh kpd haran juga kan... wallahualam...

    ReplyDelete
  23. goog..lain kali pha buat lagi entry halal haram nie..boleh beri kesedaran pada semua orang islam

    ReplyDelete
  24. Mohon pencerahan, jikalau dikatakan bahwa restoran diatas tidak diberikan status halal kerana menjual arak/alcohol maka status halal tgif/chili's dan sewaktu dgn patut ditarik status halal mereka?Tgif dalam menu nya sendiri mempunyai makanan yg mempunyai Jack Daniel (arak), tp pelanggan muslim boleh memilih utk tidak meletakkan arak tersebut, tp adakah perkakas mereka gunakn bebas dr unsur trsebut? wallahualam.. Pandangan saya, masih trdapat kelemahan dlm pemberian status halal dr Jakim, tidak telus dan memeningkan pengguna. Harap juga blogger tidak memberi infomasi yg salah dan tidak sahih yg dpt memesongkan pengguna lain. Ohya saya cuma makan nasi dengan telur jer, itu je yg mampu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. persoalan dan pencerahan yang baik.. saya sendiri pun tak pernah lagi makan sama ada di tgif, chili's, dan sebagainya, termasuklah bulgogi ini. sebab itu saya tak beberapa tahu maklumat pasal status kehalalan/keharaman kedai makan seperti ini. dan sebab itu juga saya cuma berkongsi kenyataan/pandangan dari blogger lain yg pernah makan di sana.

      Delete
  25. Halal atau haram dlm restoran yg masih was was, harap jauhi la kalo ade segelintir yg sensitif ttg bab pemakanan ni.tp tetapi pekerja yg muslim kerja kat restoran ni tau batas2 ttg hal pemakanan halal ni wlupn tk ade sijil halal dr jakim..lgpun bknnya restoran tu ade jual pork.ttg arak yg jual kt restoran ni hanya la utk pelanggan dan bkn utk pekerja minum.so kalo nk kata pekerja tu jual minuman tu dh halal, tu biar allah yg tentuknnya dan bkn manusia...dan yg last skali, sebelum nk pikir ttg pekerja kat restoran tu jual arak, kita kena pikir diri kita dulu sejauh mana kehalalan kita sblum mengata org lain...yg penting, kita buat la yg terbaik utk halalkn diri kita dulu ye...

    ReplyDelete