tetiba, rumate aku menanyakan aku 1 soalan. "pha is, aku nak tanya hang ni. kalau seorang lelaki berkahwin dengan anak perempuan luar nikahnya, sah atau tak perkahwinan tu?"
maka, aku yang jahil ni pun jawab, "macam pelik je perkahwinan tu. aku rasa tak sah la kot..."
"tapi, jakim kata sah!" kata rumate aku, sambil menunjukkan keratan gambar kat bawah ni, yang diambil dari buku yang bertajuk 'Soal Jawab Perkahwinan islam'
Soal Jawab Perkahwinan islam
![]() |
Soal Jawab Perkahwinan Islam [1] |
soalan :
Anis berkenalan dengan lelaki yang sudah berumur dan mereka bernikah beberapa bulan kemudian di Thailand. Apabila Anis memperkenalkan suami kepada ibunya, barulah Anis mendapat tahu bahawa beliau adalah anak luar nikah hasil daripada hubungan tanpa nikah antara suaminya dan ibunya. adakah pernikahan mereka sah?
jawapan :
Sah pernikahan Anis dan suaminya kerana lelaki yang menyebabkan ibunya mengandung tanpa nikah tidak mempunyai hubungan nasab atau keturunan dengan anak luar nikahnya.
![]() |
statistik anak luar nikah di malaysia (2005-2009) [2] |
disebabkan aku rasa pelik dengan jawapan ni, maka aku cari lagi. betul ke sah perkahwinan seorang bapa dengan anak perempuan luar nikahnya. dan antara yang yang aku jumpa :
"Dengan jelas, Jakim menerangkan bahawa anak yang dilahirkan di luar pernikahan dianggap bukan muhrim bapa kandungnya dan juga bukan muhrim pada ahli keluarga bapa kandungnya. Maka, oleh kerana secara perundangan fiqah, mereka tiada pertalian keluarga, bermakna dari segi hukum Syariah di Malaysia, seorang anak boleh mengahwini bapa kandung atau ahli keluarga bapa kandungnya."[3]
dalil tidak haram menikahi anak perempuan luar nikah sendiri
dan dari segi dalilnya, aku terjumpa perbincangan dalam forum Halaqah.net yang bertajuk 'Boleh Khawin Ke Anak Luar Nikah, yang ada menyebut :
perbezaan ulama berkaitan perkataan banaatukum (anak-anakmu yang perempuan) yang terdapat dalam ayat tentang golongan wanita yang haram dinikahi.
"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu...................."
(An-Nisaa' 4:23)[4]
Abu Hanifah mengatakan bahawa dalam kalimat tersebut juga merangkumi anak perempuan yang dilahirkan dari zina. Maksud tersebut diambil dari perkataan bint (anak perempuan) mengikut bahasa. Maka anak perempuan hasil zina juga haram dinikahi kerana terbentuk dari sperma ayahnya.
Sedangkan Imam Syafi'e berpendapat bahawa sang ayah tidak memiliki hubungan (nasab) dengan anak perempuan tersebut, maka tidak haram menikahi anak perempuan yang dihasilkan dari spermanya (dengan berzina) dengan anggapan bahawa anak perempuan tersebut bukan anak perempuannya secara syari'e. tidak ada hubungannya mewarisi antara keduanya, tidak diperbolehkan keduanya berkhalwat (berdua-duaan tanpa ditemani mahram si wanita) dan tidak adanya hak wali baginya terhadap anak perempuan tersebut.[5]
wallahu a'lam...
sumber dan rujukan :
1. Abg Ariff Yang Penyayang. (2014 May 27). Facebook Photo; Retrieved from https://www.facebook.com/photo.php?fbid=739113089444415
2. Khairul Anuar Bin Ismail. (2013 Jan 1). Statistik Kes Zina Dan Anak Luar Nikah di Malaysia. Suaramuhajirin313; dipetik dari http://suaramuhajirin313.blogspot.com/2013/01/statistik-kes-zina-dan-anak-luar-nikah_1.html
3. Norhayati Kaprawi. (2012 Mac 19). Islam membenarkan bapa kahwin anak kandungnya?. The Nut Graph; dipetik dari http://www.thenutgraph.com/islam-membenarkan-bapa-kahwin-anak-kandungnya/
4. Surah.My : Surah An-nisa', ayat ke-23. dipetik dari http://www.surah.my/4#23
5. Nazri0070. (2011 Ogos 5). boleh kawin ke anak luar nikah?. Halaqah.net; dipetik dari http://halaqah.net/v10/index.php?topic=15894.0