dulu aku selalu join BE study. BE study ni macam korang jadi volunter untuk sebuah kajian pasal ubat. aku rasa lepas ni aku akan share blog ini kalau ada study baru. mana tahu kot-kot ada yang berminat, terutamanya bagi orang penang (sebab study yang aku share kat sini dijalankan kat penang). kalau yang berminat dan nak tahu macam mana procedure BE study ni, meh aku cerita kat sini.

Tatacara nak join BE study


basically, kalau korang nk join, apa yang korang kena buat ialah korang contact nombor yang akan aku share nanti, sms nama penuh dan tulis kata nak join sekian-sekian study (nanti aku akan share kalau ada study baru). contoh kalau untuk study ini : [[hai, saya Ali Bin Abu nak join study MAY IK1490.]]. tak kisah BM or BI.

korang contac just untuk buat appointment untuk buat health screening dan taklimat ringkas berkenaan study tu.

bila tiba hari appointment yang telah dipersetujui, korang pergi ke hospital tersebut (rujuk kepada study yang aku share nanti) untuk buat sesi taklimat ringkas. kat sini, korang kalau ada apa2 soalan, boleh tanya kat diorang masa tu. kalau dah setuju, korang sign borang, dan boleh terus buat health screening. diorang akan check BMI, ECG, urin, darah, dan sebagainya.

beberapa hari kemudian, diorang akan sms beritahu result sama ada korang layak atau tak untuk join study tu berdasarkan result screening yang korang dah buat. kalau dah lulus screening dan kalau korang masih bersetuju untuk join, pada hari yang dimaklumkan (rujuk kepada study), korang boleh datang untuk masuk wad.

apa yang berlaku dalam wad, akan diterangkan masa sesi taklimat ringkas masa korang buat health screening sebelum tu. basically, dalam wad korang makan ubat yang diberikan. dan pada sekian-sekian masa, darah korang akan diambil bagi nak check kepekatan ubat yang korang makan tu dalam darah.

kalau kajian BE (bioequivalence) study ni, insyaAllah, selamat sebab ubat yang korang ambik tu dah establish dah pun. apa yang korang try bukanlah ubat baru tapi ubat yang lama cuma dengan jenama yang baru. dos yang korang ambik pun dalam kuantiti yang selamat.

tapi kalau dalam study tu tulis "PHASE 1" study, yang ni mungkin berisiko sikit. sebab data pasal ubat tu mungkin masih lagi kurang lengkap dan dalam study tu diorang akan kutip data tambahan. mungkin ubat tu ubat baru (atau masih dalam katagori baru).

yang bestnya, jadi volunter test ubat ni dapat duit pampasan. banyak mana yang akan korang dapat, bergantung kepada jenis kajian dan bilangan hari. (akan diberitahu siap-siap masa study tu dihebahkan) selalunya, PHASE 1 study lebih mahal berbanding BE study.

tempat pun best. kalau kat GMC, ada bilik study, bilik tv, bilik game indoor (siap dengan xbox 360). nak tahu lebih lanjut, lihat sini : wad GMC 

entri yang berkaitan ;
apa itu Bio-Equivalence (BE) study?
kenapa aku join BE study?
boring masuk wad?