apa yang aku perasan dalam kebanyakan cerita bersiri US yang aku tengok, kehidupan di sana (contoh : NY) seolah-olah kalau tak ada kereta pun tak apa. pergi mana2 pun dengan taxi je, ataupun dengan pengangkutan awam yang lain (subway, etc).

tu apa yang aku nampak melalui cerita bersiri. aku tak duduk kat sana. so, tak tau cerita sebenar. mungkin pengankutan awam kat sana lebih efisyen. so, boleh hidup tanpa kereta persendirian.

kat Malaysia?  

boleh hidup tanpa kereta?

blue rx8

family aku bukan orang senang. kami sekeluarga memang tak ada kereta. kat rumah aku dulu, (sebelum aku beli moto aku tu) cuma ada sebijik moto kapcai suzuki model aper ntah, peninggalan arwah ayah aku. tu pun dulu arwah ayah aku beli sekenhen. boleh la setakat nak pusing 1 kampung. kalau nak pegi bandar, pakai bas UTC (sekarang dah bankrap rasanya, sejak rapid penang beroperasi)

kalau nak beli barangan keperluan sekolah contohnya, kami 1 family buat rombongan naik bas. untuk tu saja, dah makan masa sehari suntuk. ambik masa yang lama, sebab nak kena tunggu bas. memang sangat memenatkan

lagi satu, perit sikit bila nak angkut barang aku dan adik-adik aku dari rumah ke asrama. dalam famili aku, 3 dari 4 adik beradik aku tinggal di asrama sejak tingkatan 1. pernah sekali aku angkut barang bawak balik dari asrama, sampai kena ulang-alik 2 trip berturut-turut.

sampai sekrang, family aku masih tak ada kereta. buat masa sekrang, kebanyakan soal pengangkutan family aku hanya harapkan moto aku tu je la. kalau nak pi kenduri, pi hospital melawat orang, dan sebagainya, selalunya aku dengan mak je la yang dapat pergi berdua.


so, boleh la kot kalau nak survive tanpa kereta. tapi perit sikit la.