6.1.14

link di komen adalah spam


baru-baru ni, aku baru selesai anjurkan sebuah segmen. tak sepertimana kebiasaan segmen yang lain, kali ni aku tak minta link entri peserta dihantar ke ruangan komen tapi aku minta link tu dihantar ke ruangan "Mister linky's Magical Widget". kenapa? kerana aku tak nak ruangan komen aku nanti disalah ertikan oleh pihak google sebagai spam.

aku dah lama fikir pasal hal ni. mulanya cara ni diinspirasikan dari segmen anjuran bro +HASRUL HASSAN tapi beliau gunakan google document. aku pula masih tak biasa gunakan benda alah tu. lepas tu aku ternampak cara ni (gunakan Mister linky's Magical Widget untuk hantar link segmen) dekat sebuah blog. (aku tak ingat blog mana). terus aku pakai cara tu.

link di komen adalah spam


sebenarnya, aku masih dalam 'dilema' berkenaan hal ni. dua tahun lepas, blog aku pernah hampir di-banned oleh google. dan sebab yang paling possible yang aku boleh fikirkan masa tu ialah kerana aku letak "link biru" dalam kotak komen aku sendiri.

dan pada masa tu (around 2 tahun lepas), memang hebah seantero blogger bahawa link biru (meletakkan script "<a href...")di ruangan komen akan didetect sebagai spam oleh google, manakala text url tanpa di hyper-link-kan adalah bukan spam.

tapi sekarang khabarnya sudah berubah. sekrang khabarnya link biru di ruangan komen (menggunakan script "<a href....") tidak akan di-detect sebagai spam dan text url adalah sebaliknya.

aku masih lagi musykil. mana yang betol?

Nasihat Otai Blogger


aku pernah ajukan persoalan ini kepada bro Hasrul Hassan melalui PM inbox FB page beliau, hasrulhassan.com pada bulan september 2013 yang lalu. dan ini jawapan beliau:


soalan
salam HH.
saya nak tanya, betul ke kalau letak komen kat blog dengan salin sebijik url (cth. http://.........html), blog akan dianggap spam, sebaliknya kena letak link (<a href="....">...</a>) untuk tak dianggap spam?
sbb kalau tak silap saya, dulu setahu saya kalau letak komen yg ada "link biru" tu (yg ada "<a href" tu), blog akan dianggap spam. tapi baru-baru ni, saya dapat info yg terbalik pulak (salin url sebijik-sebijik dianggap komen spam)
harap HH boleh tolong terangkan...  

jawapan : 
Nasihat saya.....tk yah letak link... Hanya komen biasa je. Itu lebih selamat

Berjaga-jaga


mungkin sesetengah blogger tak kisah sangat pasal perkara ni. tapi aku ambil kisah kerana sejarah silam yang aku pernah lalui bila blog aku hampir di-Banned. Fobia kot.






73 comments:

  1. takut plak lepas baca..info yg berguna..:)

    ReplyDelete
  2. salam blogger. rasa gementar lak baca entri abg. takut di banned lak

    ReplyDelete
  3. pernah terbaca gak pasal ni..tp sy jrg letak link2 ni melainkan ada contest/segmen..apa pun kn noted benda ni..;)

    ReplyDelete
  4. Link dalam kotak komen di dilayan sama macam link di tempat lain oleh Google. Yang penting di sini ialah pautan pada link tersebut. Kalau ia memaut ke website spam, porn, judi maka itu baru dikira spam.
    Cuma yang menjadi masalah dengan kotak komen ialah kalau kita auto approve, orang yang berniat jahat boleh sabotaj kita dengan meletakkan link-link yang spammy.

    ReplyDelete
  5. Lupa nak tambah...
    Yang secara automatik menganggap link dalam komen sebagai spam ialah tuan punya blog bukan Google. Ia bukan disebabkan link tersebut memaut ke website terlarang, tapi lebih kepada kerana ia diletak tanpa kebenaran.

    ReplyDelete
  6. setuju sgt. bahaya jgk kalau letak link kt komen. kalau licha tu semua dh masuk spam folder.

    ReplyDelete
  7. Ooo...camtu yea...thanks for the share...

    ReplyDelete
  8. ermm... confuse juga ye .. apapun, tak yah letak.. hihih

    ReplyDelete
  9. Kalau dah nak kena banned...memang fobia!
    Tapi tengok kalau Mialiana buat segmen...beratus url peserta dalam komen dia, xpernah ada masalah pun. Xde effect alexa dan PR pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Info Greenlava mungkin menjawab persoalan ini.

      Delete
    2. tu pun saya heran jugak.. mungkin betol penerangan greenlava tu.. x pe, sama2 belajar... :)

      Delete
  10. so, kita kena delete ke komen yg ada spam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu saya tak pasti.. terpulang kepada tuan blog.. dulu saya delet.. tapi skrg stelah baca komen greenlava kat atas tu, dah x se-strict macam dulu..

      Delete
  11. komen biasa je sudah..kalau letak link boleh tapi without yang direct tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu pun saya kurang pasti sekarang..tapi kalau ikut penerangan greenlava kat atas tu, rasanya dah x de masalah.. harapnya begitula..

      Delete
  12. baru zaza tahu..lepas ni dh thu cara mcm ne.. tq... :)

    ReplyDelete
  13. memang betul apa yang dikatakan oleh HH, blog blogspot aku dulu pernah kena banned gara-gara. Kalau block 1 hari tu tak apa juga ni sampai 3 bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh.. sampai 1 bulan.. dahsyat.. saya dulu dalam nk dekat seminggu jugak, usaha macam mana yg pulihkan balik blog.. macam2 yg saya cari kat google... akhirnya, berjaya jugak.. tapi tu pun fobia...

      Delete
  14. alaaaa.. maksudnya tak boleh tinggal jejak macam tu dah la ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan x boleh langsung.. seelok-eloknya kurangkan.. tinggalkan link hanya bila perlu je..

      Delete
  15. owhh sangat menakutkan. kalau kena banned menangis tak berlagu la hana :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius, pha is dulu pun rasa mcm nk nangis je masa kena banned tu.. hehehe

      Delete
  16. ermmm takut nak buat...kalau guna master link..ok juga kan? no probb.?

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. dangeres..? hahaha.. dangeres betol ejaan tu..

      Delete
  18. T kasih diatas perkongsian info & nasihat..

    ReplyDelete
  19. Ooo bermakna kedua2nya adalah spam erkk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. berdasarkan komen greenlava, yg menentukan ianya spam atau tak adalah tuan blog itu sendiri.. so, hmm.. entahla..

      Delete
  20. Tahniah, bloglist kacak & cantik dah update. Blog awak sudah tersenarai. Tahniah dari BBL

    My recent post : Pemenang Pencarian Bloglist 2014 By BBL

    ReplyDelete
  21. erm.. tak pernah alami .. wbgmnpun.. thenx pait utk info ini..

    ReplyDelete
  22. Mcm kite buat komen approval
    komen yg bg link2 tu
    tak payah la approve hihi
    :p

    p/s: eh phais nnt check ;atest entry sy tau, i've got something for you :)

    ReplyDelete
  23. haiiii.. macam-macam.. baik berjaga2 je kan en Pha Is oi..

    ReplyDelete
  24. yang google kata spam tu, sebab ada blogger yang report spam. terus la masuk spam folder. ok jugak guna masterlinky ni kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. boleh digunakan sebagai langkah berjaga-jaga..

      Delete
  25. Mmg ptt komen je kn..x pyh ketak link apa2..:)

    ReplyDelete
  26. risau pulak.. biasa kalau join segmen dan ga pasti ramai g tinggalkan link..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. sbb tu dulu risau kalau nk anjurkan segmen... sekarang dah tau cara, dah x risau dah..

      Delete
  27. betul2. dulu kecoh jap pasal link biru kat ruangan komen. time tu la ramai yang buat komen kena approve dulu. sebab takut ada yang mengundang spam tetibe.

    ReplyDelete
  28. pening sangat. tak tau mana yang betul. nak selamat, tak payah buat dua2 kot...

    p/s: akak dah pindah ke ctfand.com ye.. jemput jalan2 nanti..:)

    ReplyDelete
  29. pernah gak terbaca kat blog2 yg komen mcm nih.

    ReplyDelete
  30. ouh?yaka...nice info...nasib baik bg tau..

    ReplyDelete
  31. macam-macam, akakpun pening, tak tau mana yang betul

    ReplyDelete
  32. Oh.. maknanya kalau blogger yg anjurkan segmen yang kena pastekan url kita kat komen tu kita tak boleh join la yerr... tak pasal2 jer kena ban... huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla.. sbb ramai je blogger popular yg buat macam tu, blog diorg okay je.. saya pun musykil.. kalau nk lebih kepastian, boleh tengok komen greenlava kat atas tu..

      Delete
  33. terima kasih di atas peringatan ini pha is.. kadang tu akak guna juga.. masih confuse juga.. betul kata HH itu, elokkomen biasa saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. seelok-eloknya elakkan.. itu lebih selamat..

      Delete
  34. Uishh,,,Tak pernah tahu pun pasal hal ni.
    Thanks for the info.

    ReplyDelete
  35. owhh..boleh jadi spam ghupenyer

    ReplyDelete
  36. hehe.. tak tahu yg mana betulnya.. baik x pyh letak link :)

    ReplyDelete
  37. Pernah baca ttg ni, that's why tak pernah approve comments yang ada link, cthnya ckp dorang dr segmen sama etc. Vee dulu buat segment guna "link biru". Heee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. x pe, lepas ni boleh lebih berjaga-jaga..

      Delete
  38. pernah terbaca juga dari blog seorang blogger. tapi, tak berapa nak tahu lagi..

    ReplyDelete