baru-baru ni, aku baru selesai anjurkan sebuah segmen. tak sepertimana kebiasaan segmen yang lain, kali ni aku tak minta link entri peserta dihantar ke ruangan komen tapi aku minta link tu dihantar ke ruangan "Mister linky's Magical Widget". kenapa? kerana aku tak nak ruangan komen aku nanti disalah ertikan oleh pihak google sebagai spam.

aku dah lama fikir pasal hal ni. mulanya cara ni diinspirasikan dari segmen anjuran bro +HASRUL HASSAN tapi beliau gunakan google document. aku pula masih tak biasa gunakan benda alah tu. lepas tu aku ternampak cara ni (gunakan Mister linky's Magical Widget untuk hantar link segmen) dekat sebuah blog. (aku tak ingat blog mana). terus aku pakai cara tu.

link di komen adalah spam


sebenarnya, aku masih dalam 'dilema' berkenaan hal ni. dua tahun lepas, blog aku pernah hampir di-banned oleh google. dan sebab yang paling possible yang aku boleh fikirkan masa tu ialah kerana aku letak "link biru" dalam kotak komen aku sendiri.

dan pada masa tu (around 2 tahun lepas), memang hebah seantero blogger bahawa link biru (meletakkan script "<a href...")di ruangan komen akan didetect sebagai spam oleh google, manakala text url tanpa di hyper-link-kan adalah bukan spam.

tapi sekarang khabarnya sudah berubah. sekrang khabarnya link biru di ruangan komen (menggunakan script "<a href....") tidak akan di-detect sebagai spam dan text url adalah sebaliknya.

aku masih lagi musykil. mana yang betol?

Nasihat Otai Blogger


aku pernah ajukan persoalan ini kepada bro Hasrul Hassan melalui PM inbox FB page beliau, hasrulhassan.com pada bulan september 2013 yang lalu. dan ini jawapan beliau:


soalan
salam HH.
saya nak tanya, betul ke kalau letak komen kat blog dengan salin sebijik url (cth. http://.........html), blog akan dianggap spam, sebaliknya kena letak link (<a href="....">...</a>) untuk tak dianggap spam?
sbb kalau tak silap saya, dulu setahu saya kalau letak komen yg ada "link biru" tu (yg ada "<a href" tu), blog akan dianggap spam. tapi baru-baru ni, saya dapat info yg terbalik pulak (salin url sebijik-sebijik dianggap komen spam)
harap HH boleh tolong terangkan...  

jawapan : 
Nasihat saya.....tk yah letak link... Hanya komen biasa je. Itu lebih selamat

Berjaga-jaga


mungkin sesetengah blogger tak kisah sangat pasal perkara ni. tapi aku ambil kisah kerana sejarah silam yang aku pernah lalui bila blog aku hampir di-Banned. Fobia kot.