Di sebuah kawasan bandar di utara tanah air, seorang lelaki duduk bersembang dengan bebrapa gelandangan di sana. kemudian, datang sekumpulan 3-4 orang diketuai seorang perempuan, memberi makanan kepada beberapa homeless di sekitar kawasan tu.

kemudian, perempuan tu datang dekat lelaki tadi yang lepak sekali dengan pakcik-pakcik tu untuk diberikan makanan.


Perempuan : Encik berdua dah makan? Saya ada bawakan sedikit makanan. ( sambil dihulurnya makanan kepada pak cik dan lelaki tu.)

Lelaki : tak pa la, saya bukan homeless, bagi la dekat orang lain. Saya saja je duduk sembang-sembang kat sini..

Perempuan : Rasanya yang lain semua dah dapat dah. dah alang-alang ada lebih, ambik la...

Lelaki : Betul nie? Terima kasih la. Kebetulan lapar pulak.. hahaha.

Perempuan : Ambik je. Saya masak sendiri nie. Panas lagi..

kemudian, lelaki tu perhati perempuan tadi pergi kepada setiap homeless di sekitar tempat tu sambil tengok diorang makan. kemudian, perempuan tu seperti menanyakan sesuatu kepada setiap homeless disitu. sehinggalah akhirnya, perempuan tu datang kembali kepada si lelaki ni tadi.

Perempuan : Macam mana, sedap tak? Kalo kurang, sorry la na...

Lelaki : Eh, sedap2.. hahaha.

Perempuan : : Apa yang awak rasa masa tengah makan nie..?

Lelaki : (Dengan mulut penuh makanan) Saya rasa..urmm..rasa BAHAGIA.. haha..

Perempuan : Awak tahu, saya dah banyak kali bagi makanan pada mereka2 ni. Kemudian saya tengok diorang makan. saya rasa seronok sangat. lepas tu, saya akan tanya diorang apa yang mereka rasa lepas makan. Setakat nie yang jawab semuanya cakap sedap, kenyang, seronok. Tapi sebenarnya saya tunggu 1 jawapan ni saja. Akhirnya, keluar jugak jawapan tu. Tapi saya tak sangka jawapan tu keluar dari mulut awak...

kemudian perempuan tu berlalu pergi meninggalkan lelaki tersebut termenung keseorangan...



dipetik dan diolah dari : 
Wan Nashrullah Muhamad. (2013 Nov. 28). facebook status. retrieved from https://www.facebook.com/WanTaiping92/posts/612680318779019