tengah hari kelmarin, aku berkesempatan ke walimatul urus member sekuliah yang baru sahaja bergelar "bini orang". tahniah diucapkan buat saudari farahana dan suaminya solihin, yang juga merupakan senior kami. nampak tak permainannya disitu? hehehe..

pengantin pink

semoga perkahwinan korang bahagia berkekalan hingga ke syurga. ameen..

minggu lepas, ada lagi seorang member sekuliah aku yang juga telah bertukar status ke gelaran "bini orang". malangnya, aku tak dapat pergi ke walimatul urus korang disebabkan kekangan jarak dan tak de transport.

pmiusm, kahwin, pengantin muslimah,

tahniah juga aku ucapkan buat nor atiqah dan suaminya nor azam kerana telah selamat diijab qabulkan. sorang mantan YDP PMIUSM dan sorang lagi mantan NYDP1 PMIUSM. nampak tak permainannya disitu? hehehe..

apa-apa pun, aku juga doakan buat korang semoga berbahagia berkekalan hingga ke syurga. ameen..

baru je balik dari kenduri kahwin, buka facebook, ada pulak jemputan ke majlis kenduri kahwin yang lain. sebelum ni, ada member aku yang dah "chop"siap-siap tarikh 14 september. tapi tadi ada pulak jemputan kenduri pada 13 dan 15 september.  

makna kata, pada 13, 14, dan 15 september, aku ada 3 jemputan kenduri kahwin berturut-turut.! amboi. korang ni berpakat ke aper ha..???? hahahah...