akhirnya, tamat sudah exam buat semester yang ke-8 ni. diam tak diam, dah 4 tahun aku di usm. sepatutnya, macam kawan-kawan aku yang lain, ini dah semester yang terakhir. sepatutnya dah boleh lapor diri kat Jabatan Perkhitmatan Awam. sepatutnya dah selangkah lebih dekat untuk menjadi ahli farmasi.
tapi, malangnya, aku ni tergolong dalam golongan yang tercicir. langkah aku tersekat kerana banyak lagi paper yang sangkut. maka, kena extend la jawabnya. sedih betol.
sedih bila terpaksa meninggalkan teman seperjuangan yang selama ni susah senang belajar bersama. 4 tahun bersama, sekarang diorang dah bergelar PRP. aku masih di sini.
sedih bila terpaksa tunda status 'pelajar' kepada status pekerja. dah la aku ni anak sulong, harapan keluarga. boleh tengok je la adik aku habis belajar dulu. lepas tu, diorang kerja dulu.kemudian, diorang kahwin dulu.
sedih bila aku lambat lagi akan berkerja. lambat lagi nak angkat superbike. hehehe... dan of course, lambat lagi la aku untuk berkahwin.
semuanya tertunda. sekarang, aku menanti dengan penuh sabar dan redha. tak pe la, aku percaya semua ni ada hikmahnya. ada sebab kenapa aku terpaksa extent. .mana tahu, kot-kot jodoh aku dengan budak 1st year sidang depan. mana la tahu kan..?
maa'ssalamah,
tapi, malangnya, aku ni tergolong dalam golongan yang tercicir. langkah aku tersekat kerana banyak lagi paper yang sangkut. maka, kena extend la jawabnya. sedih betol.
sedih bila terpaksa meninggalkan teman seperjuangan yang selama ni susah senang belajar bersama. 4 tahun bersama, sekarang diorang dah bergelar PRP. aku masih di sini.
sedih bila terpaksa tunda status 'pelajar' kepada status pekerja. dah la aku ni anak sulong, harapan keluarga. boleh tengok je la adik aku habis belajar dulu. lepas tu, diorang kerja dulu.
sedih bila aku lambat lagi akan berkerja. lambat lagi nak angkat superbike. hehehe... dan of course, lambat lagi la aku untuk berkahwin.
semuanya tertunda. sekarang, aku menanti dengan penuh sabar dan redha. tak pe la, aku percaya semua ni ada hikmahnya. ada sebab kenapa aku terpaksa extent. .
maa'ssalamah,
Pha is