3.1.13

Makan2 Klate 20 | Sri Paduka Burger

kalau dulu, aku dah cerita pasal KB Burger Bakar (kelantan) dan Hero Burger Bakar (penang). kali ni aku nak cerita pasal burger biasa. kalau kat kelantan ni, kedai burger bercambah. so, banyak pilihan la. tapi dalam banyak-banyak gerai burger, Sri Paduka Burger ni bagi aku special sikit.


"gerai" burger ni terletak di Jalan Kubang Kerian-Bachok, tak jauh dari istana. (coordinate :  6° 4'55.78"N 102°17'11.56"E - lebuh kurang). dalam banyak-banyak gerai burger, bagi aku, apa yang special kat gerai burger sri paduka ni, diorang masak cepat giler, tapi dalam masa yang sama tak menjejaskan rasa burger.

aku pernah tengok, sekali diorang masak, nak dekat 20 burger boleh siap. maksud aku, standard aku tengok kat gerai burger biasa, paling banyak pun dalam 6-8 biji burger diorang susun, tu pun lambat. yang ni, hampir 20 biji burger tersusun, tinggal nak letak daging burger dan bungkus je. cepat pulak tu.

memang diorang sibok bebenor. buat keje macam robot dah aku tengok. laju je. dah tu, orang yang datang pun ramai. sebab tu, masa aku pergi, kalau tengok ramai yang order, aku tak risau dah. sebab diorang masak cepat.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

selain burger sri paduka ni, kalau nak rasa burger yang unik sikit, boleh try burger kat Ajihs nasi lemak 80sen. kat situ ada burger gak, tapi burger dia special sikit sebab ada buah epal. betol! dalam burger ada buah epal. kalau tak percaya, korang pergi try. hehehe

maa'ssalamah,

Pha is

29 comments:

  1. boleh try tuh sementara masih bercuti di kampung ni.. bukak male jah ko?

    ReplyDelete
  2. =) baru semalam tgk rancangan masak2 burger kat TV terliurrr =)
    hehehe

    ReplyDelete
  3. huhuhu...kina kurang dengan burger..huhu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk.. jarang dengar org yg kureng dengan burger..... heheh

      Delete
  4. pha...blanje mkn burger ni...:)

    ReplyDelete
  5. baguslah,,ni memg seswai ngn aku, sbb aku tak suke nk nunggu lame2 =)

    ReplyDelete
  6. bestnyer burger.yg penting cepat pastu sedap
    sis kalau balik kelate nnt, nak cari kedai makan, bukak blog awak jea la nnt ni.thanks perkenalkan byk kedai mkn kat kelate ni .senang sis nnt :)

    ReplyDelete
  7. Mana2 pegi pon harga beger bakar ni agak mahal kan, nape erk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah... ada sesetengah burger bakar daging diorang buat sendiri.. contohnya macam yg saya cerita pasal hero burger bakar tu... mungkin tu salah satu faktor..

      Delete
  8. banyak choice.. kat kelate mmg tak risau pasal makan, smer sedap.

    ReplyDelete
  9. epal tu mungkin nak bagi manis kot. kotlah, tak pernah try pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. epal tu dia buat mcm coslow... yg mcm kat kfc tu.. dia letak atad daging burger.. hehe

      Delete
  10. tapi Na tak pernah boleh habes makan bege bakar.. asl ntah..

    ReplyDelete
  11. Saya rasa awak ni peminat burger ini....
    bagus dapat maklumat tentang burger di Kelantan....hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. x de la minat sangat.. boleh la kalau nk masuk tekak tu.. hehehe

      Delete
  12. bolat nk buat JJCM dekat PD ahhh . haha jeless ngokkk kamu ni

    ReplyDelete
  13. bege paduka mmg ohsem! sy selalu beli bege paduka tu..mmg lain dr yg lain. nk cpt, order by fon je,,g sane terus amek.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. tak tau plak boleh buat mcm tuh.. hehehe

      Delete