26.12.12

Kawan Kahwin | Izzul

~muqaddimah~

aku : mak, tadi kat depan sekolah tu kenduri siapa?
mak : owh, tu kenduri arwah. Dato' Bakar yang buat. esok baru ada kenduri kahwin. hang pi la esok.
aku : eh, esok cek nak pi kenduri kahwin kat BM (bukit mertajam). kawan satu sekolah cek yang kahwin.
mak : kawan hang, lagi..!

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

izzul budak mashoor, gambar kahwin,

okay, seorang lagi member aku yang sama umur yang dah kahwin. (cobaan..!!!) apa-apa pun, tahniah dan selamat pengantin baru buat izzul rahimi dan nur liyana. semoga jodoh berkekalan hingga ke syurga. ameen...

sebenarnya, ini antara tujuan utama aku balik penang dalam waktu study week ni. nak meraikan sahabat yang telah "berjaya" menamatkan zaman bujangnya. yes, "BERJAYA" (ingat kahwin tu senang?)

so far, setahu aku, kalau tak silap, jika dikira balik, dah 4 orang member satu sekolah aku yang sama umur yang dah kahwin. hmm.. dalam kalangan kami sendiri, masing-masing tengah mengagak siapa yang akan kahwin next.

yang pasti, bukan aku. sekarang ni, bayangan perkahwinan tu dah semakin menjauh dari aku.

kalau dulu, setiap kali nak dekat exam, bila tension exam, aku selalu "meroyan" pasal perkahwinan. mula la share macam-macam pasal kahwin kat FB mahupun blog.


tapi bila nak dekat exam kali ni, aku tak rasa apa-apa pun. walaupun aku pergi kenduri kahwin member sendiri, walaupun aku tengok member kahwin depan mata...

agaknya, mungkin sebab aku dah matang. pffffttt....


p/s : menghitung hari tahun....




maa'ssalamah,

Pha is

16 comments:

  1. jodoh mereka :))
    mmber bolat pun macam tu . bestfreng plak tu .
    haha umur 18 lak tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh.. kalau 18 tu, baru setail.. awal giler..

      Delete
  2. hehe..cobaan..=P

    xpaa..rezeki masing2..=)
    tahniah buat mereka..

    ReplyDelete
  3. Kawan fie pun dah ramai yang kahwin, sobs. Biasa lah orang perempuan umur 23 tu dah ramai planning untuk kahwin fie je yang masih macam nie. haha. takpe kita cuba tahun depan lah pha is

    ReplyDelete
    Replies
    1. x nk tahun depan... tahun dpn baru nk grad. nk keje dulu, nk kumpul duit dulu.. heheh

      Delete
  4. tak pe insyaallah, thn dpn tiba-tiba pha is.. sape taw kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk...? hmm.. kalau dh jodoh, x pe la.. heheh

      Delete
  5. tak pe. ada jodoh nnt ade la. enjoy dulu masa single ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..!!! yes..!!! enjoy dulu masa single nih..!! hahaha

      Delete
  6. kawan saya pun dah berduyun2 kawen.. bukan setakat yang sebaya je.. yang junior pun ada! mencabar betul rasanya.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh.. itu memang sangat2 mencabar.. langkah bendul tuu.. hehehe

      Delete
  7. dah matang?hahaha bagus ler,,aku doakan yg tebaik utk engko

    ReplyDelete