11.7.12

short sem, special sem, dan KSCP


Sekarang cuti semester. Terperap je la kat rumah. Tambah-tambah pulak sekarang penang musim hujan. Lagi la.

Saban tahun, setiap kali cuti semester ke dua (cuti sidang), mesti aku kena buat Kursus Semasa Cuti Panjang (KSCP). Dalam erti kata lain, “short sem.” USM panggil KSCP. Maklumlah, aku ni bukannya budak pandai sangat. Banyak subjek yang tak lepas. Pointer pon cukup-cukup makan.

Cuma kali ni, special sikit, sebab short sem dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. So, betol la kata adik aku (budak UM). Kat UM, short sem dipanggil  “special sem”. Special la sangat. Kan?

Aku ingat, kali ni aku buat KSCP kat rumah je la. study kat rumah. tak payah bayar untuk desasiswa (asrama). boleh cut cost sikit. Makan pon free. So, dok ket rumah buet mengabih bogheh jo...

Lagipon, KSCP masa bulan puasa. Sekarang ni, pak long Hussein, imam surau kampung aku pon dah tak beberapa nak larat. Kesian dia. Terawikh nanti, boleh gak aku tolong2 gantikan. Hehehe...


Pha is

19 comments:

  1. haaaa...kena buat sampai siap, kena jadi budak rajin dan pandai heee

    ReplyDelete
  2. saya tak pernah buat short sem. hehehe.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    ReplyDelete
  3. kalau dapat gantikan paklong Hussein tu pun apa salahnya.. ;)

    ReplyDelete
  4. bgus2..tolong gantikan pak long hussein :)

    ReplyDelete
  5. jika baca ayat2 ko ni pha is, molek benar ko stay kat umah je. bnyk jimat, lagi bole tolong2 imam kat surau. itu tak trmsk tlng sanak saudara ms puasa nnt. masak ke, pnjt kelapa ke. hoho..

    ReplyDelete
  6. Kat umah tu mesti study ye..Jangan study dengan blog je.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat hosltel rasanya lagi akan rajin berblog. sbb bleh online 24 jam.. hehehe

      Delete
  7. duduk dekat rumah lagi bagus...hehehe...dri usm dgn umah abg pha is x jauh ka? bulan 10 tahun lepas km 1 bdak f.6 upper ada melawat usm...ckgu yg bawak..nak bg semangat jawab periksa..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam 40 minit je dari umah ke usm. kalau cuaca mengizinkan, dan kalau mood moto elok, boleh pi sampai 20 minit.. hehehe

      Delete
  8. Salam.

    Tak faham apa tu short sem, sebab course saya tak ada short sem. Cuti paling lama pun sebulan setengah, mana dan nak buat short sem pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... short sem tu macam repeat exam la lebih kurang..

      Delete
  9. ade hikmahnya juga buat time bulan pose kan? :)

    ReplyDelete
  10. boleh ea datang utk amek exam je? sy pon kena amek kscp sbb ad subjek tak lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, asalkan datang usm untuk mendaftar sbb kascp di usm x boleh daftar online. kena daftar di pusat pengajian..

      Delete