Sekarang cuti semester. Terperap je la kat rumah. Tambah-tambah pulak sekarang penang musim hujan. Lagi la.

Saban tahun, setiap kali cuti semester ke dua (cuti sidang), mesti aku kena buat Kursus Semasa Cuti Panjang (KSCP). Dalam erti kata lain, “short sem.” USM panggil KSCP. Maklumlah, aku ni bukannya budak pandai sangat. Banyak subjek yang tak lepas. Pointer pon cukup-cukup makan.

Cuma kali ni, special sikit, sebab short sem dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. So, betol la kata adik aku (budak UM). Kat UM, short sem dipanggil  “special sem”. Special la sangat. Kan?

Aku ingat, kali ni aku buat KSCP kat rumah je la. study kat rumah. tak payah bayar untuk desasiswa (asrama). boleh cut cost sikit. Makan pon free. So, dok ket rumah buet mengabih bogheh jo...

Lagipon, KSCP masa bulan puasa. Sekarang ni, pak long Hussein, imam surau kampung aku pon dah tak beberapa nak larat. Kesian dia. Terawikh nanti, boleh gak aku tolong2 gantikan. Hehehe...


Pha is