6.9.11

penyakit yang tidak boleh diiklankan

masa bulan posa yang lalu, aku ada temankan adik aku pi klinik kesihatan butterworth untuk buat medical check-up sebab dia baru nak masuk UM.

tapi, setahu aku, UM ada pusat kesihatan sendiri. aku heran kenapa diorang tak buat check-up untuk pelajar baru kat pusat kesihatan diorang sendiri. kan senang kalau macam tu.! tak payah student2 yang baru nak masuk buat keje 2 kali.

klinik kesihatan butterworth tu under klinik kerajaan. so, secara lumrahnya, memang la segala urusan akan ambil masa yang lama. jadi, dari aku termenung sorang2 tunggu adik aku, aku pon pi la melawat2 sekitar tempat tu, termasuklah farmasi. (well, mana lagi student farmasi akan pi kalau bukan ke farmasi)

dalam sepanjang "lawatan" aku tu, mana2 "brochure" yang aku nampak, terus aku ambik. teringat pulak brochure2 kesihatan yang kami kena buat untuk assignment dulu. antara brochure yang menarik perhatian aku ialah menganai iklan perubatan.


menurut brochure tu, ada 20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan iaitu :


1. Panyakit/kerosakan buah pinggang
2. Penyakit/ kerosakan Jantung
3. Kencing Manis
4. Sawan
5. Lumpuh
6. Batuk Kering
7. Asma/Lelah
8. Kusta
9. Barah
10. Pekak
11. Ketagihan Dadah
12. Hernia
13. Penyakit Mata
14. Tekanan Darah Tinggi
15. Sakit Mental
16. Kemandulan
17. Frigiditi
18. Lemah Fungsi Seks/impotent
19 Penyakit venerus
20. Kelemahan urat saraf atau aduan kelemahan lain, timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan seks.

sapa yang iklankan jugak boleh didenda sampai RM 3000 atau penjara 1 tahun atau kedua2 mengikut akta ubat (iklan dan penjualan) 1956.

heran gak aku sebab rasanya ader je aku pernah nampak iklan2 ubat yang mendakwa boleh sembuhkan penyakit2 kat atas tu. rilex je...


Pha is 

6 comments:

  1. Um mmg ada pusat kesihatan sendiri tp kan akn jd lambat kalau ppum nak handle medical check up utk lebih 3000 org student tu time mhs.

    Dan perkhidmatan kesihatan percuma cuma diberikan oleh klinik kesihatan pelajar. Kalau guna perkhidmatan ppum, klinik kesihatan cuma akn menanggung bayaran utk kes-kes kemalangan dan kecemasan sahaja yang berlaku di luar waktu perkhidmatan Klinik Kesihatan Pelajar, hari Sabtu dan Ahad dan cuti umum sahaja.

    Jd kalau buat medical check up kat ppum,kos terpaksa ditanggung sendiri dan kos dia lg mahal drpd buat di hospital kerajaan sebab ppum bukan fully government, tp separa swasta.

    ReplyDelete
  2. @Mohd Hanif
    owh, begitu... thanks untuk info tersebut... ini cuma kemusykilan seorang abang kepada bakal mahasiswa UM... sebab dulu masa saya baru masuk usm, medical check up dilakukan dalam minggu orentasi di pusat sejahtera usm secara bergilir-gilir mengikut pusat pengajian.. kos pulak dikira sekali dengan yuran pendaftaran...
    lain padang lain belalang...('',)

    ReplyDelete
  3. soalan ni msuk interview.. search kt tenet, nek blog ang.. tima kasih la noh bg info.. hehehe

    ReplyDelete