17.9.11

Berdikari

Suatu hari di hari raya, seusai menyambut tamu-tamu yang bertandang dari kaum kerabat yang jauh, telah berlaku satu perbualan antara seorang ibu saudara kepada anak menakannya.

hani, cuba kau tengok anak-anak mak su kau tu.” Soal si mak teh sambil memuncungkan bibirnya ke arah 2 anak gadis yang sedang leka menjamah kuih-muih dan biskut raya sedia terhidang di atas meja. Disebabkan kesyikan menjamah juadah raya, tidak mereka sedar ada mata yang memerhatikan.

kenapa dengan mereka, mak teh?” hani terpinga dengan sapaan mak teh.

Mak su kau tu tak bagi mereka bersekolah di asrama. Besar nanti, mesti mereka tak pandai berdikari.” Kata mak teh lagi.

Hani mengangguk lemah. Sememangnya kalau dibandingkan antara mak su, makteh, pak lang, dan mak kepada hani sendiri, hanya anak-anak mak su sahaja yang tidak berasrama. Tapi, dia faham benar perangai mak tehnya itu.    

Dia tahu, mak teh sememangnya bangga dengan anak-anaknya. Kesemua anak-anak mak teh Berjaya ke sekolah berasrama. Malah, bukan calang-calang sekolah yang anak-anak mak teh pergi. Ada yang ke MRSM dan ada yang ke SMKA.

Namun, seketika kemudian, monolog hani dalam hati. “kalau tinggal di asrama sekalipon, tapi tiap-tiap minggu balik rumah mengusung pakaian kotor untuk dibasuh mak teh, apa bezanya..?” -Lafaz hani yang tak terzahir.

Pha is

6 comments:

  1. duduk asrama asyik rindu rumah je,

    ReplyDelete
  2. @emy|farid
    kalau homesick skit2 tu, normal la.. hehehe

    ReplyDelete
  3. dulu waktu sekolah asrama every week balik umah atok sbb dekat.haha

    kalau tak leh balik, suruh atok amek gak..haha

    ReplyDelete
  4. kalau cam tu bek tak dok asrama sama jer..

    ReplyDelete
  5. @Cik Kasut
    tu la pasal... kalau baju pon still parent yg basuh walaupon duk asrama, kat mana yg berdikarinya...? ('',)

    ReplyDelete