24.11.10

apa ada pada 2 alam?


Sekarang ni ramai yang pakat dok kata pasai phenomena yang melanda Malaysia. Phenomena 2 alam. dahsyatnya filem 2 alam sampai digelar “phenomena”. Sama ada nak pecaya atau tak, memang dah jadi phenomena dah pon. Cuma mungkin bukan seperti apa yang telah diwar-warkan oleh Dr. dulu.

Kata beliau, kononnya filem ni akan mendapat kutipan sampai RM40 juta (mula2 RM12 juta). Sampai atau tak bajet tu, aku tak kisah. Cuma sekarang aku tengok ada satu phenomena yang telah dibawa filem 2 alam ni iaitu “phenomena cendawan”.

Lepas tiba je tarikh 18 november 2010, terus heboh pasai wayang cerita 2 alam kosong. Tak dapat sambutan.  Kesian Dr. Tak cukup dengan tu, terus pakat ramai2 dok kutuk dia.

Aku kat sini bukan nak sokong sapa2. Aku bukannya peminat filem tu. Aku tak pi tengok pon filem tu pon. Tapi, kat sini, aku nak ceria skit, pasai apa yang jadi kat aku baru2 ni.


La ni aku dah habis exam. So, paham2 la. Kalo budak dah habis exam, mesti nak release tesion. At least mesti nak enjoy2 skit. Tak kisah la main game ke, tengok movie kat laptop ke, tak pon tengok wayang. Jadi, ada la 1 hari ni member aku ajak keluar tengok wayang. Cerita apa, kami tak kisah sangat. Asalkan dapat tengok wayang! (even time tu kalo dapat tiket 2 alam pon layan je.)

Last2, member aku beli tiket cerita “adele : rise of the mummy”. Lepas beli pop corn, kami bertiga pon masok la. Tapi serius aku cakap, lepas keluar je dari panggung lepas tengok cerita tu, muka kami semua macam blurr je. Cerita entah apa2!

Lepas tu, member aku ni cakap : “kan bagus kalau kita tengok cerita 2 alam. cerita tadi boring gila. At least 2 alam ada la jugak pengajaran.”

Tapi seriua aku cakap, cerita “adele” tu la cerita kedua yang paling boring yang penah aku tengok. (cerita nombor satu : soop). Bila aku tengok cerita tu, aku rasa lebih baik aku tengok 2 alam. rasa rugi gila sebab pilih untuk tengok cerita tu.

Walaupon aku tau yang ramai dok cakap yang filem 2 alam tu tak best, tapi, aku rasa mereka yang tengok ceria 2 alam patut bersyukur kerana tak tengok cerita yang aku tengok ni.

So, buat pengkritk2 2 alam, memang aku tau yang beliau tu teruk. Dok buat kepala tau. Dok gah sangat dengan “empayar” JM5  dan 2 alam dia. tapi, berpada-pada la. Sampai yang dok kutuk stail rambut beliau tu, apa yang korang dapat? Senang2 jew beliau dapat kutipan pahala korang. Entah2 lebh dari 40 juta.!

Benda yang lepas tu, lepas la. Mana tau kot2 lepas ni beliau dah berubah. Dah insaf.

4 comments:

  1. cerita 2 alam tu aku blm tgk lg tp aku tgk thiller mcm okey je. mungkin sbb sikap die yg terlalu megah sampai org meluat tula yg menyebabkan cte tu di kritik habis2an. sedangkan cte tu mungkin xterlalu teruk atau same je mcm cte melayu laen. sikap si penerbit la yg buat org pk negatif awal2 lg ttg cte tu. :)

    ReplyDelete
  2. SOOP!!!!! the best wooo....hahaha

    ReplyDelete
  3. Memang fenomena betul masa tuh.. Sampai surat khabar sume iklan pasal tu.. hehehe

    ReplyDelete