5.9.17

Rebut Peluang Pakej Umrah bersama Power Root


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Rebut Peluang Pakej Umrah bersama Power Root 


baru je lepas raya haji. Jemaah haji pun tak balik ke Malaysia lagi. Kata orang, tak dapat pergi haji, pergi la umrah dulu. kan? Sekurang-kurangnya, dah kena start menyimpan hasrat.

Bila dah berhasrat nak pi umrah, mesti la kena usaha. Antaranya dengan beli barangan keluaran power root. Ini salah satu usaha je. Sebab Power Root nak tunaikan hasrat umrah bagi mereka yang bertuah! Berita baik nih! Benda baik siapa tak nak kan? 
 

Power Root Tunaikan Hasrat Umrah



Power Root dah lama dan buat inisiatif “Tunaikan Hasrat Umrah” ni dari bulan Mei 2017 lagi, bagi membantu 36 rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat memenuhi hasrat mereka untuk menunaikan Umrah. Dah lama dah. Sepatutnya dijangka tamat 15 september 2017. 

Tapi korang bernasib baik sebab Power Root dah mengumumkan hari tu masa aku dan team Blogger Utara yang lain pergi ke road show diorang, yang inisiatif “Tunaikan Hasrat Umrah” ni akan dilanjutkan tempoh selama 2 minggu iaitu ke 1 Oktober 2017.

So, apa lagi, hantar cepat penyertaan korang. Bukan cikai-cikai punya pakej umrah ni tau. Jumlah keseluruhan pakej ni RM360,000. Premium punya pakej daripada Tabung Haji Travel and Services, yang bernilai lebih daripada RM10,000 bagi setiap pakej.

Jangan risau, peluang masih cerah sebab setakat 25 Ogos, baru 13 orang pemenang. Setiap pemenang akan menerima dua pakej Umrah. So, kalau perempuan tak payah risau sebab boleh bawak mahram. Kalau aku dapat ni, boleh buat jadi pi honeymoon kahwen terus nih. Amiin.. 

Power Root Road Show Di Mydin Sungai Petani Bersama Alif Satar


dari kiri : Athin, Timm, ZF, Alif Satar, Pha Is, dan Marsha


Bersempena dengan peraduan ni selaras dengan objektif Power Root untuk menyumbang semula kepada komuniti, sebuah road show eksklusif telah berlangsung bermula 1 hingga 3 September, di Mydin Sungai Petani, Kedah. 

Dan aku termasuk dari beberapa orang blogger lain dari team Blogger Utara termasuklah Timm, Athin, kak Marsha, dan ZF berkesempatan ke road show ni pada 3 September lepas. Maca-macam yang ada kat road show ni termasuklah tawaran hebat daripada Power Root dan peluang beramah mesra dengan Duta Power Root Ali Café iaitu Alif Satar!

Alif Satar yer! Bukan Alif Aziz! Know the different.. hahahah  


Selain tu, ada yang berpeluang naik ke pentas bersama Alif Satar untuk sama-sama berkaraoke dengan beliau! Pergh.. ohsem kot. Rugi siapa berdekatan mydin sungai petani yang tak datang. Memang happening habis. Dah la Alif Satar ni peramah orangnya. Tak poyo gais! Tak poyo! Hahaha.. 

Peluang Menangi Pakej Umrah Masih ada



Bagi mereka yang belum menyertai peraduan ini, masih ada masa untuk berbuat demikian. Korang hanya perlu membeli mana-mana produk Power Root, dalam bentuk pek atau tin, kemudian gunting keratan logo atau cabut pembuka tin tu. Lepas tu  kepilkan bersama boring peraduan.

Senang je kan? Beli, gunting, kepil, dan hantar! Butir-butir, syarat-syarat dan peraturan peraduan boleh didapati di laman web rasmi Power Root www.powerroot.com.my atau laman facebook berikut : 

Facebook Power Root Ali café  :  https://www.facebook.com/alicafe.my/
Facebook Power Root Pearl ; https://www.facebook.com/perlmalaysia/

17 comments:

  1. mari mari jangan lepaskan peluang.. mana tahu rezeki =)

    ReplyDelete
  2. Menarik.. manalah tau rezeki menang pula.. dpt pergi umrah kan.

    ReplyDelete
  3. Peluang dah ada cuma kena rajin usaha turut serta dalam peraduan aje kanss...

    Okay noted Alif Satar ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
  4. rugi xturut serta mana tau bertuah dpt tunai umrah

    ReplyDelete
  5. harap2 ada rezeki.....
    paling syok dpt jumpa alif satar

    ReplyDelete
  6. Moga ada rezeki kita ....yup syok jumpa Alif Satar real

    ReplyDelete
  7. cubalah pha is mana tau hadiah perkahwinan

    makin merajuk la gadis bertudung biru hehe

    ReplyDelete
  8. jom masuk peraduan mana tahu rezeki dapat menunaikan umrah alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. alamak...peraduan sampai 15 september ja huhu

    baru baca

    ReplyDelete
  10. xpernah lgi pergi mydin SP...hehehe....

    ReplyDelete
  11. selalu masuk peraduan macam ni. tapi selalu takde luck. takde rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe la.. rezeki masing2 Dia dah tentukan.. kita usaha je.. hehehe

      Delete
  12. Klau yg join n menang tu mmg bertuah betul laa...susah tau nk terselit

    ReplyDelete