17.8.17

G Hotel’s Afternoon Tea Photo Challenge and Food Review at 2PM


G Hotel Kelawai’s Afternoon Tea


Masuk je kat G Hotel Kelawai ni, tak jauh dari kawasan loby tu korang akan Nampak 1 café dengan design kontemporari yang suasananya sangat menenangkan, cafe 2PM. Bukan jam pukul 2 petang tapi memang nama cafe nya begitu.


Kat sini, memang popular dengan set hidangan Afternoon Tea yang disajikan dari pukul 2pm – 5pm setiap hari. 2PM Afternoon Tea ni didatangkan dengan “three-tiered silver stand”  yang diisi dengan juadah menyelerakan terdiri dari homemade scones, fruit tartlets, macarons, sliders, French pastries dan ditambah dengan satu pot dengan teh berkualiti tinggi yang anda boleh pilih sendiri dari camomile tea, English breakfast tea, green tea, dan banyak lagi.


Harga? Bermula bulan Julai tahun ini, harganya hanyalah RM50nett per set dimana 1 set cukup untuk portion 2 orang makan. Kalau datang dengan pasangan, memang romantik!

G Hotel’s Afternoon Tea Photo Challenge and Food Review at 2PM for Bloggers



Bersempena dengan penacaran harga baru bagi G Hotel’s Afternoon Tea ini, G Hotel telah menganjurkan satu peraduan khas buat blogger terpilih iaitu Afternoon Tea Photo Challenge and Food Review at 2PM with fellow food bloggers. Pada peraduan ini, beberapa Blogger terlibat diperlukan untuk mencipta “three-tier afternoon tea set” mereka tersendiri dengan memilih makanan yang disediakan untuk diisi dalam set tersebut.

Antara makanan yang disediakan untuk dipilih antaranya adalah Slider with Taco buns, Cranberry scones, cheese sausage puffs, chicken slice croissant sandwiches, tuna mayo on roasted baguettes, mini fruit tartlets, macarons dan yang paling utama, aneka pilihan potongan kek daripada pilihan kek-kek yang aneka pilihan. Pilihan makanan ini adalah makanan standard yang boleh didapati dalam set Afternoon Tea promotion ini.


Setelah selesai, para blogger perlu menghiasi set mereka dengan pilihan 10 hiasan makanan yang disediakan seperti daun Pandan, Butterfly Pea flowers, buah-buahan campuran seperti strawberry, canned mandarin orange, canned lychee dan sebagainya, termasuklah pilihan aneka kekacang dan coklat hiasan seperti  Choco sticks, Chocoslices dan banyak lagi.


Dah nama pun social media influencer kan, so lepas tu para blogger kena upload gambar terbaik yang diorang boleh hasilkan dari set masing-masing dengan berlatar belakangkan mana-mana bahagian dari cafe 2PM di laman instagram dan perlu mengumpul sebanyak boleh bilangan like pada gambar tersebut. Mereka dikehendaki meletakkan hashtag #stylishly_g, #ghotelkelawai, #2PM, #afternoontea dan hanya dibenarkan untuk menambah lagi 5 hashtag tambahan mereka yang tersendiri.


Setelah 1 jam gambar diupload, gambar dengan bilangan like yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang, dengan hadiah di tempat pertama adalah vaucer di 2PM sebanyak RM300! Manakala tempat kedua sebanyak RM200, tempat ketiga sebanyak RM100, dan 2 tempat saguhati yang juga turut menerima voucher sebanyak RM50.

2PM Afternoon Tea



Banyak sebenarnya pilihan makanan di 2PM Afternoon Tea ni antaranya dari pelbagai pilihan sandwich termasuklah Salmon Bagel, Toasted Tuna Sandwich, sandwich dengan grilled chicken, dan banyak lagi.


Pendek kata, banyak sangat la pilihan. Banyak sangat kalau nak tulis semua. Datang sendiri kalau nak tau. Haha..

Selain itu, ada jugak promotion Buy 1 free 1 dari jam 7pm hingga 9pm. Bagi mereka yang sekadar nak minum dan makan ringan-ringan, ada promosi secawan teh atau kopi bersama cupcake atau 3 biskut dengan hanya RM25.

2PM dibuka setiap hari dari jam 2pm hingga 10.30pm. untuk maklumat lanjut, boleh lawati  www.ghotel.com.my atau hubungi  ditalian +604 – 219 0000 untuk sebarang tempahan atau persoalan berkenan 2PM promotion.



MARKETING COMMUNICATIONS CONTACT:

Christina Tan
Director of Communications
Tel: 604 238 0086
Fax: 604 238 0088
Email: christina.tan@ghotel.com.my

Annie Wong
Assistant Marcom Manager
Tel: 604 238 0072
Fax: 604 238 0088
Email: annie.wong@ghotel.com.my

5 comments: