Apa beza kopi dan teh? Sebelum tu kita tengok dulu apa itu kopi? Kopi adalah minuman yang dibancuh dari biji kopi yang dibakar, dari buah kopi dari pokok spesis coffea[1] seperti Coffea Arabica dan Coffea canephora.[2]

Coffea arabica L [6]

Jadi, apa pulak yang dikatakan teh (atau tea) ni? teh adalah sejenis minuman yang dihasilkan apabila air panas dicampur dengan daun yang diproses[3], selalunya dari jenis Camellia sinensis dan Camellia sinensis​ var. assamica. [4]

Camellia sinensis [7]

Personality : kopi vs teh


The World of Caffeine: The Science And Culture of The World’s Most Popular Drug


Dalam sebuah buku yang ditulis oleh Bennett Alan Weinberg dan Bonnie K. Bealer yang bertajuk “The World of Caffeine: The Science And Culture of The World’s Most Popular Drug”[5] mendakwa peminat kopi dan teh selalunya akan mempunya personality yang berbeza, malah, ianya berlawanan. 

Perbezaan ini secara umumnya dapat dilihat dalam perwatakan dan minat yang berbeza antaranya dari segi muzik, penampilan, malah dari cara hidup. Weinberg dan Bealer mengkatagorikan peminat kopi dan teh seperti berikut :

Kopi
Teh
Male
female
Yang
Yin
Beethoven
Mozart
Casual
Formal
American
English
Morning
Afternoon
Excess
Moderation
Common
Refined
Extroverted
Introverted
Earthiness
Spirituality
Doing
Thinking

Caffeine : kopi vs teh 


Walaupun ianya hanya secara general dan tidak semua orang sebegitu, namun dari segi saintifik kita boleh lihat pengaruh ini datang dari bahan kimia aktif yang terdapat pada kedua-dua minuman ini iaitu caffeine!

caffeine

Walaupun caffeine selalunya dikaitkan dengan kopi, tetapi teh juga sebenarnya mengandungi caffeine walaupun tidak sebanyak kopi. Dalam secawan teh, terdapat lebih kurang 40% caffeine berbanding caffeine dalam secawan kopi.

kandungan caffeine dalam minuman [9]

Caffeine terkenal sebagai stimulant (perangsang) di dalam system saraf dalam badan menjadikan mereka yang mengambil lebih banyak caffeine lebih aktif.

Sebab itulah selalunya orang yang gemarkan kopi yang lebih banyak caffeine akan lebih aktif dan lebih banyak melakukan kerja. Manakala penggemar teh yang mempunya kandungan caffeine yang rendah membuatkan peminumnya lebih tenang dan dapat berfikir secara lebih jelas.     

Terdapat satu kajian yang dilakukan di UK dimana hasil kajian tersebut mendapati peminat kopi secara statistiknya lebih kaya berbanding penggemar teh. Hmm... Tak hairan lah kalau harga kopi di kedai-kedai hipster sangat mahal. kan? hahaha.. 

Kopi vs teh : Pengaruh Budaya


The Japanese Tea Ceremony [8]

Perlawanan antara kopi dan teh ada kalanya bergantung kepada budaya sesebuah Negara atau kawasan. Sebagai contoh, rakyat dari negara seperti England, turki, dan China lebih banyak meminum teh manakala Negara seperti USA, Itali dan brazil lebih sinonim dengan minuman kopi. [5]

Manakala Di Malaysia, kopi dan teh selalunya dikaitkan dengan minuman pagi dan yang paling popular antara kedua ini semestinya teh tarik dan kopi ‘o’. 


Kopi vs teh : Pengaruh genetik



Ada kalanya selain personality, factor genetic juga mempengaruhi pilihan antara teh dan kopi. Sebuah kajian yang dijalankan di Harvard School of Public Health mendapati terdapat 6 kawasan pada DNA yang dikesan mempengaruhi pemilihan antara kopi dan teh.

Hal ini mungkin kerana DNA tersebut mempengaruhi badan sama ada ianya memerlukan lebih (atau kurang) caffeine. Atau mungkin juga kerana setiap orang tidak mengalami tindak balas yang sama dalam badan apabila badan didedahkan dengan caffeine.   

Kopi vs teh : yang manakah anda?


Aku sebenarnya lebih kepada penggemar teh. Tapi minum je kopi tu, dengan syarat kopi bersusu (with cream) la. Kopi ‘O’ tak layan. kalau teh, susu ka, ‘O’ ka, tak bubuh gula pun boleh telan! Sebab tu dah banyak kali aku ride naik moto pi Cameron highland. Selain pi layan koner, pi pekena teh kat atas tu memang sangat best!


Korang pulak macam mana? Kopi atau teh?

p/s : awak, awak suka nescafe kan?


sumber dan rujukan:
1. wikipedia : coffee. dipetik dari https://en.wikipedia.org/wiki/Coffee
2. wikipedia : coffea. dipetik dari https://en.wikipedia.org/wiki/Coffea
3. wikipedia : tea. dipetik dari https://en.wikipedia.org/wiki/Tea
4. wikipedia : Camellia sinensis. dipetik dari https://en.wikipedia.org/wiki/Camellia_sinensis
5. Ronnoco Coffee. (2016). Beverage Personalities:  Coffee People vs. Tea People. dipetik dari https://www.ronnoco.com/blogs/news/beverage-personalities-coffee-people-vs-tea-people
6. Kew Science. Coffea arabica L.dipetik dari http://powo.science.kew.org/taxon/urn:lsid:ipni.org:names:747038-1
7. Plants Rescue. Camellia sinensis. dipetik dari http://www.plantsrescue.com/camellia-sinensis/
8. Claire Berrisford.(2014). THE JAPANESE TEA CEREMONY. Exploration Online. dipetik dari http://www.exploration-online.com/2014/06/09/the-japanese-tea-ceremony/
9.  Will Gordon. (2016). CAFFEINE AND SPORTS PERFORMANCE. Mountain Strong. dipetik dari http://www.mountainstrongdenver.com/caffeine-and-sports-performance/