4.8.17

2 Jenis Manusia | Kopi vs Teh


Apa beza kopi dan teh? Sebelum tu kita tengok dulu apa itu kopi? Kopi adalah minuman yang dibancuh dari biji kopi yang dibakar, dari buah kopi dari pokok spesis coffea[1] seperti Coffea Arabica dan Coffea canephora.[2]

Coffea arabica L [6]

Jadi, apa pulak yang dikatakan teh (atau tea) ni? teh adalah sejenis minuman yang dihasilkan apabila air panas dicampur dengan daun yang diproses[3], selalunya dari jenis Camellia sinensis dan Camellia sinensis​ var. assamica. [4]

Camellia sinensis [7]

Personality : kopi vs teh


The World of Caffeine: The Science And Culture of The World’s Most Popular Drug


Dalam sebuah buku yang ditulis oleh Bennett Alan Weinberg dan Bonnie K. Bealer yang bertajuk “The World of Caffeine: The Science And Culture of The World’s Most Popular Drug”[5] mendakwa peminat kopi dan teh selalunya akan mempunya personality yang berbeza, malah, ianya berlawanan. 

Perbezaan ini secara umumnya dapat dilihat dalam perwatakan dan minat yang berbeza antaranya dari segi muzik, penampilan, malah dari cara hidup. Weinberg dan Bealer mengkatagorikan peminat kopi dan teh seperti berikut :

Kopi
Teh
Male
female
Yang
Yin
Beethoven
Mozart
Casual
Formal
American
English
Morning
Afternoon
Excess
Moderation
Common
Refined
Extroverted
Introverted
Earthiness
Spirituality
Doing
Thinking

Caffeine : kopi vs teh 


Walaupun ianya hanya secara general dan tidak semua orang sebegitu, namun dari segi saintifik kita boleh lihat pengaruh ini datang dari bahan kimia aktif yang terdapat pada kedua-dua minuman ini iaitu caffeine!

caffeine

Walaupun caffeine selalunya dikaitkan dengan kopi, tetapi teh juga sebenarnya mengandungi caffeine walaupun tidak sebanyak kopi. Dalam secawan teh, terdapat lebih kurang 40% caffeine berbanding caffeine dalam secawan kopi.

kandungan caffeine dalam minuman [9]

Caffeine terkenal sebagai stimulant (perangsang) di dalam system saraf dalam badan menjadikan mereka yang mengambil lebih banyak caffeine lebih aktif.

Sebab itulah selalunya orang yang gemarkan kopi yang lebih banyak caffeine akan lebih aktif dan lebih banyak melakukan kerja. Manakala penggemar teh yang mempunya kandungan caffeine yang rendah membuatkan peminumnya lebih tenang dan dapat berfikir secara lebih jelas.     

Terdapat satu kajian yang dilakukan di UK dimana hasil kajian tersebut mendapati peminat kopi secara statistiknya lebih kaya berbanding penggemar teh. Hmm... Tak hairan lah kalau harga kopi di kedai-kedai hipster sangat mahal. kan? hahaha.. 

Kopi vs teh : Pengaruh Budaya


The Japanese Tea Ceremony [8]

Perlawanan antara kopi dan teh ada kalanya bergantung kepada budaya sesebuah Negara atau kawasan. Sebagai contoh, rakyat dari negara seperti England, turki, dan China lebih banyak meminum teh manakala Negara seperti USA, Itali dan brazil lebih sinonim dengan minuman kopi. [5]

Manakala Di Malaysia, kopi dan teh selalunya dikaitkan dengan minuman pagi dan yang paling popular antara kedua ini semestinya teh tarik dan kopi ‘o’. 


Kopi vs teh : Pengaruh genetik



Ada kalanya selain personality, factor genetic juga mempengaruhi pilihan antara teh dan kopi. Sebuah kajian yang dijalankan di Harvard School of Public Health mendapati terdapat 6 kawasan pada DNA yang dikesan mempengaruhi pemilihan antara kopi dan teh.

Hal ini mungkin kerana DNA tersebut mempengaruhi badan sama ada ianya memerlukan lebih (atau kurang) caffeine. Atau mungkin juga kerana setiap orang tidak mengalami tindak balas yang sama dalam badan apabila badan didedahkan dengan caffeine.   

Kopi vs teh : yang manakah anda?


Aku sebenarnya lebih kepada penggemar teh. Tapi minum je kopi tu, dengan syarat kopi bersusu (with cream) la. Kopi ‘O’ tak layan. kalau teh, susu ka, ‘O’ ka, tak bubuh gula pun boleh telan! Sebab tu dah banyak kali aku ride naik moto pi Cameron highland. Selain pi layan koner, pi pekena teh kat atas tu memang sangat best!


Korang pulak macam mana? Kopi atau teh?

p/s : awak, awak suka nescafe kan?


sumber dan rujukan:
1. wikipedia : coffee. dipetik dari https://en.wikipedia.org/wiki/Coffee
2. wikipedia : coffea. dipetik dari https://en.wikipedia.org/wiki/Coffea
3. wikipedia : tea. dipetik dari https://en.wikipedia.org/wiki/Tea
4. wikipedia : Camellia sinensis. dipetik dari https://en.wikipedia.org/wiki/Camellia_sinensis
5. Ronnoco Coffee. (2016). Beverage Personalities:  Coffee People vs. Tea People. dipetik dari https://www.ronnoco.com/blogs/news/beverage-personalities-coffee-people-vs-tea-people
6. Kew Science. Coffea arabica L.dipetik dari http://powo.science.kew.org/taxon/urn:lsid:ipni.org:names:747038-1
7. Plants Rescue. Camellia sinensis. dipetik dari http://www.plantsrescue.com/camellia-sinensis/
8. Claire Berrisford.(2014). THE JAPANESE TEA CEREMONY. Exploration Online. dipetik dari http://www.exploration-online.com/2014/06/09/the-japanese-tea-ceremony/
9.  Will Gordon. (2016). CAFFEINE AND SPORTS PERFORMANCE. Mountain Strong. dipetik dari http://www.mountainstrongdenver.com/caffeine-and-sports-performance/

29 comments:

  1. macam ada kebenarannya...ada seorang rakan ni memang suka minum teh...dah dia memang nampak cool setiap masa

    ReplyDelete
  2. Zumal peminat kopi tapi orang anggap personaliti zumal ke arah introvert

    ReplyDelete
  3. kopi pilihan pertama..

    dah tiada kopi terpaksa minum teh..

    mak saya suka minum teh.

    ReplyDelete
  4. suka teh dr kopi maybe sbb dr genetik parents kahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti nama anak buh nama Camellia .. hahaha.. nama saintifik pokok teh..

      Delete
  5. kecik kecik suka milo, tpi dah xsuka milo, suka susu plak...klu d suruh pilih teh ataw kopi, teh ais la....

    ReplyDelete
  6. RAJIN MENULISDGN RUJUKANYG BANYAK...SESEKALI MINUM TEH JUGA

    ReplyDelete
  7. saya suka teh, tapi sejak diet gula mmg tak minum dah. ganti dgn teh hijau je

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je kalau nk minum teh biasa.. jangan buh gula... hehehe

      Delete
  8. sy mmg suka teh... teh tarik perghhhhhh sejuk ke panas ttp heaven... tp mcm betul je tu?

    p/s br sempat menjengah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi teh tarik manis sangat.. kna order kurang manis..hehe

      Delete
  9. Mrs. A lebih suka kopi daripada teh.
    Amvoiii!!! kopi di kedai hipster tak semestinya la yang minum kat situ hipster.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. gurau je.. ada je yg jenis hari2 nk kna pekena nescafe... x semestinya kopi hipster.. hehe

      Delete
  10. teh, hari2 minum sebab dah terbiasa arwah ayah kena sedia teh je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama.. dlu arway ayah akan masak teh.. dia tak letak air panas tapi dia masak air sekali dengan teh! baru kaw!

      Delete
  11. dua2 aku bedal. tp kalau ada coffee mcm latte, cappucino atau mocha, aku prefer utk pilih coffee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada teh macam masala chai, aku prefer teh.. hehehe

      Delete
  12. Alamak, dua2 saya suka.. kopi pun minum, teh pun minum.. ada dua personaliti ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. x semestinya suka teh akan benci kopi.. cuma ada sesetengah org akan ada preference kearah salah satu lebih dari yang satu lagi..

      Delete
  13. Orang kata masa muda minum teh, bila tua minum kopi. Gv pernah pergi satu kursus, semua yg muda minum teh dan semua yang tua minum kopi. Macam kelakar pun ada. huhu. Reason muda minum teh sebab dorg kata sedap. Orang tua pula minum kopi sebab nak hilangkan mengantuk. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi memang betul.. org tua2 dulu kat kampung mana ada minum teh kat kedai kopi.. nama pun kedai kopi, semua minum kopi..

      Delete
  14. air coway..hahahah...both i suka...sebab tu sukar memahami diri saya,saya pun tak faham diri saya sendiri..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. maksudnya personaliti flexible kot.. mana2 pun boleh..

      Delete