27 Tahun Hidup



Baru baru ni tanggal 26 mac sebenarnya dah cukup umur aku 27 tahun kalau ikut kalender masihi. dah tua dah. hahaha.. so, hepy besday to me!

27 Tahun Hidup


sambut besday dengan hiking bukit tokun.
lihat entri yana untuk cerita penuh disini :
Hiking di Ceruk Tokun Buat Pertama Kali

saja aku hide tarikh besday aku kat facebook. nak tengok siapa yang betul-betul care. hahaha.. poyo betol. tak de la. niat asal aku sebab bila usia semakin meningkat ni, aku rasa tarikh besday ni macam sesuatu yang tak ada makna apa-apa, terutamanya kat facebook.

hari tu la penuh wall kau dengan wish besday yang selama ini tak pernah tegur pun. malah ada yang tak kenal pun. hahaha.. aku tau ada sesetengah wish tu memang datang dari hati orang yang wish, tapi aku rasa ada sesetengah tu cuma wish sekadar tulisan tak bermakna.



itu apa yang aku rasa la masa aku tak private-kan tarikh besday aku tu. masa ni la kita dapat tau sapa yang betul-betul ingat tanpa reminder dari facebook.


A post shared by Pha Is (@phais47) on
hadiah besday untuk diri sendiri

tapi aku tak kisah pun kalau kawan aku tak wish. macam yang aku kata tadi, besday ni aku dah tak ada rasa apa-apa. aku pun bukannya ingat sangat besday orang. hehehe..


tapi, bila ada orang tu masih ingat dan wish besday kita tanpa reminder dari facebook, dia memang bermakna dan betul-betul special dalam hidup kita. contohnya, ada sorang perempuan ni, dia orang pertama yang wish besday aku tahun ni.

boleh bayang tak perasaan dia tu, bila someone yang special ni, walaupun tanpa reminder fb, masih tetap ingat dan wish besday kita. wish yang macam ni baru bermakna.

nak tau siapa perempuan tu?

dia la mak aku..

Comments

  1. Setuju dengan statement ' sesetengah wish sekadar tulisan tak bermakna'. Bukan dekat FB aje dekat groups WhatsApp pun sama. Bila sorang wish habis ramai follow dah tu C&P jer pulak tu lagilah tak menyentuh hati dan perasaan.

    Anyway happy belated birthday semoga sejahtera di dunia dan juga di akhirat.

    ReplyDelete
  2. Eh, still muda apa, bujang trang tang tang lagi kan.
    Semoga umur yg ada adalah umur yg berkat dan diredhai Allah swt.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Lahir buat Pha Is..
    Ni pasti akan ingat sebab tarikh lahir Pha Is sama dengan mak akak.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  4. HAPPY BIRTHDAY PHAIS MOGA SHT SJHTRA, BHGIA SELALU, MURAH REZKI PNJG USIA..

    ReplyDelete
  5. biasalah kalau dah makin dewasa ni kita tak boleh nak expect orang ingat bday kita..even kita sendiri tak ingat bday orang...(tapi dalam hati nak la gak orang wish kan..hahaha)....anyway pibesday awak..semoga Allah memberkati hidup awak, dikurniakan rezeki yang melimpah dan diberi keberkatan waktu untuk beramal dan beribadah...

    ReplyDelete
  6. happy belated besday.... betul.. saya pon privatekan kt fb... segan org dok wish besday kt fb..

    ReplyDelete
  7. untung lah baru 27 tahun. tak lama lagi giliran aku lak, yg dah melangkah ke 3-series...

    ReplyDelete
  8. Happy belated birthday Pha is.. semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, bertambah rezeki dan diberkati... aamiin :)

    ReplyDelete
  9. Happy belated besday Pha Is. GV doakan semoga Pha Is sentiasa bahagia dunia akhirat. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete
  10. "bila usia semakin meningkat ni, aku rasa tarikh besday ni macam sesuatu yang tak ada makna apa-apa " - saya pun merasa sedemikian bila usia makin tua ni.. huhu.. budak-budak sangat suka lah party-party birthday semua..

    and saya pun turut merasa terkilan bila sesetengah tu hanya wish sekadar tulisan (even ada yang copy paste dari wish kawan2 yang lain) tanpa makna.. huhuhu.. just same like u

    ReplyDelete
  11. tapi boleh sangat dah kawin ni ... dulu kawin, encik suami 27 lah :)

    ReplyDelete
  12. sanah helwah abg pais. moga lekas sua kad wangi :D

    ReplyDelete

Post a Comment