Skip to main content

Penang 5D Interactive World


5D Interactive World


Macam yang aku dah cakap dalam entri lepas yang bertajuk "Teddyville Museum", Penang ni sememangnya kaya dengan muzium yang tumbuh bercambah subur sejak baru-baru ni. semua best-best. tapi kali ni aku nk try bawak korang merasai pengalaman ke 5D Interactive World.

Apa yang dimaksudkan dengan 5D? sebenarnya galeri ini berkonsepkan 5D-Methodology, iaitu menafsir (define), mereka (design), membangun (develop), membetul (debug) dan menyampai (deliver).

Galeri ni baru je dibuka pada penghujung tahun 2015. apa yang ada dalam 5D Interactive World ni? dalam ni ada 5 zon berbeza. setiap zon ada membawa mesej yang tersendiri. antaranya

Zon Alam Sekitar



Rata-rata kebanyakan muzium yang aku pergi kat penang pun ada membawa mesej alam sekitar ni. sebuah mesej yang penting. so, sesuai kalau nak bawak budak2 sekolah buat rombongan sambil belajar kat sini. tak bermakna orang tua-tua bangka macam aku ni tak boleh ambil pengajaran sekali. hehe..

Zon Animasi



kat sini best. boleh beraksi mengikut kreativiti dan imaginasi masing-masing.. contohnya mostly untuk gambar atas kiri tu orang ambil gambar dengan posisi tengah "power up", atau buat kuasa psychic. tapi aku buat "superhero landing". tadaa..!

instagram aku. sila la follow yer.. hehehe

Zon Magik



zon ni ada prob yang boleh nampak macam korang buat magic. contoh gambar atas ni buat magik nampak macam terapungkan orang yang tengah baring tu. dan lagi satu, ada pose yang nampak macam korang terapung sambil pegang tongkat bajet wizard tua yang ada banyak power.

err.. chidori dan rasengan tu cuma penambahan dalam bentuk CGI je okay.. hehehe

p/s : Chidori dan Rasengan :  jutsu (move) yg diguna pakai oleh 2 watak utama anime naruto, uzumaki naruto dan uchiha sasuke

Zon Arca



dia macam 3d printer la konsep dia. macam-macam bentuk yang korang boleh buat. bawah kiri tu ada nampak macam muka zumal tak? hehehe...

Zon Tanah Liat



kat sini rasanya budak-budak paling seronok. tapi orang tua-tua bangka pun seronok jugak.. hehehe..Itu bukan plasticine okay, tapi tanah liat betul-betul, yang orang gunakan untuk buat bikar tu. kalau korang nak, diorang boleh bakarkan dan jadi keras.

Penang 5D Interactive World


ada beberapa lagi sudut yang tak cukup ruang kalau nak masukkan gambar semua. kalau korang nak try, boleh terjah sini. nak lagi best, buat pakej terjah muzium-muzium kat penang macam yang kami buat. baru berbaloi datang / jalan-jalan kat penang. senang je nak cari Penang 5D Interactive World ni...


5D Interactive World
29-F Jalan Dato Keramat
10150, George Town,
Penang.

Phone: 04-218 9676 @ 010-818 1089

google/waze : 5D Interactive World
coordinate; 5°24'48.01"N 100°19'36.91"E   @  (5.413336, 100.326919)

Facebook: https://www.facebook.com/Ace5D/
Website: www.ace5d.my
Email : info@ace5d.my

Opening Hours : 9am - 6pm, Tuesday to Sunday.
(Closed on Monday unless it's a public or school holiday)


Ticket Prices/Entry Fees:

Dengan Mykad
Dewasa : RM18
Kanak-kanak dan warga tua (60 tahun dan keatas) : RM13

Standard:
Adult : RM30
Child : RM20

Comments

  1. Eh muka Zumal ke tu atau saka? Hehe...

    ReplyDelete
  2. Wahh macam macam dah ada dekat Penang ! Bestnya !

    ReplyDelete
  3. wah ni tarikan terbaru ni...kena pergi tengok!

    ReplyDelete
  4. betul juga...setiap muzium di penang banyak berikan sesuatu untuk pembelajaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. x de la pergi ambik gambar saja.. ada la jugak input mesej yg nk disampaikan..

      Delete
  5. 5D pulak..jenuh nak beraksi..hehehehe

    ReplyDelete
  6. 3D pon jarang pergi inikan pulak nak berlimaD
    memang tak laaaaa kot
    hahaha ^_^

    ReplyDelete
  7. tudiaaa selfie sakan. hahahaha
    awat nampak chubby

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. mmg best.. nk tahu kna datang sendiri..

      Delete
  9. Banyak sangat muzium kat Penang ni kan.

    ReplyDelete
  10. Wow bestnya... menarik n harga pun berbaloi... kena pergi ni nanti klu ke sana.. thanks sharing bro :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai2 penang.. dah sampai rojer.. hahahah
      u're welcome..

      Delete
    2. mai bagitau la KK...hehe saja tolong tambah skit hehe

      Delete
    3. tu la.. dok kenai kat blog ja.. kalau boleh jumpa sua muka, baru sempoi..

      Delete
  11. Musim cuti sekolah ni eloklah bawa anak2 melawat sneka muzium yg banyak terdapat di Penang...

    ReplyDelete
  12. Menarik.. satu hari nanti pasti akak akan ke Penang.. mungkin masa kenduri Pha Is.. sape tau kan.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaha...
      mana tau kan..
      hmmm...

      Delete
  13. pehhhh mcm menarik je! tak tahu laa bile e'in nak sampai penang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai la singgah penang..
      dah sampai nnti rojer.. hahaha

      Delete
  14. Best pulak muzium dalam entry ni :)

    ReplyDelete
  15. hihi boleh masukkan dalam list muzium wajib singgah ni.

    ReplyDelete
  16. tapi kalau nak pi tempat cam ni. orang tu pun kena pandai gayakan mengikut watak. kalau tidak nampak tak kena pulak ekekeke.

    tapi gambar pha is denga arz tu best!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

Gaji Ahli Farmasi

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal