7.3.14

jika tidak terdaya dengan bebanan



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah."

"Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami."

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya."

"Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami."

"Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

(Al-Baqarah, 2:286)


amiin..


salam jumaat..

68 comments:

  1. Ayat ini antara penguat hati akak berdepan dengan pemergian Yanie...

    ReplyDelete
  2. In Shaa Allah.. yang pnting jgan pnah bputus asa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. jangan berputus asa dengan rahmat Allah.. :)

      Delete
  3. thanks pha is for the share...ini kata kata semangat nie...

    ReplyDelete
  4. Allah itu maha adil...InsyaAllah segala ujian yg diberi ..kita mampu mengatasinya...btw biskut tu sgt sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..
      erk..? mana tahu? dah makan ke biskut tu..? hehehehhe

      Delete
  5. Allah memberi ujian setakat apa yg mampu kita tanggung je..Dia maha mengetahui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. Allah tak zalim, Allah maha adil.. dia tahu setakat kemampuan hamba2Nya..

      Delete
  6. Subhanallah.. semoga Allah sentiasa memberi ketabahan & kekuatan kpd kita semua dlm menempuh ujian kehidupan ini... aamiin. Salam Jumaat Pha Is.. :)

    ReplyDelete
  7. amin..moga allah makbulkan doa kita semua..inshaallah..

    ReplyDelete
  8. "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya"(T.T) semoga mendapat kebaikkan serta dapat hindar dari kejahatan....

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.. salam jumaat pha is..

    ReplyDelete
  10. Segala yang diturunkan oleh-Nya itu semuanya dalam pertimbangan-Nya. Moga kita sentiasa reda dan muhasabah diri.

    ReplyDelete
  11. yup,betul tu..Allah uji sebab Allah tahu kita tabah menghadapinya..Allah Maha Penyayang dan Maha Mengetahui..yg penting sentiasa bersyukur..

    ReplyDelete
  12. Amin..Aminn..Amin..Allah dah berjanjikan tidak akan menguji seseorang diluar batas kemampuannya...

    ReplyDelete
  13. teima kasih diatas perkongsian...

    ReplyDelete
  14. perkongsian yg sangat bermakna...benar ujian Allah itu penuh hikmahnya yg tersembunyi in sya Allah..

    ReplyDelete
  15. Allah hanya menduga kita setakat mana yang kita mampu tanggung.. salam jumaat pha is.. semua burung biru je yang keluar.. menabung 8share nenek yang rock.. :D

    ReplyDelete
  16. amin!salam jumaat pha is.. :D

    ReplyDelete
  17. insyaAllah.. kuatkan semangat semua pasti boleh.. hihi

    ReplyDelete
  18. Allah itu adil,
    just keep on faith :)

    ReplyDelete
  19. Allah mengetahui ape yg terbaik utk umatnya,,salam jumaat pha is

    ReplyDelete
  20. Semoga kita kuat walau apa jua dugaan sekalipun . Salam Jumaat Abg Pha Is :)

    ReplyDelete
  21. Allah uji kita mengikut kemampuan kita :)

    ReplyDelete
  22. Sejauh mana kekuatan kita, setara itulah Tuhan akan menguji..

    ReplyDelete
  23. bersangka baik pada-Nya.. akan ada kebaikan disebalik keburukan.. kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. segala ujian Allah ada hikmahnya... bersangka baiklah atas segala apa yg diberi olehNya.

      Delete
  24. Allah swt tidak akan menguji seseorang lebih dari kemampuannya. Bersyukurlah...kerana ujian itu tanda kasih Allah swt kepada kita.

    ReplyDelete
  25. sebab tu kita baca ayat ni setiap lepas sembahyang Maghrib dan Subuh... atau kalau boleh setiap selepas sembahyang yang lain... tapi saya amal yang lepas Maghrib dan Subuh saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. kalau kat surau saya, kadang2 je baca ayat ni masa wirid, bergantung kepada siapa yg jadi imam..

      Delete
  26. amin, apa yg penting kita jgn pernah putus asa dengan rahmat allah^^

    ReplyDelete
  27. yup..Allah takkan membebani seseorang tu melebihi tahap kemampuannya..=)

    ReplyDelete
  28. Amin.. beban yang Allah berikan bermakna dia ingat pada kita.. supaya kita memohon pertolongan darinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. saat kita kealpaan, dia turunkan dugaan, supaya kita igt padaNya..

      Delete
  29. betul tu... jangan pernah berputus asa dan berprasangka tidak baik.. teruskan berusaha dan berdoa :)

    p/s: tertarik dengan gambar tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. bersangka baiklah dengan Allah.. setiap sesuatu itu ada hikmah disebaliknya.. :)

      Delete
  30. Alhamdulillah zumal pun masih mampu membawa tanggungjawab yg diberi dan tak anggap ia sbg beban

    ReplyDelete
  31. amin ya rabbal alamin. moga kita sentiasa dilindungi..

    ReplyDelete
  32. Nice N3, Doa tu mmg bagus utk dikongsi dgn org ramai.......;-)

    ReplyDelete
  33. Rahmat Allah itu luas.. dan moga kita semua dilindungiNYA.. ;)

    ReplyDelete
  34. salam isnin bro, isnin baru komen sebab friday aritu aku agak sibuk..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. rilex2.. aku balas komen ni pun hari ahad berikutnya.. hehehe..
      take ur time.. hehehe

      Delete
  35. sentiasa berfikiran positf, insya-Allah hati pun akan tenang.. lepas refrsh dapat menabung visa... :D

    ReplyDelete
  36. aminn... semoga segala usaha kita diberkati

    ReplyDelete
  37. Ayat ini juga doa yang terkandung dalam al-Mathurat sebab itu ada orang yang baca waktu Subuh dan Maghrib.

    ReplyDelete