Monday, January 12, 2015

Azam Blog 2014 Gagal

alhamdulillah.. sekarang dah masuk tahun baru, tahun 2015. dan aku sudahpun masuk umur 25 tahun. umur kahwin. sebab nabi kan berkahwin dengan Khadijah masa baginda umur 25 tahun. just sayin'...

okay, berbalik kepada tajuk. tahun lepas aku ada anjurkan segmen azam blog 2014. segmen yang memerlukan peserta menyenaraikan azam untuk blog masing-masing untuk tahun 2014. jom kita tengok azam blog 2014 aku, mana yang dah tercapai, mana yang belum.

Azam Blog 2014 Gagal



1.  apply adsense sampai dapat
malangnya, tahun lepas aku langsung tak apply google adsens. tak tau kenapa. malas kot.

2. domain sendiri
dan url aku pun sampai sekarang masih lagi ber-[dot]blogspot[dot]com. tak ada mood nak tukar nama domain lagi.

3. follower mencapai 3k google friend connect dan 2k untuk G+
follower blog semasa entri ini ditulis : 1848 (tak mencapai)
follower G+ semasa entri ini ditulis : 2499 (alhamdulillah, tercapai)

4. unique visitor minimum 300 daily
yang ni bergantung kepada counter mana yang aku pakai. kalau pakai nuffnang punya counter, alhamdulillah, secara puratanya boleh dikatakan mencapai.

banyak betul azam yang tak tercapai. aku rasa sebab utamanya kerana kekangan internet. sejak bulan ogos tahun lepas, aku cuma dapat online dalam seminggu sekali je. masa tu la aku gunakan untuk tulis entri untuk di-auto published-kan dan masa tu jugak la aku gunakan untuk BW, mana yang sempat je.

tahun 2015 ni, tak tau lagi macam mana. tengok dulu lepas aku dapat kerja kat hospital nanti macam mana. kalau aku tak sibuk dan minat berblog aku masih ada, baru aku akan tumpu balik kepada blog ni.

hmmm...


33 comments:

  1. Teruskan usaha.. semoga tahun ini dapat mencapai kejayaan dgn lebih cemerlang lagi... aamiin.

    ReplyDelete
  2. teruskan berblog.....boleh le kita berkawan...

    ReplyDelete
  3. Jangan jadikan blog sebagai bebanan tetapi jadikan satu minat dan hobi... Lakukan untuk keseronokan dan persabatan.

    ReplyDelete
  4. Pha Is,

    Azam nak grad tahun 2014 tu dah tercapai kan? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. yg tu dah tercapai...

      Delete
    2. Saudara abdoss, terima kasih follow blog saya :)

      Delete
  5. GAGAL TAHUN LEPAS JAYAKAN TAHUN INI....INSYA ALLAH.

    ReplyDelete
  6. SELAMAT MALAM..RINDUNYA NAK BLOGWALKING....LAMA TAK SINGGAH SINI..
    JOM TERJAH BLOG SYIRA - PENCARIAN SPONSOR :D

    ReplyDelete
  7. jika follower dah mencecah 2K is amazing...

    ReplyDelete
  8. azam tu bawa ke depan je. usaha utk capai wlaupun lmbat ;p

    ReplyDelete
  9. Teruskan usaha untuk 2015 yer Pha Is... All the best ^-^

    ReplyDelete
  10. ala rileks laa...mc kita jugak ni belum tercapai apa2..bak kata shahazeiy sam dlm adnan sempit it is fail it is failll...hahahahahhha

    ReplyDelete
  11. tak gagal mana la. ok je. usaha lebih tahun ni. caiyok :)

    ReplyDelete
  12. xpe.. gagalnye tahun lepas. azam balik tahun 2015.. chaiyok2

    ReplyDelete
  13. follower2 saya x cecah angka2 tu lagi ... menulis kerana minat . jadi ianya tak rasa mebebankan ...

    ReplyDelete
  14. boleh sambung azam 2014 tu ke 2015 pulak..insyaAllah, berjaya jika rajin berusaha.

    ReplyDelete
  15. ada juga yg tercapai tu...tak per...teruskan usaha dan mantapkan strategi tuk mencapai target tu...

    kahwin jgn lupa jemput...hehehe :)

    ReplyDelete
  16. Ok la tu,ada juga yg tercapai kan... :)

    ReplyDelete
  17. takpe,boleh carry forward semua tu..moga tahun ni dapat capai yer..;)

    ReplyDelete
  18. bawa je azam tu ke tahun ni. mesti boleh punya..

    ReplyDelete
  19. in shaa allah azam pha is akan tercapai.. jgn putus asa

    ReplyDelete
  20. Sikiitt je lagi tu..isyaAllah boleh..never give up!

    ReplyDelete