alhamdulillah.. sekarang dah masuk tahun baru, tahun 2015. dan aku sudahpun masuk umur 25 tahun. umur kahwin. sebab nabi kan berkahwin dengan Khadijah masa baginda umur 25 tahun. just sayin'...

okay, berbalik kepada tajuk. tahun lepas aku ada anjurkan segmen azam blog 2014. segmen yang memerlukan peserta menyenaraikan azam untuk blog masing-masing untuk tahun 2014. jom kita tengok azam blog 2014 aku, mana yang dah tercapai, mana yang belum.

Azam Blog 2014 Gagal



1.  apply adsense sampai dapat
malangnya, tahun lepas aku langsung tak apply google adsens. tak tau kenapa. malas kot.

2. domain sendiri
dan url aku pun sampai sekarang masih lagi ber-[dot]blogspot[dot]com. tak ada mood nak tukar nama domain lagi.

3. follower mencapai 3k google friend connect dan 2k untuk G+
follower blog semasa entri ini ditulis : 1848 (tak mencapai)
follower G+ semasa entri ini ditulis : 2499 (alhamdulillah, tercapai)

4. unique visitor minimum 300 daily
yang ni bergantung kepada counter mana yang aku pakai. kalau pakai nuffnang punya counter, alhamdulillah, secara puratanya boleh dikatakan mencapai.

banyak betul azam yang tak tercapai. aku rasa sebab utamanya kerana kekangan internet. sejak bulan ogos tahun lepas, aku cuma dapat online dalam seminggu sekali je. masa tu la aku gunakan untuk tulis entri untuk di-auto published-kan dan masa tu jugak la aku gunakan untuk BW, mana yang sempat je.

tahun 2015 ni, tak tau lagi macam mana. tengok dulu lepas aku dapat kerja kat hospital nanti macam mana. kalau aku tak sibuk dan minat berblog aku masih ada, baru aku akan tumpu balik kepada blog ni.

hmmm...