Skip to main content

Bahagia

Di sebuah kawasan bandar di utara tanah air, seorang lelaki duduk bersembang dengan bebrapa gelandangan di sana. kemudian, datang sekumpulan 3-4 orang diketuai seorang perempuan, memberi makanan kepada beberapa homeless di sekitar kawasan tu.

kemudian, perempuan tu datang dekat lelaki tadi yang lepak sekali dengan pakcik-pakcik tu untuk diberikan makanan.


Perempuan : Encik berdua dah makan? Saya ada bawakan sedikit makanan. ( sambil dihulurnya makanan kepada pak cik dan lelaki tu.)

Lelaki : tak pa la, saya bukan homeless, bagi la dekat orang lain. Saya saja je duduk sembang-sembang kat sini..

Perempuan : Rasanya yang lain semua dah dapat dah. dah alang-alang ada lebih, ambik la...

Lelaki : Betul nie? Terima kasih la. Kebetulan lapar pulak.. hahaha.

Perempuan : Ambik je. Saya masak sendiri nie. Panas lagi..

kemudian, lelaki tu perhati perempuan tadi pergi kepada setiap homeless di sekitar tempat tu sambil tengok diorang makan. kemudian, perempuan tu seperti menanyakan sesuatu kepada setiap homeless disitu. sehinggalah akhirnya, perempuan tu datang kembali kepada si lelaki ni tadi.

Perempuan : Macam mana, sedap tak? Kalo kurang, sorry la na...

Lelaki : Eh, sedap2.. hahaha.

Perempuan : : Apa yang awak rasa masa tengah makan nie..?

Lelaki : (Dengan mulut penuh makanan) Saya rasa..urmm..rasa BAHAGIA.. haha..

Perempuan : Awak tahu, saya dah banyak kali bagi makanan pada mereka2 ni. Kemudian saya tengok diorang makan. saya rasa seronok sangat. lepas tu, saya akan tanya diorang apa yang mereka rasa lepas makan. Setakat nie yang jawab semuanya cakap sedap, kenyang, seronok. Tapi sebenarnya saya tunggu 1 jawapan ni saja. Akhirnya, keluar jugak jawapan tu. Tapi saya tak sangka jawapan tu keluar dari mulut awak...

kemudian perempuan tu berlalu pergi meninggalkan lelaki tersebut termenung keseorangan...



dipetik dan diolah dari : 
Wan Nashrullah Muhamad. (2013 Nov. 28). facebook status. retrieved from https://www.facebook.com/WanTaiping92/posts/612680318779019

Comments

  1. nice story.. kalau aefa pon aefa akan jwb sedap dan kenyang huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah... BW pun akan jawab sedap. tak pernah la cakap bahagia kat org lain. cakap bahgia kat suami adala hehe :p

      Delete
    2. hahaha.. itu mmg bahagia sejati BW..

      Delete
  2. bila org masakan kite mmg kebanyakkan akan kate sedap atau pon bg komen..ssh nk dgr bahagia..tp kepuasan bile kite bg owg mkn ni lain..seronok ;)

    ReplyDelete
  3. Entri ini memang punyai maksud tersendiri...
    cik akak suka baca...Alhamdulillah...Bahagia ....
    Bahagia Allah masih memberikan rezeki....
    Bahagia bila ada insan yang memberi....
    Bahagia tanda kita mensyukuri nikmatNYA....
    Bahagia kerana masih mampu melafazkan bahagia....
    Bahagia kerana hati ikhlas menerima dan memberi...

    Alhamdulillah...bahagia itu indah....

    cik akak isi tabungan....:)

    ReplyDelete
  4. rasa bahagia itu mengatasi rasa sedap, kenyang dan seronok.. perkongsian yang menarik pha is.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam bahagia ada kenyang, ada sedap, ada seronok dan lain-lain lagi

      Delete
    2. :)

      bila hati bahagia, semua rasa ni'mat..

      Delete
  5. pengisian yang cukup baik. Terima kasih atas perkongsian ye pha is (^_^)

    ReplyDelete
  6. Rasa bahagia tu lebih mudah untuk dicapai dengan hati yang pemurah. Orang kedekut memang susah nak rasa bahagia.

    ReplyDelete
  7. alaaa..igt berlaku sendiri kat pha is tadi..

    andai bahagia boleh di kongsi..=)

    ReplyDelete
  8. btl itu...bahagia kita bila org ln bahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. tiada bahagia bila kita bahagia hanya bersendiri tanpa org lain..

      Delete
  9. Bahagia perlu dikongsi bersama untuk membuatkan ianya lebih bermakna...

    ReplyDelete
  10. baiknya hati beliau! bahagianya.....

    ReplyDelete
  11. Baru tadi pagi dalam morning talk show tunjuk how social worker here doing some project on alkoholika here. They give these people jobs (cleaning the streets etc) paid with beers (dipantau) and meals. Ulasan dari alkoholika tersebut "now that they have something to do, they have no time to drink". Bagus kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa.. bagus betol.. yup, instead of bagi duit je, lebih baik bagi keje terus..

      Delete
  12. Betul3. Rasa seronok sangat kalau kita dapat buat mereka gembira. Walaupun terpaksa berkorban, tapi bila tengok mereka gembira, bahagia, kita pun tumpang bahagia juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol.. ini baru bahagia yg sebenar..

      Delete
  13. wah wah wah..kalau pompuannya comel dan lelakinya hensem boleh buat drama tu..hihihi, biasala otak melayu saya nih

    ReplyDelete
  14. bahagia sbb ada org bg makanan free.. hehe..

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. itu x dapat nk dinafikan lagi.. heheh

      Delete
  16. Berbahagialah dgn rezeki yg diberikan x kira sedap atau tak.. yg penting rezeki yg diterima dgn ikhlas membuatkan kita rasa bahagia... T kasih diatas perkongsian yg ilmiah ini.. :)

    ReplyDelete
  17. speechless aku dengar komen pakcik tu....

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak cik..? tu komen si "lelaki" tu la..

      Delete
  18. ada maksud yang terpendam dekat sni. kalau hana pown akan jawab sedap. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. rasanya memang ada maksut tersirat.. hehe

      Delete
  19. assalam...mencari teman2 utk berkgsi kbhgiaan...

    ReplyDelete
  20. terlalu tersirat...tapi masih lagi senang difahami.. :)

    ReplyDelete
  21. hubby ai suke bg jawapan yg lain dr yg lain.. klu tnya ape rase makanan.. rase kasih la rase sayang la.. kadang tu rase geram pulak.. hahahaha.. kisah yg simbolik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. so, hampie la dengan lelaki dalam tu..

      Delete
  22. nak bahagia perlu membahagiakan orang lain

    ReplyDelete
  23. bahagia..sebab ada orang yang bagi makanan..sebab tu bila dah kahwin,isteri kena jaga perut suami..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. betol2... kata orang, ikat hati suami melalui perut dia..

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

Gaji Ahli Farmasi

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal