Skip to main content

Kalimah Allah

just nak share sebuah post dari rakan facebook aku berkenaan keputusan mahkamah baru-baru ni tentang penggunaan kalimah Allah untuk orang bukan islam. 

sama-sama kita ambil iktibar...

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *    *  *  *  *  *  *  *  *


Dulu dah pernah tulis pasal ni, tapi rasa takpa kot kalau nak ulang semula. 

Berkaitan isu kalimah Allah, cuba telusuri semula sirah mengenai perjanjian Hudaibiyyah. Bukankah persetujuan itu dimulakan dengan kalimah yang sama, antara musyrikin Makkah dengan mukmin Madinah?

Allah yang dipanggil orang Makkah ada sekutu, Allah yang dipanggil mukmin Madinah pula Tuhan yang Esa. Takrifan dan aqidah yang berbeza, kalimatnya sama. Mengapa ini boleh terjadi? Persoalan yang sendiri kena fikir. 

Jangan salah ertikan post aku sebagai liberal mahupun plural, aku menyokong keputusan mahkamah tempoh hari, tapi lebih dari itu aku lebih menyokong hukum asal berkaitan penggunaannya. Sebab aku ketengahkan beberapa post yang lalu dan sebelum-sebelum ini berkenaan isu yang sama adalah kerana aku muak dengan sikap segolongan masyarakat yang bersikap taksub dan mudah melabel orang lain yang mempunyai pendapat yang berbeza.

Ada yang lebih melampau yang terus menyesatkan ataupun langsung mengkafirkan kumpulan yang mengharuskan penggunaan kalimat ini. Naudzubillahi min zalik. 

Walhal, dalam perkara mubah yang tiada dalil qati'e ini kita dibolehkan berbeza pendapat mengenainya, malah lebih mulia kalau pendapat lain turut diraikan. Aku cukup kesal dengan pentaksub yang laju melabel orang lain dengan gelaran wahabi, liberal, sesat, kafir dsbgnya yang semakin ramai dalam masyarakat kita hari ni. 

Inikah cerminan kematangan pemikiran dan akhlak kita sebagai rakyat Malaysia? Inikah sikap kita sebagai seorang muslim? Haih. Then again, most of our people are like that. 

Harapnya kita berubah. Serius kata. 

*disklaimer: post ini tak ditujukan kepada mana-mana individu mahupun kumpulan yang spesifik. Ini teguran terbuka buat semua.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

maa'ssalamah,
Pha is

Comments

  1. xtau nk komen macam mana...rasanya penggunaan kalimah tu selagi mana tak menjejaskan atau menghina agama Islam, mungkin boleh diharuskan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bak kata UAI, hukum asalnya boleh, tetapi jika penggunaannya bermotifkan untuk menjatuhkan islam atau boleh membawa kemudharatan terhadap islam, orang islam wajib menentang..

      Delete
  2. ianya isu yang serius dan tak boleh dipandang ringan..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. syukur dengan keputusan tersebut.

    ReplyDelete
  4. Rietta sendiri pown xsuka dengan org orgyg suka melabelkan org sesuka hati....tanpa dia sndiri cukup ilmu didada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol.. islam ni agama samawi.. ada kitab, ada ilmu2 dia... kena belajar dulu, bukan boleh main hentam je..

      Delete
  5. Saya sangat sokong keputusan mahkamah kerana penggunaan perkataan Allah itu memang ada sejarahnya tetapi pada saya, kita juga perlu sesuaikan dengan kedudukan ia dinegara kita dan situasi semasa yang mana ia hendak digunakan lebih kepada mengelirukan umat Islam dan bimbang jika umat Islam mudah terpesong.

    Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. saya jugak setuju dgn keputusan mahkamah ni.. contoh keburukan jika nama Allah diselewengkan, seperti di negara indon.. setiap tahun berapa ramai orang islam yg murtad disana...

      tapi kita x boleh melabelkan sekelompk manusia yg menyokong penggunaan kalimah Allah untuk orang bukan islam sebagai kafir dsb.. sbb x ada dalil qat'i berkenaan hal ni dan ianya boleh berselisih pendapat...

      cuma jgn terlalu taksub...

      Delete
  6. Itu la I ada jugak baca pasal isu ni, Islam itu indah, Islam itu mudah, kita yg buat complicated. Ok I pun tak nak cakap banyak kang tak pasal2 kena label, plus ilmu pun tak sampai buku lali pun lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kalau sekadar sampaikan pendapat x pe.. pendapat je pun.. kalau salah, sama2 tegur, bukan sama2 berbalah.... :)

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. ini adalah satu isu yang pada mama sangat serius dan wajar ada tindakan, serahkan pada mereka yang pakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. mahkamah dah tetapkan.. so, lepas ni boleh ketatkan undang2..

      Delete
  9. mereka yg wat keputusan lbh arif tentangnya ... wallahu'alam .

    ReplyDelete
  10. isu nie sangat serius dan tak boleh di ambil ringan. nak2 ia berkaitan dengan kalimah ALLAH dan agama kita. selagi ia tidak menghina agama kita mungkin boleh saja menggunakan kalimah ALLAH kan. hmm thnx sharing ea. semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  11. uish . taktahu nak ulas apa . kesiannya saya taktahu apa2 :'<

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe.. kalau sblum ni x tahu.. lepas baca ni, mesti ada rasa nk tahu lagi.. heheh

      Delete
  12. isu yg sensitif kdg mmg ssh nk bg org fhm kn..

    ReplyDelete
  13. kite faham dgn apa yg phais sampaikan
    tp mungkin ia kurang sesuai utk diamalkan di malaysia ni
    mmg org jew/nasrani ada guna kalimah Allah dalam holly book dorang
    but then kalau kat malaysia ni kurang sesuai sbbnya takut ada mana2 pihak cuba selewengkan agama kita utk kepentingan agama mereka
    jika mahkamah luluskan penggunaan Allah pada mana-mana agama mungkin faktor MURTAD bakal berleluasa
    sebabnya mereka beri alasan agama lain pun guna Allah sebagai tuhan mereka.
    So lebih baik mencegah sekarang dari mencegah kemudian kan ;)
    Just my two cents :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. btol tu... masalah utama yg berlaku kat malaysia skrg ni, sbb x nk menimbulkan kekeliruan.. cntohnya, bila gereja disebut "rumah Allah"... tak ke budak2 jadi keliru..
      memang keputusan mahkamah tu dah memang molek. cuma kita ni kalau boleh kena belajar, kena berilmu.. tak bleh ikut je... kena tahu hukum asalnya dan sebab musabbabnya....

      Delete
  14. pendapat masing masing memang tak sama. jangan gaduh gaduh ye tak baik:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. that's the point... jgn berbalah.. jgn cepat menghukum.. kaji dulu dengan ilmu.. :)

      Delete
  15. isu sensitif. tapi kena ambik tahu gakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. isu umat islam kena ambik tahu jugak.. tmbah2 yg sensitif mcm ni..

      Delete
  16. Masyarakat Malaysia khususnya Melayu memang suka label-melabel ni...

    'Redha' je la...

    Saya juga setuju dengan keputusan mahkamah tu, tapi bukan kerana kalimah Allah itu eksklusif untuk umat Islam, tetapi atas sebab lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. btol. atas sebab kemaslahatan umat... kita tak benarkan kalimah Allah orang bukan islam dan indon pula benarkan perkara ni. tak bermaksud kita lebih bagus dari diorg.. ianya mengikut keadaan tempat semasa...

      Delete
  17. tak berani nk komen tentang isu ni, takut nanti terbicara secara emosi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay... yg pnting, kena berbicara dgn ilmu...

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi