Skip to main content

Reblog Bersama Puteri Kasih Tentang Naked

prolog* :
entry ini adalah sebuah segmen yang dibawakan khas kepada anda oleh Puteri Kasih. aku dikehendaki menulis tentang perkataan pertama yang aku ternampak dalam crossword puzzle disini. dan perkataan pertama yang aku jumpa adalah "NAKED".

naked? apehal perkataan naked yang aku ternampak dulu ni? lucah betol otak aku nih. heheh.. korang jangan salah faham. naked yang aku nak cerita disini bukanlah naked terdedah tubuh badan, tapi naked yang aku nak cerita adalah naked yang terdedah enjin motosikal.

pernah dengar pasal naked bike? dia macam sport bike, tapi enjin dia terlanjang. meh aku tunjuk contoh.

fairing, white
kawasaki ER6F
kawasaki ER6F tergolong dalam katagori sportbike (kalau tak silap aku). huruf "F" pada ER6F tu merujuk kepada kewujudan fairing system pada motosikal ni yang seolah-olah 'menutup' enjin motosikal.

naked, white
kawasaki ER6N
kawasaki ER6N pulak katagori naked bike. huruf "N" pada ER6N merujuk kepada perkataan NAKED. disebab dia tak ada fairing system, korang boleh nampak enjin, radiator, dan 2 pangkal batang ekzos dengan jelas tanpa tertutup. dalam erti kata lain, bahagian enjin dia agak terdedah dan "terlanjang".

contoh yang lain :

orange, special edition
kawasaki ninja 250r 2014

white
yamaha xj6n 2013

nampak kan perbezaan antara kawasaki ninja dan yamaha xj6 ni ? mesti dah boleh agak dah yang mana naked bike antara dua motosikal ni. kalau tak boleh bezakan lagi, tak tau la.. hehhe..

sekarang, aku lebih minat naked bike. sebab dia lebih "sexy". hehehe...




*maksud prolog :
1. kata-kata atau bahagian pendahuluan kpd sandiwara atau pidato, pembukaan kpd cerita sandiwara dll;
2. peristiwa pendahuluan (permulaan).
(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Comments

  1. nasib baik motor.. hehe.. good luck ya.. :D

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. R kalau tak silap merujuk kepada "Racing".. kalau x silap la..

      Delete
  3. thank you sudi join segmen di blog puteri.. :)

    pernah dengar perkataan naked bike..tapi sebelum ni tak tau apa maksudnya. Sekarang dah faham dah. Memang sexy lah naked bike tu...hehehe :)

    ReplyDelete
  4. nampak bike je blur kejap...camne la boleh byk gila jenis..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x banyak sangat pon.. ada beberapa jenis je..

      Delete
  5. ..kalau tgk moto mcm ni, mst ckp " waaaahh , cantiknya"..tp stkt tu je la..xtau dh asal usul or nama dia hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh.. x pe.. input baru.. lain kali kata mcm ni : "waa.. lawa yamaha xj6 naked tu.. dengan bunyi 4-inline, ditambah dengan ekzos yoshimura r-55 lagi..."
      hehehe

      Delete
  6. aku pun suka yang naked tu..nampak lagi mengancam

    ReplyDelete
  7. ingatkan nak buat entri naked yg lg satu tuh...

    ReplyDelete
  8. br tau psl naked bike...mmg nmpk smart..

    ReplyDelete
  9. ha3..terbaik =) ambe suka naked bike ni..style lak nmpak..kawasaki z1000..mmg idaman la..

    ReplyDelete
  10. selalu dengar en. BF membebel pasal ni.. tapi tak paham pun sebenarnya.. iyekan aje.. haha!

    p/s : singgah baca dari blog sis Puteri.. :)

    ReplyDelete
  11. Memang ada hasrat nak beli sebuah Naked bike ni...entah bila agaknya..!

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi