Skip to main content

jejak kerachut 5 : nostalgia KeKAS 2006

pantai kerachut (coordinate: 5°27'3.89"N, 100°10'56.67"E)

lebih kurang jam 1315 tengah hari macam tu, baru kami berjaya menjejakkan kaki di pantai kerachut setelah 2 jam 15 minit perjalanan. kalau diikutkan, kami dah lari dari perancangan asal, yang sepatutnya dijangka tiba pada jam 1230 tengah hari.

tak pe lah. janji sampai. Alhamdulillah....

pabila sampai, tetiba aku diselubungi perasaan nostalgia yang menggamit perasaan. kali terakhir aku di pantai kerachut, hampir 7 tahun lalu, masa menjalani perkhemahan KeKAS (kem kesedaran alam sekitar) anjuran Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang tahun 2006.

KeKAS 2006. aku yang berbaju biru tu. baju tu pun aku masih ada sampai sekarang.

tak silap aku, kem tu adalah perkhemahan pertama aku setelah 4 tahun bergelar budak sekolah agama lelaki sahaja. so, boleh diakatakan kem tu 'kejutan' pertama aku.

bila aku tengok tapak khemah, tengok balai tempat kami berkumpul masa kem dahulu, banyak kenangan-kenangan aku kat situ. tempat aku bagi 'kuliah maghrib' buat pertama kali kepada bukan pelajar sekolah aku. tempat aku buat persembahan boria, dan banyak lagi. ada lagi 1 peristiwa kat balai tu yang sangat-sangat awkward, sampai aku tak sanggup aku nak cerita kat sini.

bila tengok tasik meromektik, teringat masa kami kena redah tasik tu dengan mata tertutup (macam dalam gambar kat atas tu). redah dengan selut sampai tahap paha, sampai kasut tu aku terpaksa buang sebab penuh berselut. nasib baik kasut murah.

kemudian ada satu game yang macam explorace, tapi kami mencari check point hanya berbekalkan bearing kompas. tak tau macam mana group aku boleh menang, walaupun masa tu aku migraine. dari situ aku belajar banyak pasal bearing kompas.

kat sini dulu antara port kami lepak. aku ingat lagi pokok ni, pakat ramai2 try dok bergayut dulu.

malah, dari kem tu jugak, ada beberapa member aku yang 'berjaya' mencari teman hidup masing-masing. so, memang agak nostalgia pantai kerachut tu.

Comments

  1. kenangan yang kekal dalam ingatan.. ;)

    ReplyDelete
  2. tiba2 teringat kem waktu zaman sekolah dulu. ya allah lamanya saya dah tinggal zaman sekolah.. huhu

    ReplyDelete
  3. kan.? rasa macam baru je keluar dari skolah.. tapi dah bertahun...

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi